Tuesday, July 26, 2011

saya, aku, kita, Fatin?

Kata ganti nama yg sesuai utk digunakan dlm komunikasi harian?

Bagi saya , 'saya' akan saya gunakan apabila berhadapan dgn org yg tak dan baru dikenali & org yg lebih tua drpd saya.

'Aku' pulak bila berborak dgn kawan2 yg dah lama berkawan rapat. Tapi tak jugak, ada sesetengah orang dah biasa cakap 'aku kau' dgn semua org, yg tu special case. Secara automatiknya, akan ber 'aku kau' dgn dia. Lagi satu, bila bercakap dgn budak lelaki. Memang lah, mana ada lelaki yg cakap 'saya awak' dgn kawan2 diorang kan? Setahu saya lah.. (Yang dengan 'kawan' tu lain cerita...)

'Kita' pulak saya guna bila org tu tak ber 'aku kau'. Saya tahu kata ganti nama 'kita' adalah untuk kata ganti ramai, tapi dah terbiasa sejak dulu..

Kata ganti nama 'Fatin' pulak memang sgt jarang saya guna dgn kawan2. Ini pun dalam kes yg tertentu sahaja. Sebab ada sesetengah org, dia menggunakan kata ganti nama 'nama dia'.. Tapi dgn ahli keluarga mmg guna nama sendiri sbg kata ganti nama sbb keluarga saya tak guna along, angah, dan seterusnya...



Kata ganti nama yg sesuai utk digunakan dlm blog pulak?

Selama ni (baru 3 bulan), dlm blog dah biasa guna 'saya'. Sebab? Entah la. Maybe rasa diri baru lagi dan followers pun tak berapa ramai atau kata sinonimnya sedikit. Tapi saya selesa dgn followers yg sedikit sebab mmg nak org yg dikenali je tahu pasal blog ni. Tak lama lagi nak di'private'kan, tapi x tahu bila.. Apa lagi cepatlah follow! Tetiba.. Adakah ini satu jemputan? :)

Jadi disebabkan oleh rasa nak biasakan diri dgn kata ganti nama 'aku', jadi mulai saat ini aku akan gunakan 'aku' sbg kata ganti nama dlm blog aku. Lagipun nak kata followers baru dikenali, mmg tak lah.. Tambah lagi, ada org kata 'saya' tu skema, jadi tukarlah! :D

Tapi ada jugak yg berpendapat 'aku' tu kasar bunyinya.. In my opinion, nampak macam kasar, tapi tak kot..

-sekian-
terima kasih sbb sudi meluangkan masa..
:D

No comments:

Post a Comment