Friday, March 27, 2015

Dilema Final Year Student

Assalamualaikum :)

Ini entri sesi kaunseling dengan blog sendiri ;)

Masa kat mrsm dulu, ustaz ada pesan, "korang semua, kalau nak cari jodoh, cari waktu final year, terutamanya perempuan, sebab bila korang dah kerja, lelaki takut nak dekat, sebab korang bekerjaya."
Terngiang-ngiang lagi ucapan ustaz tu kat telinga aku sampai sekarang. So, bila dah sampai mulalah cuak tak jumpa jodoh lagi :')

Mak pun dah pesan, "Kalau orang nak kawan, jangan jual mahal, nanti tak kahwin sampai ke tua, baru tau". Okay kalau mak pun dah cakap macam tu, ketar lutut dibuatnyaaa.. Memandangkan sekarang dah semester akhir, terdetik di jauh di sudut hati,"Celah mana nak cari jodoh ni? Kawan2 rapat pun dah ada calon masing2. Habislah akuuu.."

Tapi bila aku fikir balik, kita ni perempuan, okay katalah kita ada calon kan, so apa kita boleh buat? Approach orang tu, memang taklah kan. Apapun, untuk mendapat jodoh yang baik, kita perlu jadi baik :)
Ingat pesan Elsa tu :)
Amboi kemain cite pasal jodoh ye, udah-udah ler tu, banyak benda lain difkirkan.
Fokus sekarang dekat semester akhir.
Ke hulu ke hilir cari patient, ambik nombor, mesej diorang. Tapi, ada yang excited nak check mata, ada yang bagi seribu alasan. Lagi satu kes, dalam appointment kemain full, tapi hari sebenar, cancel appointment. Call tak berangkat. Kalau tak dapat datang, informlah awal2, jangan buat ikut suka sahaja ye, fikirkan orang lain jugak. Ingat, kita mudahkan kerja orang, orang mudahkan kerja kita, kalau sebaliknya, Allahu alam..

Ada satu hari tu, dah tengah stress, Dr AF bukak soalan kat twitter. Apa lagi, moh ler kita tanya.


Seterusnya, final year project. Bila dah masuk sem ni, dah busy dengan klinik baru nak menyesal tak sudah dulu waktu cuti sem, tak nak buat sebanyak yang mungkin. Duk layan cerita korea, drama melayu, macam-macam lagi. Sekarang kena pandai bahagikan masa untuk semua benda.

Kehidupan semester akhir ni penuh dengan 3S, sibuk, stress dan serabut. Tapi nanti bila dah habis belajar, 3S ni lah yang mungkin dirindui tak gitu? Maybe? Tak kot :p Kalau dulu waktu 2nd & 3rd year, aku asyik nak cepat2 jadi final year student, sebab tak sabar nak grad. Then bila sampai waktunya, perasaan dah terbalik. Sama macam apa yang my senior tweet ni :)


Bila fikir balik, semua ni ibarat satu perjalanan. Bayangkan, kita ada satu destinasi yang mempunyai banyak masalah dalam setiap persinggahan. Banyak liku berjaya dihadapi. Ketika hampir tiba di garisan penamat, ttatkala diri sudah penat, tapi adakah kita perlu berehat? Tidak, pecut sehingga sampai ke garisan akhir dan barulah sampai ke destinasi yang dituju! Positifkan diri anda! :)


"Kerana sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."
Surah Al Insyirah ayat 5-6.


p/s: Next entry kita cerita pasal review cafe yang awesome eh.. :)

No comments:

Post a Comment