Friday, March 22, 2013

RGP - Small & Hard contact lenses

Assalamualaikum..

Minggu ini kelas contact lens, kami pelajar optometri semester 4, menghadapi satu ujian yang agak mencabar. Untuk lab kali ini, kami perlu masukkan & keluarkan RGP contact lens. Setiap orang perlu memasukkan dan mengeluarkan RGP ke mata kawan, dan kawan pulak akan buat pada mata kami.

Apa itu RGP?
RGP stands for Rigid Permeable Gas.
RGP ni lain daripada soft lens yang biasa korang guna kat luar sana.
Diameter RGP lebih kecil dan lebih keras.

Perbezaan antara soft contact lens (kiri) dan RGP (kanan)
Sebelum hari lab, kawan2 lain yang dah mengalami proses itu, ramai yang cakap macam2 pasal RGP ni.
Sakit.
Mencengkam mata.
Mata akan jadi berair.

Tiba hari lab group kami iaitu hari khamis, rasa macam nak lari je dari lab tu, tak nak buat, hehe..
Tapi kami perlu buat dan rasa macam RGP itu berada di permukaan mata supaya nanti kami faham bagaimana nak terangkan kat patient keadaan itu.

Teknik nak masukkan RGP ni lain daripada soft lens biasa. Kalau soft lens biasa, kita boleh masukkan ikut sclera (mata putih) tapi kalau RGP kita kena masukkan terus ke kornea. Atau dengan kata lain, masukkan terus ke anak mata. Tapi ada jugak sesetengah orang yang masukkan soft lens terus ke kornea kan, sebab kita pakai untuk diri sendiri. :)

Multi purpose solution khas untuk RGP
Bila RGP dah masuk mata, rasa sangat tak selesa. Rasa macam nak tarik keluar terus RGP tu. Atau bagi pemakai contact lens, kita akan rasa macam pakai contact lens terbalik. Tak selesa. Tapi alhamdulillah, tak rasa sakit pun. Maybe sebab minggu lepas, waktu kawan masukkan soft lens kat mata, rasa tak selesa itu lebih kurang sama dengan RGP ni. Sebab soft lens yang kawan masukkan itu lebih keras daripada yang aku biasa pakai. Walaupun namanya soft contact lens, tetap ada pelbagai diameter, bas curve dan tekstur yang berbeza.

Perbezaan antara soft contact lens (kiri) dan RGP (kanan)

Alhamdulillah, lepas masukkan RGP tu takde tearing (keluar air mata). Tapi, terus selsema. Air turun ke hidung nampaknya..hehe..


Pakai soft contact lens
Pakai RGP
Semakin hari semakin berat cabaran yang mendatang.
Semoga dipermudahkan segala urusan hari ini, esok dan seterusnya..


"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"
(Surah Taha, ayat 25,26,27)

 p/s: 
Semua gambar sumber dari encik google sebab tak berkesempatan nak ambik gambar dalam lab..
 

2 comments:

  1. fatin... still xdpt nak bezakan lens terbalik ngan tak terbalik. mangkuk cawan semua tak reti.. buat gambar sikit T.T

    ReplyDelete
  2. mengalir habis airmata pakai mende alah ni

    ReplyDelete