Saturday, March 28, 2015

Dinner at Veto Castro, Puncak Alam




Assalamualaikum..

Kita kembali dalam episod 10 dalam Jalan2 Makan2! :D
Untuk episod sebelum2 ni, boleh klik label JJMM kat belah kanan blog :)


Seperti yang dijanjikan pada entri lepas, kita nak review sikit satu cafe yang best, iaitu Veto Castro.
Veto Castro ini terletak di No 22 A, Jalan Astana D 13/D Pusat Niaga Astana Alam, 42300 Puncak Alam, Selangor. Bagi student puncak alam yang teringin nak makan western food, tapi malas nak pergi jauh2, bolehlah singgah ke Veto Castro. By the way review ini tidak berbayar eh, hehe :)

Menu beserta harga :)
Veto Castro ni masuk dalam antara wishlist restoran yang Fatin & the gang selepas KL Steamboat Station, Murni Discovery & Chemistry Cafe. Tinggal Chemistry Cafe je belum tertunai lagi. :)

Kitorang buat birthday surprise sekali untuk Syamerra kat sana. Actually birthday Mira lambat lagi, 30 Mac, tapi kitorang celebrate awal sebab weekend Mira nak balik celebrate dengan family. Isnin tu pulak Mira posting kat Hospital Sungai Buloh, biasa kalau posting mesti penat & tak larat. Yup, iolls memang kawan yang memahami :p

Kitorang cakap kat Mira, ada housemate sorang tu pesan belikan kek untk surprise birthday kawan dia. Dia tunggu dalam kereta, Fatin & Fadh pergi beli kek. Seriously aku ni idokler reti nak berlakon depan dia :p

Muka kelaparan ;)
Then, kitorang order makanan & air. Lepas tu, kitorang bukak kek tu. Surprise!!!
Then Fatin tanya Mira, ada syak apa2 tak? muehehe
Mira kata, "Eh tadi kata Hanis pesan kek?"
Yeay, kiranya jadilah tu surprisenya kan? :p

Masa kitorang sampai takde orang pun kat situ.
Then, Mira kata, "Korang book the whole restaurant eh?"
Hahaha, sweet tak kitorang book satu restoran?
Taklah, sebab weekdays kot, so tak ramai orang datang. Before nak balik tu, ada customer lain datang.

Happy birthday in advance Syamerra! Hadiah tunggu hari sebenar eh ;)
Then, potong kek & makan! Makanan & air pun sampai sambil makan kek.



Fatin & GBM order Tortilla Bolognese, Fadh order Spaghetti Bolognese, Mira & Kak Tirah order Cream Bolognese. Tortilla Bolognese sedap! Cuma sos bolognese agak kering sikit.

My tortilla bolognese

Ice blended vanilla sedap! Semua berjaya ditelan sampai licin! :p
Deco kat Veto ni cantik! Fatin suka kalau restoran yang ada deco cantik2 baru best nak ambik gambar! :D





Pinjam kamera veto untuk props :p
For details, korang boleh usha fb Veto Castro atau instagram veto.castro or #vetocastro.

Sebelum balik, korang boleh tinggal memo kat tepi pintu. GBM sempat promote jom check mata kat klinik optometri uitm :)


Seperti biasa, kalau nak check mata, boleh emel saya nams2992@gmail.com.
FAQ pasal check mata, boleh usha kat SINI. :)

No comments:

Post a Comment