Thursday, July 23, 2015

5 Tips untuk penganggur fresh graduate




Assalamualaikum :)

Hai para penganggur semua!
Salam syawal dari penggangur kepada penganggur semua!
Amacam tanam anggur, dah berbuah ke? Jangan lupa siram dan letak baja, nanti kering pokok tu :p

Sementara menunggu pokok anggur nak berbuah tu, dengan erti kata lain dapat kerja, jom kita baca tips yang tak berapa nak tips ni hehe.. Jarang tau Fatin bagi tips, Fatin pernah share dua tips je sebelum ni -> Study tips for muslim students & Tips untuk hashtag (#) berkesan. Tapi tips ni berdasarkan pengalaman sendiri dan idea2 yang terlintas di fikiran iolls je tau, mana yang boleh buat, boleh buat, kalau tak, sorry and thanks for reading this entry hehe :p

Okay, let's start.


1. Selesaikan hobi yang sekian lama tergendala

Mesti korang ada hobi yang korang dah lama nak buat, tapi tergendala dek kerana pengorbanan kau untuk belajar. Kerana semangat kau yang berkobar-kobar nak dapatkan Dean's list untuk final sem hari tu maka kau tinggalkan hobi yang kau chenta. So, time ni lah masa yang sesuai untuk kau selesaikan apa yang terpendam dalam hati kau.

Kalau Fatin, hobi Fatin blogging. So, lepas dah habis study ni, lepas gian nak blogging, kalau boleh nak blogging 24 jam. Tapi agak2 lah kan, idea pun takdelah datang mencurah-curah macam hujan lebat, sekadar hujan rintik2 je ;)

Contoh hobi lain, tengok drama korea ke, travel ke, baca novel dan lain2.

Pesanan untuk diri sendiri dan anda semua:
Dulu pernah dengar pesanan dari seorang ustazah ni, dia kata, masa kita muda2 ni, single, masa inilah kita cuba untuk memperbanyakkan amalan kita, especially baca quran. Sebab nanti bila dah kerja, dah kahwin, kita akan busy dengan macam2 benda, penat dengan kerenah anak2, rumah tangga, kemungkinan masa untuk baca quran dah takde. Nauzubillah min zalik, kita cuba untuk istiqamah untuk baca quran setiap hari walaupun satu ayat.

Dari Abu Umamah ra. dia berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, 
“Bacalah Al Qur’an sesungguhnya ia akan datang di hari Kiamat menjadi syafaat (penolong) bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim)

2. Tolong family

Dah duduk rumahku syurgaku tu, daripada goyang kaki main laptop, mohler kita tolong family kita especially mak ayah kita. Iyelah, dulu masa belajar kat uni, kita fokus kepada pelajaran je, duk pun jauh, balik sekali sekala. So, bila ada kat rumah ni kita berkhidmat untuk family.

Kita boleh tolong mak kita kemas rumah, basuh pinggan, sidai kain lipat kain, kita tolong ringankan tugas mak. Sambil tu boleh praktis ilmu ekonomi rumah tangga ye idok? ;)

3. Cari kerja

Dah namanya fresh graduate, memang tugas kita cari kerja lah kan. Bukak paper, bukak jobstreet, cari kosong yang berkaitan. Pergi interview sana sini untuk dapatkan kerja yang terbaik. By the way, good luck and jangan lupa masuk bakul angkat sendiri masa interview! hehe, yang penting jujur dan jadilah diri sendiri :)

4. Join contest

Ini Fatin pernah buat masa lepas spm dulu, sekarang pun sama. Join je mana2 contest kat radio, tv, fb, twitter, blog or instagram. Kalau dulu Fatin join kat radio, menanglah RM100 & tiket konsert kat hotfm. Tapi yang tang konsert tu tak pergi pun, bagi kat kawan sebab kekangan masa.

Sekarang ni kat fb, twitter and instagram dah banyak contest, Fatin saja je try join contest yang ada. Saja je suka2 sambil mengisi masa, kalau menang, alhamdulillah rezeki, kalau kalah takpe, masa dah terisi :)

5. Cari jodoh

Okay ini takdelah tips sangat pun bagi korang yang dah ada calon. Yang takde tu, bolehlah dikira sebagai peringatan. Iyelah, belajar pun dah habis, so takde alasan lagi nak kata, "Eh, belajar pun tak habis lagi, nak sibuk cari jodoh." kan? :p Biasanya mak2 dah bising suruh cari menantu bila dah habis belajar ni.

Atau mungkin ayat ni pulak keluar, "Eh, kerja pun takde lagi nak sibuk cari jodoh," Okay2, kalau macam tu, dah dapat kerja nanti kita cari. Cari kat tempat kerja ke kan ;)


Okay sekian sahaja tips Fatin harap sedikit sebanyak membantu.
Kalau tak membantu, macam Fatin kata tadi, "thanks for reading this entry!"
Tips sekadar suka2 sahaja, jangan ambil serious sangat :)

1 comment:

  1. Anda sedang mencari kerja part time/fultime/sometime...?
    di sini ada peluang untuk anda yg benar2
    ingin mencari pendapatan sampingan/boleh juga penuh...
    sesuai pada yg:
    --tiada kerja (menganggur)
    --suri rumah
    --pelajar sek/kolej/universiti
    --byk hutang
    --cari income tambahan
    --& semua lapisan masyarakat
    Modal hanya RM110 sekali seumur hidup (pendapatan pasif seumur hidup)
    Komisyen jualan yang tinggi
    Gaji bulanan lumayan – RMxxxxxx tanpa had ikut usaha*
    Insuran 100,000.00 percuma
    Diskaun penginapan di Tune Hotel
    Tiket penerbangan Air Asia percuma*
    Kenaikan gaji amat cerah bagi yang benar-benar produktif
    terbuka kepada semua pengguna telefon umur 12thun keatas

    Please whatsapp me for more details.. 0113-5705060

    ReplyDelete