Jom Kahwin!
Amboi, tajuk entri..
Hewhew, ini bukan nak mengajak anda kahwin, tetapi karnival JOM KAHWIN di Wangsa Walk Mall yang berlangsung 15 hingga 17 Februari 2013.
Ada banyak gambar dan caption di situ ada link fanpage yang berkenaan dengan perkahwinan seperti fotografi, baju dan lain2.
[credits fb jomkahwin]
Walaupun lambat lagi nak kahwin, saja mencuci mata kat booth yang ada, paling tertarik dengan kad kahwin yang pelbagai design. Itu cantik, ini cantik. Yang pasti lagi 5 tahun, mesti design baru yang trend lain pulak kan.. hahaha :p
Masa tengah shopping, ada dengar Aril AF menyanyi kat pentas. Habis persembahan pentas, berpeluang bergambar dengan Diana Amir. Dia sangat cantik! :)
Fatin memang nak beli barang2 untuk next sem kat Guardian sebab ada sale.
Tambahan pulak tau yang Diana Amir jadi emcee untuk persembahan pentas.
Lagi semangat nak pergi Wangsa Walk tu.. Then, nak beli satu baju yang telah ditarget.
Sampai je, idokler baju tu dah takde. Ada baju lain tapi design lain.
Hmm, so pergi tengok2 skirt labuh sebab sekarang tengah sibuk menambah koleksi skirt labuh.. :)
Akhirnya, beli satu skirt yang pernah suatu ketika dahulu tertarik dengan coraknya.. :)
Sempena karnival jom kahwin, beli shawl corak love, ok, takde kena mengena pun -.- |
Fatin,
belajar rajin2,
kerja rajin2,
baru dapat kahwin grand2..
pantun ke, erk?
Apapun, semoga kelak aku dikurniakan seorang imam yang soleh, amin..
Tapi aku perlu lebih berusaha menjadi muslimah yang solehah dahulu..
Memetik kata Sis Wardina, "Don't wait for the right person BE the right person".
No comments:
Post a Comment