So kali ini, kami belajar tentang kanta lekap atau lebih mesra disebut Contact Lens atau kami sebut CL je.. ;)
Lab yang lepas, kami 'berkenalan' dengan keratometer (alat untuk mengukur kelengkungan kornea), berkenalan dengan segala jenis contact lens dan solution yang ada. Untuk pengetahuan anda, setiap contact lens ada base curve atau lengkung yang berlainan. So to make sure that base curve of your contact lens is suitable to your eyes, go and check with the registered optometrist. :)
Lab kali pulak, kami perlu memasukkan dan mengeluarkan contact lens kepada patient. Patient tu merangkap lab partner dan juga labmates kami. :)
Boleh dikatakan minggu ni semua cuak dengan lab ini. Fatin pun cuak jugak, iyelah, selama ni masuk keluar contact lens kat mata sendiri, sekarang ni nak buat kat mata orang lain.
My first patient is not a contact lens wearer, so a bit difficult to insert the contact lens. Sampai dah berair mata dia. Kita perlu tenangkan dia dan masukkan contact lens dengan perlahan. Kelopak mata pun kena pegang kuat sikit untuk mengelakkan mata dia tutup. Percubaaan demi percubaan dilakukan. Tidak berjaya. Lecturer pula yang cuba masukkan.
Tidak berjaya jugak. Lecturer cadangkan untuk titiskan sedikit anesthetic (bius) ke mata patient.
Alhamdulillah, akhirnya, dapat jugak menyelesaikan tugas itu dengan lancar.
Teringat pulak waktu mula2 nak masukkan contact lens dalam mata tiga tahun dulu. Duduk depan cermin, menggigil nak masukkan contact lens tu. Untuk first time wearer, memang rasa tak selesa. Rasa ada benda dalam mata. Lama2 bila dah biasa, semua jadi senang. :)
Patient kedua pulak dah pernah pakai contact lens. Jadi, mudah untuk masuk dan keluarkan contact lens. Dia tak kelip mata langsung masa nak masukkan contact lens. Sangat relaks.
Cuci contact lens dengan MPS solution dan saline. |
Terima kasih kepada kedua-dua patient! Minta maaf jika ada terkasar perbuatan atau kata.
Untuk yang belum pernah pakai contact lens, jangan takut untuk pakai contact lens. Kebanyakan kawan yang tak nak pakai contact lens kata, contact lens ini bahaya, tak elok, bla, bla, bla..
Sebenarnya, kalau kita jaga kebersihan, Insya Allah, tiada apa2. Kebanyakan penyakit datang apabila si pemakai MALAS MENJAGA KEBERSIHAN.
1. Kuku PASTIKAN PENDEK.
2. Sebelum masuk atau keluar contact lens,
BASUH TANGAN DENGAN SABUN DAHULU DAN BILAS.
3. Kepada yang memakai soft lens
(biasanya yang terdapat di pasaran adalah soft lens),
(biasanya yang terdapat di pasaran adalah soft lens),
JANGAN MEMAKAI LEBIH DARIPADA 8 JAM.
Memandangkan Fatin pun budak baru belajar,
di sini Fatin nak share
sedikit info mengenai contact lens daripada satu blog seorang optometrist.
Boleh klik tajuk di bawah :)
Akhir kata, jagalah mata anda, kerana kedua-dua mata anda BEGITU BERHARGA.
Sekian, terima kasih kerana singgah baca...
nampaknya semenjak da blaja cl ni. meriah blog2 para optometrist dngn pengalaman ber cl. haha
ReplyDeletehaha, tu la pasal.. majulah optometrist untuk negara :)
Deletemane nak cari regitered optometrist? fatin bole suggest kn?
ReplyDeletepergi ke kedai spec yg tertera optometrist, atau tanya org kat kedai itu adakah dia optometrist or biasanya registered optometrist ada sijil optometrist kat kedai dia :)
DeleteArtikel yg sangat bagus :)
ReplyDeleteThanks sebab share link blog yg banyak ngarut tu hehehe..salam ziarah :)
truskemata anda