Tuesday, July 08, 2014

[Review] Buku #DIAgnosis




Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu ketibaan buku DIAGNOSIS sampai ke rumah. Lepas bank in 30 April lalu, tunggu punya tunggu, then dapat berita dah sold out. Kena tunggu cetakan kedua siap baru mereka akan pos ke customer. Buku Diagnosis mendapat sambutan yang sangat menggalakkan pada waktu pelancaran di pesta buku antarabangsa yang lalu.

Isnin lepas kakak bagitau yang parcel dah sampai rumah. Tapi sabtu baru dapat bukak dan baca buku Diagnosis sebab dah start cuti sem :)


Fatin tak sangka dapat jugak buku special edition tentang MH370 yang ditulis oleh artis2 popular tanah air. Ingatkan yang terawal je yang dapat. Tapi alhamdulillah, rezeki, sebab bank in awal kot :)


Ada jugak kawan2 yang tanya buku Diagnosis ini pasal apa. Secara ringkasnya, buku ini berkisarkan tentang kehidupan suka duka doktor. Namun, buku ini tidak terhad kepada doktor atau bakal doktor sahaja, orang lain juga boleh mengambil iktibar dari coretan penulis.


Kini, DIAGNOSIS sudah menjadi 'Best Sellers' di Kinokuniya. Tahniah kepada ketiga-tiga penulis : Dr Anwar Fazal, Dr Aizzat dan Dr Azah.

credit to IG dranwarfazal
Pagi ni dah selesai membaca buku ini, banyak pengajaran yang dapat diambil. Setiap cerita ada pengajarannya yang tersendiri. Part Dr Anwar, Fatin suka kisah Suara Serak dan Yang Halal Itu Indah. Part Dr Azah pulak, Fatin suka Pray dan Tangisan yang Dinanti. Part Dr Aizzat pula Sesingkat Waktu dan Adrenaline, sebak baca sampai mata berkaca-kaca. :')
Syabas kepada semua penulis atas karya yang bermanfaat ini :)

credit to IG klsteamboatstation
Sesiapa yang follow instagram Dr Anwar Fazal, pasti sudah kenal siapa Dr Anwar ini. Beliau merupakan sepupu kepada pengarah filem Syamsul Yusof, yang juga merupakan penyanyi kumpulan Burn & Soul. Fatin suka dengar lagu Ya Robbi, lagu tema filem Khurafat yang popular tiga tahun yang lalu. Beliau juga kini mempunyai restoran bersama-sama rakan doktor yang lain iaitu KL STEAMBOAT STATION. Fatin dari awal pembukaan restoran tu, sampailah sekarang belum berkesempatan lagi ke sana. Mohon sesiapa belanja makan kat sana 2 september ni :P

credit to IG @klsteamboatstation
Selain itu, Dr Anwar juga ada mengeluarkan produk tudung jenama SHEEJAB bersama rakan2 doktornya. Banyak juga cabang yang Dr Anwar ini explore, bagusnya :)

credit to IG SHEEJAB
Sambil menaip entri, bukak twitter kejap. *nakprintscreenjugak*


Okay sambung cerita.

FYI, anda boleh dapatkan buku DIAGNOSIS di kedai buku Kinokuniya, MPH, Times dan Borders. Insya Allah buku ini bermanfaat kepada kita semua.

"Setiap DIAgnosis itu hakikatnya datang dari DIA. Doktor hanya perantara."

Akan datang nanti akan ada #Diagnosis2, doktor blogger Fatin Liyana aka FL juga akan turut menyumbangkan karya beliau di situ. Sama2 kita nantikan..

*update 8.00pm, dapat reply dari dr azah :) *nakprintscreenjugaklagi*


*update 11.00am 9 July.  *okayinilastprintscreen*


Btw, Fatin print screen bukan nak perhatian para penulis ye, jangan salah anggap, cuma mereka sememangnya appreciate para pembeli buku #DIAgnosis :D

p/s:
In each optometric case analysis, optometrists also need a diagnosis before treating the patients :)

9 comments:

  1. saja singgah mai noo saja jaaa

    ReplyDelete
  2. wah mcm psiko n best ja buku tu.. mampu beli lawak kampus je haha

    Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak :)


    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, xde la nmpk psiko, buku yg bagus utk dibaca :)

      Delete
  3. Sesiapa yang berminat nk dapatkan Diagnosis 2, blh Whatsapp saya 012-9723116 utk response pantas..

    ReplyDelete