Selain practise kat klinik optometri, kami jugak perlu menghadiri ophthalmology posting. Kena attach dengan doktor mata aka ophthalmologist, ada jugak yang attach dengan Medical Officer (M.O). Untuk sem ni, kira 1st time la posting kat hospital. Ketar lutut attach dengan doktor sebab kena tembak dengan pelbagai soalan berkaitan penyakit mata (ocular disease). Walaupun posting dengan partner, tapi attach dengan doktor yang berbeza. Tapi ada jugak dapat doktor yang sama.
Lecturer dah tetapkan hospital mana yang kami perlu pergi dan siapa partner kami. Alhamdulillah, ketiga-tiga hospital dapat partner dengan Syamerra. Bermula dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Hospital Ampang dan Hospital Putrajaya.
Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)
Hospital ni kira dekat dengan Puncak Alam, so kitorang gerak dari Puncak Alam lepas subuh. 1st time ni tak tahulah nak cakap nervous tahap apa. Nasib baik dapat doktor yang sangat peramah dan cool. Dapat tengok macam mana doktor handle patient. Kat hospital ni attach dengan M.O so bilik tu sangat busy dengan patient. Tabik spring dengan doktor yang sangat relaks tapi pantas dan cekap handle patient yang tak putus-putus masuk. Berpeluang check visual acuity (VA) seorang wanita warga emas yang mana mata kiri dia just hand movement. Doktor minta buat double check. Bila check balik, memang sebelah mata dia just hand movement, sampai patient tu jawab pun dengan suara yang perlahan, "Tak nampak dik..". Yang check mata ni pulak yang rasa nak menangis empati :'(
Hospital kira dekat jugaklah dengan rumah, so malam tu ajak Merra bermalam kat rumah so senang nak gerak pagi tu. Kat hospital ini attach dengan doktor mata yang tegas. Masuk je bilik dia, terus kena check tekanan bola mata (intraocular pressure) menggunakan Goldman Applanation Tonometer (GAT). Mulalah menggigil nak buat. Apapun, perform is better than observe, kira dapat pengalaman baru :) Doktor ni banyak tanya soalan yang mencabar kotak ingatan, merungkai semua topik yang dah dipelajari dalam subjek Ocular Disease.
Hospital Putrajaya
Hospital yang paling jauh dari palam. Sehari sebelum gerak ke bangi tumpang bermalam kat rumah maksu. Terima kasih maksu :) Ini posting yang paling best. Bukan setakat hospital yang cantik, kat sini dapat merasai betul2 diberi tunjuk ajar oleh ophthalmologist. Doktor akan beritahu kat kita tentang condition setiap patient. So, kita akan faham apa kes dia dan treatment yang perlu dijalankan. Sebelum posting kat sini, cuak sangat bila dengar kawan2 kata kena present case yang kita dah salin kat logbook kat doktor. Tapi bila dah sampai turn sendiri kat situ, yup, cuak memang ada, tapi seronok dapat sharing info dengan doktor. Honestly seronok sangat attach dengan doktor kat situ :D Lagi satu kan, kat sini ada jual pau sedap, hehehe, ye saya hantu pau, paling suka makan pau kaya :p
Kami sempat menziarahi pusara arwah classmate di Putrajaya. Semoga arwah tenang di sana, al fatihah..
Ophthalmology posting untuk sem ni dah habis. Sambung sem depan pulak kat hospital yang lain. Harapnya dapat buat yang terbaik dari sem ini. By the way, thanks a lot to Syamerra my ophthal posting partner for this semester! <3
Kebetulan pakai tudung warna sama, doc n nurse tanya korang ni ada uniform eh? :p |
p/s:
Bulan ogos ini lepas raya akan posting kat HKL, moga dipermudahkan.. :)
Salam perkenalan dan salam ramadhan kareem
ReplyDeleteBertuahnya kalu duk area uitm puncak alam boleh chek mata dari awak.
Saya dari pasir gudang :)
Salam perkenalan & salam ramadhan kareem, xpe, tapi kalau bila2 dtg puncak alam, jemputlah ke klinik optometri check mata :)
Deletegood luck..anyway akk dulu stduy medical lab..akk bw cn ye
ReplyDeletethanks akak :)
Delete