Assalamualaikum :)
Sempena dah grad dan birthday yang bakal menjelang insya Allah, it is time to reward myself.
Fatin suka makan kek. Sebutlah kek apapun. Kek lapis, red velvet cake, cheese cake, rainbow cake, kek sponge, brownies, senang cite sume kek lah! :p
Rasanya antara senarai di atas, yang paling senang dibuat brownies kot.
Tapi ada orang kata brownies bukan kek, tapi lebih kurang kek, cuma teksturnya lain.
Teksturnya terletak antara kek dan biskut. Moist + rangup.
Kalau kek coklat lembut dan spongy, kalau brownies teksturnya moist, fudgy dan padat.
Google resepi, maka Fatin memilih resepi mudah dan sedap dari Eny Abdullah.
By the way, bahan2 telah diubah suai mengikut bajet yang ada.
Berbekalkan baki biasiswa yang ada, maka dark choc Beryls telah ditukar kepada coklat masakan Nona, hahaha sedih giler bunyinya kan. Hey, iolls support produk tempatan okay. :p
Tapi memang Fatin tak jumpa Beryls kat Jusco masa tu, beli apa yang ada je.
Lagipun ni first trial kan, guna bahan murah dulu, so kalau tak jadi ke apa, tak rasa bazir sangat, gituh! ;)
Tapi tak sure sebenarnya coklat masakan tu nona tu dark choc ke idok, sebab tak tulis, sebab resepi asal kata jangan guna coklat susu nanti manis.
Fatin copy paste je resepi brownies tu kat sini untuk yang bertanya. :)
Ceh, yang tanya Amal sorang je, macam ramai je tanya kan :p
Resepi brownies mudah dan sedap
Bahan2
300g coklat masakan Nona
100g butter (Fatin guna buttercup)
3 biji telur saiz A
1 tsp esen vanilla
125g tepung gandum
1/4 cawan choc chip
1/4 cawan white choc chip
1/2 tsp garam
Cara2
1. Panaskan oven dengan suhu 160C
2. Potong bar coklat dan butter kecik2 dan cairkan dua2 guna kaedah double boiler. Tapi Fatin suka hati je guna kaedah cairkan atas frying pan je hehe selamba je kan. Takpe, next time kita buat teknik double boiler.Then, angkat dari api.
Nape nampak macam daging masak kicap eh hahaha :p |
4. Masukkan esen vanilla.
5. Masukkan telur sebiji demi sebiji, masuk, kacau, masuk kacau guna senduk kayu.
6. Masukkan tepung dan garam dan kacau rata.
7. Masukkan choc chip. (Fatin masukkan choc chip, dan gunakan white choc chip untuk tabur.)
8. Tuang dalam acuan bergris dan letakkan kertas alas (parchment paper) supaya senang nak bawak keluar brownies. Fatin idokler kertas tu, Fatin guna aluminium foil je, sebab dah google, & mr google kata boleh :)
9. Taburkan white choc chip or walnut or almond yang anda mahu.
10. Bakar pada suhu 160C selama 35-40 minit dan cucuk cake tester sampai keluar bersih. Fatin guna garpu je hehe, berlubang sikitlah brownies tu hehe..
Pesanan kak Eny tu jangan terlebih masak sebab nanti kering dan tak sedap.
Kena moist sikit baru sedap, dan sedap dimakan pada keesokan harinya.
Fatin taburkan white choc chip sebagai hiasan kek, nak jugak tulis hb fatin kat situ. Kata kek pre birthday :p
Seronok main deko2 kek ni :p |
Yang cantiknya choc chip yang ditabur tabur seperti bunga sakura berguguran di atas tanah. Kemain metaforanya :D
Huruf kat mana, huruf huruf kat mana :p |
Separuh muda, separuh tua, hahaha :p Ada tanya kawan, Farah kata maybe sebab gula tak larut betul2. Mana yang larut tu dia berkedut.
Next time try improve lagi cara buat brownies Insya Allah, or try cuba resepi lain pulak :)
By the way, memandangkan birthday jatuh waktu training next week, Fatin pun pergilah renew lesen memandu, renew tiga tahun terus. Setengah orang suka renew 5 tahun terus, terpulanglah. Alang2 kat pejabat pos, daftarlah mengundi sekali, walaupun mengundinya lambat lagi, hehe..
Mark your calendar, 2 september :p
No comments:
Post a Comment