Thursday, November 22, 2012

GUA STARCHAT - BABY SHIMA & V.I.P

Assalamualaikum..

Dah lama tak update blog, sibuk dengan test, lab report & assignment. 
Semester ini sangat mencabar minda dan memerlukan banyak tenaga.

Ok, hari ni semangat nak update blog sebab baru habis chat dengan V.I.P dan Baby Shima. 
Tahun lepas, Fatin join jugak gua starchat dengan V.I.P, tapi masa tu ada Yandy & Fadlan je. 
Kejap je dah setahun. Itu kisah tahun lepas.



Kisah tahun ini, semua ahli V.I.P hadir. Tetapi dengan wajah baru. Adam, Yandy, Marlon, Amen & Afiq. 



Bila start je, mulalah soalan datang bertalu-talu kat chatbox. 



Walaupun video agak menghampakan sebab tersangkut-sangkut, tapi suara still boleh dengar. Disebabkan ramai fans yang online, maka Fatin pun faham kalau ada soalan yang tidak berjawab.

Tapi, antara soalan yang dijawab..



Then, ada fans minta V.I.P nyanyi lagu Pasal Awek, lagu baru V.I.P. So, V.I.P pun nyanyilah. Fatin pulak suka lagu baru V.I.P yang bertajuk SELAMANYA. Fatin pun request kat chat box. Tapi diorang macam tak nampak je, Fatin copy paste banyak kali SELAMANYA tu, dalam 6 kali kot.. hehe

Tetiba dengar Adam kata, "Apa yang SELAMANYA ni Fatin, nak SELAMANYA." Then, Adam & V.I.P pun nyanyi la lagu Selamanya tu.. Haha, apa lagi, senyum sampai telinga la kan.. :p Tapi tak tahu la Adam tahu ke tak, ni Fatin yang mana.. huhu

Kepada yang terlepas tadi, boleh menonton di sini.. Fokus kat minit 13:28 eh.. :p




Setakat itu je la, yang nak dikongsikan. Tertarik dengan ayat Adam tadi..



Di kesempatan ini, Fatin nak ajak peminat2 V.I.P dan Baby Shima untuk mengundi mereka dalam pencalonan awal Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012.

Adam - Penyanyi Lelaki Popular
V.I.P - Artis Duo/Berkumpulan Popular
Baby Shima - Artis Baru Wanita Popular

p/s: Dah lama tak jumpa mereka..

No comments:

Post a Comment