Monday, April 14, 2014

Grand Opening Butik Siti Khadijah @ Maju Junction




Assalamualaikum, mid sem break sudah pun membuka tirainya, yeay! Happy holiday uolls! Ceh gaya macam start cuti sem je kan, hehehe.. Haruslah seronok dapat cuti, rehatkan minda yang berserabut bagai dilanda ribut dengan akademik mahupun ko-kurikulum. Nak luangkan masa bersama keluarga terchenta!

Okay, ini kisah 2 minggu lepas. Tak sempat nak update blog sebab busy dengan lab report, log book, uruskan program sukan, tempahan jersi dan lain2.

Okay teruskan cerita.

Dua minggu before event tu akak call, ajak pergi Pelancaran Telekung Butik Siti Khadijah. Katanya ada Wardina, Nora & Eja. Dah kakak ajak, Fatin ok aje. Lagipun tak pernah pun pergi event cenggitu.


Event tu kat Maju Junction. Fatin yang duk KL ni pun rasanya tak pernah pulak pergi Maju Junction, or maybe pernah pergi masa kecik2 dulu kot.



Majlis start dengan majlis ilmu, forum yang bertajuk 'Siapa di hatiku' oleh Ustaz Harryanto, Wardina Safiyyah dan Siti Shahrizah (Eja). Alhamdulillah banyak ilmu yang bermanfaat dikongsikan oleh mereka. Ustaz Harryanto tu kelakar jugak dalam menyampaikan ceramah beliau. :)


Then, majlis diteruskan dengan showcase. Honestly ni 1st time tengok fashion show depan mata. Sebelum ni duk tengok kat tv je model catwalk atas pentas. Semua model cantik dan kacak belaka, ditambah pula dengan kecantikan pakaian yang diperagakan.


Dalam event tersebut, Butik SK memperkenalkan telekung baru yang diperbuat daripada sutera jacquard. Selain itu, turut diperkenalkan juga jubah SK Hawa dan kemeja Adam. Terdapat beberapa warna jubah dan kemeja iaitu kuning mustard, hijau olive, biru aqua dan oren.



Satu lagi keistimewaan yang diperkenalkan ialah cardigan solat yang dijahit menggunakan fabrik jupiter alaxendar (rupanya seakan kain denim). Cardigan ini dijadikan alat bantu solat bagi mereka yang ingin solat dengan pakaian sedia ada tetapi pakaian yang melekat di tubuh masih belum sempurna penutupan auratnya.
Maka pengguna boleh menyarungkan cardigan dengan cepat, mudah dan praktikal untuk dibawa ke mana-mana. Didatangkan dalam beberapa warna seperti ungu, biru dan kelabu.



Selesai majlis pelancaran, Nora membuat persembahan dua buah lagu, lagu popular Di Persimpangan Dilema dan satu lagi tak ingat tajuknya.. Suara Nora sangatlah merdu, "Hanyalah Tuhan saja bisa menentukan semua.."

Habis performance, terus keluar dewan untuk menjamu selera. Dan berkesempatan bergambar dengan Nora & Eja tapi takde rezeki bergambar dengan Wardina. Walaupun ni kali ke-5 jumpa Wardina, tak jemu2 lagi nak bergambar dengan beliau, hehe..


Masa ni Eja minta Nora nyanyikan lagu untuk dia, so sweet! 
Kat luar dewan ada jualan jubah, kemeja dan telekung dengan diskaun untuk tetamu.


Inilah rupa cawangan terbaru Butik Siti Khadijah yang bertempat di Maju Junction.


 Alhamdulillah dapat goodies bag yang ada tudung berkualiti SK, brooch, majalah dan lain2.


Tudung SK yang cantik
Tudung dan produk SK sangat cantik dan material kain yang digunakan sangat lembut dan selesa, justeru harga yang dijual agak mahal kerana produk yang berkualiti tinggi. Jangan lupa dapatkan produk SK! :)
Anda boleh melayari website butik Siti Khadijah, Instagram atau Facebook.

some pics credit to Instagram TelekungSK

3 comments: