Tuesday, October 25, 2011

Fadlan Hazim makin popular




Baru-baru ni, Fatin baca satu post pasal Tiga Kata dari Fadlan V.I.P beserta video nyanyiannya di blog INI. Fatin baca sebab Fadlan post link blog tu kat fanpage dia. Sambil mencari idea nak tulis new post, Fatin google fadlan hazim. Hasil carian, Fatin jumpa banyak blogger menulis pasal Fadlan Hazim ni.. Kebanyakannya adalah para peminat beliau. Tak percaya? Cer google.. :)

Di kesempatan ini, Fatin pun nak share jugak pasal Fadlan Hazim ini.. Sumber daripada soal jawab di fanpage Fadlan dan artikel berkaitan.

Nama diberi Fadlan Hazim bin Anuwar. Fadlan dilahirkan pada 2 Januari 1992 dan berasal dari Kuala Lumpur. Dia bermula dari bidang peragaan sebelum menceburi bidang seni.

Kata Fadlan, “Saya berkecimpung dalam bidang modelling sejak berusia 16 tahun. Saya bukan saja menjadi model di Malaysia, malah mendapat peluang di Singapura dan Thailand sebelum ini."



Kemudian Fadlan menyertai Kacak Bergaya 2010 dalam Pancaindera dan mendapat saguhati di peringkat akhir. Fadlan merupakan peserta termuda dalam pertandingan ini.


Kata Fadlan, "Saya masuk kacak bergaya lepas ada member saja hantar gambar kat suratkhabar pancaindera."

Apabila Fatin bertanya, "Adakah kawan Fadlan tu kira berjasa kepada Fadlan?"

Jawab Fadlan "After kacak bergaya tu, tiada offer apa2 pun, seriously. Then saya dpt job utk dance dlm hotel mania, dari situ KRU berminat nak dgn saya. Dan dekat hotel mania tu jugak lah terjumpa Abg Adam AF, dan kitorang pun terus bersembang pasal group V.I.P ni (time tu nama group pun takde lagi) haha, ingatkan Abg Adam AF main2 je,last2 betul2 buat group. haha."

“Saya menjadi pelakon tambahan untuk mencari pengalaman dan antara drama lakonan saya ialah Hotel Mania, Cinta Balqis dan Duyong Aridinata serta menjadi pengacara program Paparazzi untuk KRU TV sebelum ini,” katanya.


Fatin bertanya pada Fadlan apakah watak yang dilakonkan dalam drama-drama tersebut memandangkan Fatin belum berkesempatan untuk menonton drama itu mahupun di tonton.com.

Fadlan menjawab, "Itu semua hanyalah watak sekecil kuman, dalam hotel mania je ada dialog sikit2, lepas Hotel Mania lah baru dgn KRU :)"

Fadlan menjadi artis bawah naungan KRU Talents pada Jun 2010 dan mengikat kontrak selama setahun dengan syarikat mereka.

Fatin sempat bertanya, "Siapakah idola Fadlan dalam dan di luar negara?"

"Luar negara adalah Michael Jackson dan dalam negara pulak KRU :)"balas Fadlan.

Selain itu, Fadlan gemar bermain basketball dan aktif semasa di sekolah dahulu. "Adakah Fadlan selalu menang dalam permainan basketball?"

Fadlan membalas, "Boleh la, selalu main dlm daerah top 5 la. Boleh la."

Majalah remaja 1 Februari 2011


Kini, Fadlan menyertai kumpulan V.I.P di bawah naungan KRU. Single pertama mereka adalah Lagu Sedih ciptaan Edry Abdul Halim manakala single kedua yang bertajuk Kemarau bakal keluar tidak lama lagi. Fadlan kini lebih dikenali sebagai Fadlan V.I.P.





Gambar terkini Fadlan

Last but not least, pesanan untuk peminat Fadlan Hazim menerusi acc twitter nya..

"Harap2 semua fans akan terus menyokong V.I.P, tanpa fans siapalah kami ni :)"

Fatin serta peminat V.I.P akan terus menyokong Fadlan dan V.I.P dan mendoakan agar V.I.P terus berjaya di Malaysia seterusnya ke peringkat antarabangsa.. Amin..

updated 2013 : Fadlan Hazim kini artis MIG

p/s:
Jom like page Fadlan Hazim dan page V.I.P!
After finishing this post, terasa macam jadi wartawan pulak..
Ada gaya tak? hehe.. :)

Thanks a lot for viewing my blog!
Don't forget to follow this blog.. :D

No comments:

Post a comment