Thursday, July 28, 2011

Agaknya ada lagi tak orang guna diari sekarang ni?

Agaknya ada lagi tak orang guna diari sekarang ni? I mean buku diari..

Ada rasanya, tapi tak ramai kot.. Lagipun sekarang dah ada blog untuk orang menaip segala aktiviti harian mereka...

Tapi bagi aku, aku guna blog ini bukan sebagai diari, tapi untuk share certain cerita yang rasa ingin dikongsi dengan semua orang... Lagipun bukan semua cerita kita boleh cerita kan orang, betul tak?

Cerita pasal diari aku, dulu aku memang penulis diari yang aktif. Boleh dikatakan bila baca diari aku tu, setiap saat lah nak cerita.. Aku start tulis diari masa darjah 5. Kebanyakan aktiviti persekolahan yang banyak ditulis..

Tapi bila dah start form 4, dah kurang tulis diari sebab dah masuk asrama. Kat asrama memang tak sempat menulis diari, jadual waktu memang padat dari pagi ke malam. Siapkan homework & ulangkaji memanjang.. :)

Sekarang ni diari zaman sekolah ada dalam koleksi, 7 buah. Bila baca balik, gelak sorang2... Ye lah ayat budak sekolah memang lawak lah... Jujur je tulis apa yang dirasakan dalam hati...

Masa form 5, Ida My Sis (klik di sini utk ke blognya) ada hadiahkan sebuah diari mukminah 2010 masa my birthday. Start 2010, baru lah tulis diari balik. Tapi tu pun jarang. Buku diari ni banyak info menarik yang boleh dibaca dan dipraktikkan. Thanks a lot Kak Ida! :)



Sebab dah tertarik dengan diari muslimah tu, aku pun belilah diari muslimah bila masuk tahun 2011. Sekarang ni pun dah makin kurang tulis diari, tapi update blog rajin pulak.. ;p


sekian.. :)
Thanks for viewing my blog!
Don't forget to follow this blog..
:D




Wednesday, July 27, 2011

Yeay! Alhamdulillah.. Menang RM 100!

Alhamdulillah...

Memandangkan hari ni tak kerja, jadi aku pun wat reminder utk dengar HOT FM 21 dengan harapan nak menang contest HOT FM MANA LAGU TU? utk segmen menu muzik dengan Leya. Kadang2 aku dengar sebab nak tau Lagu Sedih tangga ke berapa...

Jadi, bila alarm dah berbunyi, aku pun dengarlah radio menerusi handphone. Sambil itu, pen & kertas di tangan menulis senarai lagu yang tersenarai dalam HOT FM 21.

Dalam HOT FM 21 jugak ada contest teka barangan buatan Malaysia. Try jugak call tapi tak berjaya. Network busy. Tak pe lah, x de rezeki..

Then, teruskan mendengar lagi. Jam 2.39 ptg, aku berjaya menembusi talian! Terkejut sebenarnya.. Sebelum tu, Leya Hot fm kata, "Clue utk Hot fm mana lagu tu adalah album All of you. Boleh call sekarang dan boleh google.."

Dengan tak sepantas kilat, tangan kiri terus call & tangan kanan google jawapan. Tapi dua tiga kali jugak try, tapi tak tembus jugak.

Tetiba.. Tut.. Tut..

OMG! Tembus?

Then, Leya tanya nama, no hp & tempat. Then, dia kata ok, fatin kita akan buat rakaman...

Rakaman bermula...

Leya: Hello Fatin dari Kuala Lumpur, tahniah anda pemanggil ke-5!
Aku : OK, thank you Hot fm...
Leya: No problem, all right.. Berdasarkan clue yg diberikan, dipetik dari album All of You, sila namakan mana lagu tu?
Aku : Lagu I do dari Colbie Caillat...
Leya: Mana dapat jawapan ni?
Aku : Aaa, google... (dgn jujurnya..)
Leya: Eh, bagus.. Dah la ikut tips kita.. Tahniah, Fatin jawapan anda hangat! RM 100 menjadi milik anda!
Aku: Thank you Hot fm! Thank you Kak Leya... :D

Habis je, terus record perbualan tu.. tapi bateri buat hal... So, tak dapat record sampai habis... :(

Kesimpulannya, terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA...
Alhamdulillah, rezeki hari ini... :)

Boleh la kalau nak dengar sikit perbualan tadi.. :)

Tuesday, July 26, 2011

saya, aku, kita, Fatin?

Kata ganti nama yg sesuai utk digunakan dlm komunikasi harian?

Bagi saya , 'saya' akan saya gunakan apabila berhadapan dgn org yg tak dan baru dikenali & org yg lebih tua drpd saya.

'Aku' pulak bila berborak dgn kawan2 yg dah lama berkawan rapat. Tapi tak jugak, ada sesetengah orang dah biasa cakap 'aku kau' dgn semua org, yg tu special case. Secara automatiknya, akan ber 'aku kau' dgn dia. Lagi satu, bila bercakap dgn budak lelaki. Memang lah, mana ada lelaki yg cakap 'saya awak' dgn kawan2 diorang kan? Setahu saya lah.. (Yang dengan 'kawan' tu lain cerita...)

'Kita' pulak saya guna bila org tu tak ber 'aku kau'. Saya tahu kata ganti nama 'kita' adalah untuk kata ganti ramai, tapi dah terbiasa sejak dulu..

Kata ganti nama 'Fatin' pulak memang sgt jarang saya guna dgn kawan2. Ini pun dalam kes yg tertentu sahaja. Sebab ada sesetengah org, dia menggunakan kata ganti nama 'nama dia'.. Tapi dgn ahli keluarga mmg guna nama sendiri sbg kata ganti nama sbb keluarga saya tak guna along, angah, dan seterusnya...



Kata ganti nama yg sesuai utk digunakan dlm blog pulak?

Selama ni (baru 3 bulan), dlm blog dah biasa guna 'saya'. Sebab? Entah la. Maybe rasa diri baru lagi dan followers pun tak berapa ramai atau kata sinonimnya sedikit. Tapi saya selesa dgn followers yg sedikit sebab mmg nak org yg dikenali je tahu pasal blog ni. Tak lama lagi nak di'private'kan, tapi x tahu bila.. Apa lagi cepatlah follow! Tetiba.. Adakah ini satu jemputan? :)

Jadi disebabkan oleh rasa nak biasakan diri dgn kata ganti nama 'aku', jadi mulai saat ini aku akan gunakan 'aku' sbg kata ganti nama dlm blog aku. Lagipun nak kata followers baru dikenali, mmg tak lah.. Tambah lagi, ada org kata 'saya' tu skema, jadi tukarlah! :D

Tapi ada jugak yg berpendapat 'aku' tu kasar bunyinya.. In my opinion, nampak macam kasar, tapi tak kot..

-sekian-
terima kasih sbb sudi meluangkan masa..
:D

Tolong beratur

Pergi medical check up pagi tadi. Bertolak dlm kul 8 pagi. Sampai je sana, tgk kat situ ramainya org! Kebanyakan org kat situ pakai uniform baju putih & kain hitam. X sure dari mana. Mula2 tgk dah macam BWP pun ada. Tapi mmg tak la, takkan lah BWP ramai2 nak pergi medical check up kot.. :)

Mmg sgt ramai org kat kaunter pendaftaran pemeriksaan kesihatan tu. Tapi tolonglah beratur.. Tolonglah beratur dgn cara teratur. Bukan beratur dgn cara menyelit-nyelit di celah rakan-rakan anda. Memang ramai orang kat situ, tapi tolonglah beri kerjasama dgn orang awam. Dahlah tgh tension beratur panjang, ditambah pulak dgn perbuatan memotong. Sabar adalah separuh daripada iman.

Di sini saya ingin menasihatkan diri saya & seluruh rakyat Malaysia agar jangan memotong barisan. Sila beratur dan tunggu giliran anda. Terima kasih.

Walaupun gambar di atas, tak setepat mesej yg disampaikan,
tapi ia membawa maksud yg SAMA.
:)

Monday, July 25, 2011

Ke Perpustakaan Negara

Tanggal 21 Julai 2011, saya pergi ke Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) utk temankan Dila pergi cari buku & cari info utk saya jugak sedikit sebanyak mengenai program yg bakal dipelajari nanti.. Ini kali ke berapa pergi PNM erk?


Terlupa nak tangkap gambar library tu, jadi google je la gambar..


Tapi kitorang dtg awal. PNM buka pukul 10 pagi. Jadi, kitorang duduk kafeteria utk berborak. Then, barulah masuk.

Utk pengetahuan, kalau nak pinjam buku dari PNM kena daftar dulu. Kat situ ada disediakan komputer utk mengisi borang secara online. Tapi kalau saja2 nak baca buku, tak payah daftar pun tak pe, masuk je.

Beg pulak, yang ada laptop je yg boleh masuk. Kalau xde, boleh lah simpan dekat bawah bangunan. Sama ada nak simpan kat rak yang dijaga oleh guard atau simpan dlm locker berkunci yg berharga RM0.50.

(Agaknya saya ni dah macam promoter PNM pulak.. Xpe2, just nak share.. )

Lepas dapat apa yg dicari, saya pergi ke ruangan majalah & suratkhabar. Tetiba teringat majalah remaja 1 Februari ada cerita pasal Fadlan V.I.P yg x berkesempatan nak baca. Terus cari. Alhamdulillah, jumpa. Page 94. :)


Friday, July 22, 2011

Singgah Merbok

16 Julai 2011
Pagi2 sabtu bertolak ke Hentian Duta naik bas ke Sg Petani dgn Alia My Sis. Isz & Bella pergi dari Shah Alam. Sampai Hentian Duta, terus naik bas. Bas terus jalan. Mmg sampai tepat2 10.45pg. Bas pulak sgt lah menepati masa.

Sampai homestay, dah petang. Lepas asar, singgah maktab jumpa cikgu2 kejap.

Malam, diorang ajak jln2 pergi Village Mall. Yeay! Mmg nak pergi sana pun, sebab selama kat Merbok tak pernah menjejakkan kaki kat situ lagi. Selama ni outing kat Giant Sg Petani je.. Diorang plan nak tgk wayang..

Minum2 kat Village Mall. Then, pergi tgk wayang. Transformers: Dark of The Moon! Ni 1st time tgk wayang malam2 dgn kawan2.. 1st time wayang bkn kat KL.. 1st time wayang kat Kedah..



Actually x pernah tgk Transformers sebelum ni & x minat nak tgk.. Tapi bila lagi nak tgk? Ni lah masa yg sesuai.. Best jugak lah.. (Walaupun dah ngantuk2 masa tgk.. )

17 Julai 2011
Pergi maktab ambil sijil SPM, LCCI & GCE. Ambil majalah sekali.. Jumpa cikgu2 & jalan2 sekitar maktab buat kali terakhir.. (Rasanye lepas ni dah x dtg dah kot.. )

Selamat tinggal Merbok! :)


Semua pelajar diminta mengosongkan ampaian sebelum pukul 7 malam. Harap maklum.

Berehat di bilik kaunseling. Saya ex-Pembimbing Rakan Sebaya.. :)

Welcome? Erk, goodbye..

Saturday, July 16, 2011

Marathon Wayang

14 Julai 2011

Hari ni ambik cuti. Hari ni plan nak pergi beli tiket bas utk ke Merbok. Pergi sabtu, blk Ahad. Actually, boleh pergi beli kat Greenwood, tapi pergi sampai Puduraya beli tiket.. Boleh la tgk Puduraya setelah renovation..

Aminah temankan. Then, breakfast McD kejap. Lepas tu pergi Wangsa Walk. Pergi jln2.. Sampai Wangsa Walk, rasa nak tgk wayang. Pergi la beli tiket utk buat marathon, Mr Popper's Penguin & Harry Potter and Deathly Hallows: Part 2.

Dua filem pun boleh jugak la dikatakan marathon.. Ni 1st time tgk sekali dua filem..

Masa tgh tgk Mr Popper's Penguin, tetiba siren bunyi.. Semua kat dlm tu cuak, nak keluar tp macam ramai x keluar. Tak keluar serba salah pulak. Then, beberapa org keluar & masuk blk. Diorang kata x de apa2.. So, sambung blk tgk wyg..

Kesimpulannya, dua2 filem tu best. Tapi Harry Potter mmg terbaik! :)






Saturday, July 09, 2011

CONTEST KLIK-KLIK ADAM

Saya ada add Aico FC @fb. Aico FC adalah fb personal kelab peminat Adam, bukan fanpage.
Ada satu hari tu,

Sertai Contest KLIK-KLIK ADAM~!
1. Send gmbr anda bsama Adam, kalau x pernah jumpa, boleh di'photoshop' kan
2. Emel kpd aico.vx@gmail.com sebelum 30 Jun. (tulis nama FB supaya sng kami tag)
3. Bmula 1 Julai, kami akan upload ke dlm album AicoVX
4. Gmbr tbbyk yg dpt LIKE, akan terima hadiah eksklusif drpd Adam & AVX!
5. Dan 2 gmbr pilihan Adam sdiri juga akan dpt hadiah! :D

Oleh sbb ada gambar dgn Adam, saya masuklah. Tapi saya ada satu je gambar dgn Adam. Tu pun gambar sekali dgn V.I.P. Ada fans kat situ tanya, gambar tu boleh edit x? Aico FC kata boleh. Saya ni jenis org x berapa nak reti edit gambar.. Edit lah sikit2..

Lagi satu, saya betul2 x tau konsep contest tu.. Tapi silap Fatin jugak sebab tak baca habis2 syarat contest tu.. Tak perasan kena dapatkan LIKE terbanyak utk menang..

Contest ini akan bermula daripada 2 Julai sehingga 20 Julai.

Hanya KLIK Gambar yg disukai. Tidak terhad untuk beberapa banyak gambar yang digemari. ;) Gmbr terbanyak yg dapat LIKE akan dpt hadiah misteri & 2 gmbr akan dipilih oleh ADAM juga akan turut mendapat hadiah! All the best~! ;)

Bila tgk konsep mcm tu, hanya Tuhan yg tahu perasaan saya..

Macam mana saya nak meraih 'LIKE' drpd kawan2? Nasib baik tempoh contest tu lama..
Lega sikit.. :)

Ni 1st time saya join contest mcm ni.. Mmg memerlukan kesabaran yg tinggi..

Kalau dah nama contest, mestilah nak menang kan? Kita perlu berusaha, hanya Tuhan menentukan.. Kalau ada rezeki, adalah, kalau x de, at least kita dah berusaha..

Bak kata Vince, Semua pemenang, tiada pengalah..

Seperti kata kakak usrah di PASUM, Allah x menilai HASIL, tapi USAHA.

Saya tahu ini contest yg x berapa penting, just for fun..

Tapi saya sgt bersyukur atas setiap 'LIKE' yg disumbangkan.. Thanks a lot kpd kawan2 yg sudi 'LIKE'..

Dari contest ni jugak lah saya dpt mengenali siapa kawan saya..

Seperti kata peribahasa Arab, "Seseorang kawan akan dikenali apabila anda memerlukannya."

Saya sgt setuju dgn peribahasa tersebut..

Kepada sesiapa yg belum 'LIKE', marilah kita klik GAMBAR ni, login fb (klu x blum login dan tekan 'LIKE'..
Sekali lagi, jutaan terima kasih kawan2! :)



Gambar di atas di edit drpd gambar di bawah.. :)

V.I.P @ Plaza Alam Sentral Shah Alam

20 jun 2011

Actually, show V.I.P dah buat kat Plaza Alam Sentral last week (19 jun 2011). Kalau ikutkan, memang nak pergi, tp jauh lah Shah Alam..

Tapi bila tgk kat fanpage V.I.P, ada lagi next show kat situ. Then, tanya kat wall V.I.P, diorangreply,

  • V.I.P orgnizer nak balik....huhhuhh:)
    June 20 at 8:21pm · · 1 person

So kali ni, rasa mcm nak pergi.. Jadi, setelah mengkaji selok-belok peta dan public transport, saya kena naik bas U80 sama ada dari KL Sentral or Pasar Seni..

Bila tanya mak, mak kata, "Sanggup pergi jauh2.. Bertuah lah V.I.P dpt peminat mcm ni.." :D

Kak Diana kata, "Aah.."

26 Jun 2011
Bila abg Taufiq dpt tau, dia kata boleh tumpang dia ke Shah Alam.. Dia blk tgh hari.. Yeay! :)

Saya dgn Alia (adik yg jgk peminat V.I.P) ikut abg. Abg hantar sampai Plaza Alam Sentral..Before that, dia tunjukkan dulu tempat tunggu bas.. Thanks a lot Abg Taufiq! :)

Rasanya, ni kali ke-3 sampai Shah Alam ni..
1st time dulu hantar Abg Taufiq ke UiTM.. (zaman bila tuh...)
2nd ikut Kak Hidayah pergi PKNS.. (x ingat beli apa..)

Tapi ni 1st time bergerak sendiri membawa diri..

Sampai je 1.30ptg, terus zohor..
Then kul 2 pergi turun.. Wah, sgt tepat pada masanya! V.I.P baru naik pentas..
Then, tgk persembahan diorang dgn penuh versaility in performances (V.I.P)
Sesuai dgn nama group! :)

V.I.P nyanyi lagu Ganas, Let's Twist Again & I'll be back & Lagu Sedih.. Sempat la rakam performance diorang.. Silalah klik lagu mana yg tgk, tp video tu bkn saya punya.. :)

Lepas habis, ingat nak bergambar (x cukup lagi ke nak bergambar dgn V.I.P?) tapi x ramai org pergi bergambar dgn diorang.. Xpe lah, lain kali je lah.. Diorang pun mcm ada hal lain..

Habis tu, beli brg sikit2, makan & balik..

Balik nak tunggu bas x jumpa tempat tunggu bas yg betul. Apa lagi, tanya lah beberapa org kat situ.. Bak kata pepatah, 'Malu bertanya sesat jalan..'

Terima kasih kpd pemandu teksi yg ada di depan Kompleks PKNS & seorang mak cik yg telah menunjukkan jalan.. :)

Lama jugak nak tunggu bas U80 tu.. Naik bas sampai Pasar Seni. Then, naik LRT ke Taman Melati.. Penat jugak tapi berbaloi sebab dpt tgk V.I.P secara live. Yg paling best ber'twist'.. :)

Friday, July 01, 2011

TIME

Sharing is caring.
I would like to share with u info about what I have learnt at PASUM.


To realize the value of ONE YEAR,
Ask a student who failed his or her final exam.

To realize the value of ONE MONTH,
Ask a mother who gave birth to a premature baby.

To realize the value of ONE WEEK,
Ask an editor of a weekly magazine.

To realize the value of ONE DAY,
Ask a daily wage laborer who has six kids to feed.

To realize the value of ONE HOUR,
Ask the lovers who are waiting to meet.

To realize the value of ONE MINUTE,
Ask a person who missed his or her train.

To realize the value of ONE SECOND,
Ask the person who survived an accident.

To realize the value of ONE MILLISECOND,
Ask the person who won a silver medal in the Olympics.

Time is the wisest counsellor of all. ~Pericles

p/s: Seperti kata pepatah, MASA ITU EMAS.
Hargailah masa anda.. :)