Saturday, November 24, 2012

PUNCAK ALAM NIGHT 10KM RUN 2012

Assalamualaikum..
Alhamdulillah selesai semalam Puncak Alam 10km Night Run 2012. 
Ini pengalaman pertama Fatin berlari sejauh 10 km,
rasanya tak pernah sejauh ini, 
biasanya dalam 5 - 7km.


Dan juga pengalaman pertama berlari pada waktu malam.


Mula2, memang rasa cuak sebab takut tak larat nak lari sampai 10km. 
Kepada sesiapa yang tahu jalan di Puncak Alam, 10km itu lebih kurang
dari padang kawad kolej sampai ke bulatan di pintu masuk
dan patah balik.


Dahlah mula2 tu hujan renyai2, Fatin takut kalau hujan lebat, memang susahlah
nak lari nanti. Itu pun nasib baik Fatin pakai contact lens, kalau tak,
jenuh nak mengelap spek.

Start je larian, memang ke lari laju sebab taknak tertinggal jauh dengan orang depan, nanti susah nak kejar.
Masa lari tu, ada 3 waterstation, semua station Fatin ambil air.
Memang kehausan..

Sebelum dan selepas larian, minum 100 plus.

Alhamdulillah, dengan kekuatan yang Allah berikan, 
Fatin berjaya mendapat tempat ketiga.
Bronze medal + cash 
kecing-kecing, *bunyi duit*
perlu ke? :p


Habis je lari, lega sangat. 
Tak sangka dapat habiskan jugak larian walaupun otot kaki dan perut dah sakit.
Syukur kepada Allah kerana memberikan kekuatan, keselamatan dan kejayaan.

Reben di checkpoint

Terima kasih kepada Syamerra yang mengajak Fatin untuk berlatih di gym kat kolej.
Btw, Syamerra dapat nombor 6, still top ten & dapat medal.
Tahniah Mira! :)
Minggu depan kitorang ada Larian Sukan Antara Fakulti, 
8 Dis ada indoor rowing, doakan kami berjaya.. :)


Terima kasih jugak kepada classmates yang mendoakan kejayaan Fatin.
Sayang u olls!

Terima kasih jugak kepada keluarga yang memberi galakan dan semangat. <3
Lepas habis larian, Fatin call mak & suruh teka dapat nombor berapa.
Mak teka nombor 2.
Ok, kira hampir tepat la jugak.. hehe

banyak pula ucapannya, macam menang pingat emas olimpik :p

Btw, lepas ambil hadiah, ex-roommate, Fiya tegur Fatin.
Lepas rindu jap. :)


Kisah larian sebelum ini..


Akhir kata, percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan 
dalam melakukan apa yang kita inginkan.
:)

p/s:
kecik hati dengan kawan2 yg tak ucap tahniah, ok bye. *tetibaemo*

2 comments:

  1. Amboii.. yang keshing-keshing tu xmo share2 ke.. tangan yg diatas lebih baik dr tangan yg dibawah taw.. hihihi

    Waaa... nak tarik diri indoor tu boleh dokk? kecuk perut dengan mera citer. xsanggoppp,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, keshing-keshing tu x berapa bnyk sgt utk dikongsi.. hehe

      jgnlah tarik diri, kte pun cuak jugak.. try je la, dah bagi nama dah.. huhu

      Delete