Saturday, August 01, 2015

Review Buku 365 #Tribulasi365hari




Assalamualaikum :)

Selepas buku DIAgnosis dan DIAgnosis2, kini Dr. Anwar Fazal tampil dengan buku baru bertajuk 365. Bukan buku tiga lima yang kecik tu, yang tu buku 555, buku kutip hutang, hehe :p #siscuba

By the way, korang dah beli ke belum dua2 buku yang laris macam pisang goreng cheese panas tu? Kalau belum and nak tau review buku tersebut, mehlah usha kat link bawah ni :)

Review Buku DIAgnosis
Review Buku DIAgnosis2

Okay sambung cerita.
Buku 365 ini merupakan karya solo Dr Anwar Fazal keluaran White Coat Enterprise.


Mempunyai 365 muka surat, penuh dengan warna warni dan sarat dengan kata2 hikmat dan peringatan buat para pembaca. Kata Ahmad Fedtri Yahya mengenai buku ini, "Setiap halaman bukan hanya memiliki warna yang dapat dilhat dengan mata, malah sarat dengan ilmu yang dapat ditatap dengan mata hati."


Ada orang kata buku ni ala2 buku 88lovelife, tapi versi melayu. Tapi buku ini lebih mengingatkan kita kepada agama. Buku 365 ini sesuai untuk kita sebagai motivasi dalam kehidupan dari segi zahirnya.


Dari segi batinnya, rujuk ayat 3, surah 65 iaitu surah At-Talaq yang bermaksud:
"Dan ingatlah, sesiapa berserah diri bulat2 kepada Allah, maka cukuplah Allah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)"

Justeru, dalam setiap masalah yang kita hadapi, kita perlu yakin bahawa Allah akan menolong kita.

Fatin kasi preview sikit antara quotes yang ada dalam buku ini, yang berkaitan dengan kaum hawa :)



Bagi Fatin, buku ini best dibaca tak kira bila duka atau suka. Boleh baca sebagai bedtime stories pun :) Buku ini banyak mengajar kita tentang erti kehidupan, ada bercerita tentang Tuhan, kita sebagai hamba, kawan, jodoh, cinta dan lain2.



Akhir kata, Fatin share antara quotes yang menarik dalam 365 ini:

Misi hari ini: 
1. Penatkan malaikat di bahu kanan
2. Rehatkan malaikat di bahu kiri 
- Dr Anwar Fazal.

Kamu cari tips untuk raih bahagia dari buku2 pakar motivasi tersohor dunia, tetapi kamu lupa untuk buka quran di depan mata? Tak guna. - Dr Anwar Fazal.

Amacam, bestkan? Korang boleh order dan beli kat http://www.whitecoat.com.my.
Korang kena create account then beli berapa buah yang korang nak, harga RM30. :)
Korang jugak boleh tengok preview dari pembaca lain kat instagram dengan #Tribulasi365hari.

Before nak publish entri ni, baru perasan yang entri ini merupakan entri yang ke-365.
Kebetulan :)

8 comments:

  1. Kalau dari pendapat saya buku ni lebih kepada The Secret Daily Teachings (Rhonda Byrne) cuma versi Islamic

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. i see. baru 1st time dgr tajuk buku tu, hehe, thanks 4 sharing :)

      Delete
  2. Fatin, apa beza buku 365 yg cover putih dgn yg cover ada gambar tangga tu? Penulisnya sama. Cuba Google. Maaf tanya awk pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. buku cover putih, buku 365 karya solo dr anwar.
      buku yg cover ada gambar tangga tu Diagnosis, buku karya dr anwar, dr aizzat & dr azah. :)

      Delete
  3. boleh tak dptkn buku ni dr kedai2 buku selain beli online? :]

    ReplyDelete
  4. Good review fatin.. Walau pn da setahun buku ni publish da, still bermakna -klinik bv UiTM

    ReplyDelete