Saturday, September 27, 2014

22 years old

Assalamualaikum.. :D

Rindunyaaa kat blog!
Ada masalah teknikal melibatkan internet kat kolej, so terputus dengan dunia luar, harapkan mobile data je la huhu.. Sekarang dah masuk sem baru, sibuk dengan klinik. Ada masa terluang, mohler kita update blog, tapi entri throw back la gamaknya..

Happy 22nd birthday to Nurfatin Atikah!

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini..
Tahun ni macam biasa birthday jatuh waktu before bukak sem baru so boleh sambut dengan family, and lagi satu dengan BFF! Tapi tahun ni takdelah celebrate beria sangat sebab sibuk dengan hospital posting. Sambut birthday kat hospital je la hehe :p
Birthday girl at the hospital :p
Disebabkan hari merdeka jatuh hari ahad, so isnin 1 haribulan cuti umum. So ada chance pergi celebrate dengan BFF, yeay!

My BFF, Dila merupakan orang yang paling setia dalam bab pemberian hadiah waktu birthday. Dari 2006 kitorang start berkawan, setiap tahun ada je hadiahnya, sama ada dia bagi awal or lambat, yang penting dia bagi. Tapi jangan salah anggap pulak, aku bukan kawan sebab dia suka bagi hadiah, tapi sebab dia setia dengar segala cerita suka dan duka aku. Alhamdulillah, tak lost contact selama 8 tahun berkawan. Sayang Dila sangat2! <3

So 1 september tu, aku dengan Dila pergi Wangsa Walk Mall tempat yang paling dekat dan senang nak pergi. Masuk je kereta, terus bagi hadiah jam tangan. Macam tau2 je jam tangan aku dah rosak. Jam tangan swatch yang aku pakai sekarang tu abang aku bagi sempena hadiah spm. Tali putus sikit tapi aku tak tukar selagi boleh pakai, pakailah.. :p So sekarang boleh pakai jam yang Dila bagi :)

Kitorang jalan2 window shopping, then makan kat Restoran Cili Pauh. Aku cakap kat Dila nak belanja sempenan kejayaan aku dapat lesen moto. Dila banyak bagi kata2 semangat kat aku waktu aku failed test jpj dulu. Aku yang gila makan tomyam ni pergi order set tomyam dan kerabu mangga. Memang sedap tak terkata, tapi berasap jugaklah telinga dibuatnya ;)



Lepas makan, Dila nak belanja aku Secret Recipe. Aku order Yogurt Cheese. Sedappp! Mestilah sedapkan kalau orang belanja, hehe.. Tapi secret recipe memang sedap pun kan *thumbs up* Before balik, aku mintak tolong adik Dila snap gambar kitorang. Nanti Insya Allah bulan disember nanti kita celebrate birthday Dila pulak! ;)
My BFF since 2006 <3
Petang tu, kakak ajak pergi Aeon Alpha Angel beli barang. Aku nak beli sebiji kek untuk family. Tapi kakak kata dia nak belanja, yeay! Haha, dah 22 tahun pun macam budak 2 tahun lagi :p Aku tak kisah pun kek apa, kakak suggest Black Forest Cheese, so aku ok je. Tapi memang terbaik, sedap, tak muak pun. Satu family suka!



Alhamdulillah, terima kasih ya Allah untuk 22 tahun ini. Ada antara wish list yang menjadi kenyataan. Ada beberapa lagi yang perlu diusahakan. Tapi perlu beringat jugak, umur meningkat, semakin dekat dengan kematian. Semoga segala amalan meningkat seiring dengan usia, semoga dijauhkan perkara2 yang tidak baik, amin..


Thanks a lot kepada family & kawan2 yang sudi wish dan doakan yang baik2 untuk Fatin. Really appreciate it! Tahun ni bilangan kawan yang wish sikit je, I olls sedih la jugak… T.T
Time ni la kita rasa “we do not lot of friends but only a few loyal ones. <3
That's all, keep calm and stay positive!



2 comments:

  1. Tudiaa bakal dokter mata. Good luck in your life. Happy double two. The age of simultaneous responsibilities.

    All the best! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks mai :D btw, optometrist bukan doktor mata, doktor mata adalah ophthalmologist :)

      Delete