Sunday, May 06, 2012

WALKATHON 2012


Assalamualaikum para pembaca yang setia membaca blog saya sekalian.. :)

Semalam (5 Mei) Fatin masuk WALKATHON anjuran Fakulti Pengurusan Perniagaan. 
Seperti yang anda sedia maklum, Fatin ni hanya mampu berlari je.. hehe..
Sebelum ni dah join JOGATHON masa di PASUM pada 2010/2011.
Selepas itu, MARATHON masa MOSSE yang lepas, boleh klik di SINI. :)

Walkathon ini berbeza dengan yang segala THON yang Fatin masuk sebelum ini. 
Walkathon ini tidak dibenarkan berlari, HARUSLAH kan.. dah namanya WALKathon.. 
Kena berjalan atau jogging sahaja. 
Agak tak selesa lah jugak mula2 tu, sebab biasanya mula2 dah berlari sikit.. 
Jadi belajarlah berjalan kaki dengan sepantas yang boleh dalam walkathon ini.
Tapi Fatin memang suka jalan laju pun.. ke kelas, ke kedai, shopping..

Fatin tak pasti berapa kilometer tapi agak jauh jugak. 
Laluannya lebih kurang macam marathon MOSSE jugak.

Sebelum mula, Fatin cuma harap dapat hadiah je.
Tak kisah la nombor berapa pun. 
Hadiah diberikan kepada 20 peserta lelaki dan 20 peserta perempuan pertama.
Alhamdulillah, Fatin dapat nombor 5. 






Masa ni, ajk kat situ cakap, "Eh, pandang kamera mana tu?"
*Haruslah pandang kamera sendiri kan.. (cakap dlm hati je..)

Dapat pingat dan sijil. Lagi seronok, dapat sarapan dan makan tengah hari percuma.
Jimat duit poket, hehe.. ;)


Fatin masuk dengan Merra, kitorang memang suka bab lari2 ni.. :)
Dulu kitorang join Run For Sight.

Merra dapat nombor 3.. Tahniah!


Akhir kata, kita perlu yakin dengan kemampuan diri kita,
tapi jangan terlebih yakin atau ‘over confident’ nanti lain pulak jadinya..

USAHA TANGGA KEJAYAAN.. :)

No comments:

Post a Comment