Alhamdulillah,
Fatin terpilih untuk menjadi pemimpin mahasiswa untuk sesi September 2012. Tapi
Fatin mengikuti kursus selama 4 hari di Kampung Gajah, Perak. Jadi, dapat
beraya selama seminggu saja di rumah.. huhu
Sedih
memang sedih, tapi demi anak bangsa, cuti raya itu perlu dikorbankan. Sebelum
itu, Fatin dapat tahu yang ex-schoolmate pun join jugak. Misra & Feera.
So, takdelah rasa keseorangan sangat. Classmate, Syamerra pun join jugak.
Bertolak petang isnin, memang dalam bas itu kerjanya tidur dan tweet jer. Tiba di Kg Gajah lebih kurang jam 8 lebih.
Tempatnya
sangat menarik. Bilik tidur sangat tak dijangka! Ada air cond, tuala, shower
gel dan syampu disediakan. Bak kata abang fasi, tempat itu setaraf hotel 3
bintang. Tak kisahlah, berapa bintang pun, yang penting selesa!!! :D
Fatin
sebilik dengan Feera, banyaklah benda yang kitorang bualkan. Dari zaman kat
mrsm ke zaman sekarang. :)
Dipendekkan
cerita, Fatin jumpa ramai kawan baru kat sini. Kawan dari Shah Alam, Puncak
Alam dan Puncak Perdana. Seronok! Best! Mereka sangat peramah, cantik, kacak
dan baik. ;)
Fatin
telah dilantik sebagai ahli biro kebajikan dan perubatan. Rakan seperjuangan
Fatin adalah Nazrin selaku ketua biro dan Shazwani sebagai ahli biro. Kami perlu
membentang running order (RO) dan masalah yang akan timbul serta jalan
penyelesaiannya. Alhamdulillah, semua berjalan lancar..
Untuk
kisah selanjutnya mengenai minggu orientasi, nantikan next entry!
p/s:
Walaupun masa dah lama berlalu, tetap nak update, sebab masa tidak
mengizinkan.. huhu
No comments:
Post a Comment