Thursday, July 10, 2014

Frozen themed birthday party #fedoradell




Pada mulanya nak tunggu time raya baru nak post entri ni. Motif? Sebab bulan puasa tak baik post gambar makanan. Tapi takpe, anda digalakkan membaca entri ini pada waktu malam sahaja, lepas solat tarawih, hehe.. Boleh pulak ada waktu khas nak baca blog kan :p

28 jun lepas, satu family bertungkus lumus mengadakan birthday party untuk dua orang baby kecik, Fedora & Adellia. Hidayah My Sis as a project manager. Tema yang dipilih pada kali ini adalah FROZEN. Tambah lagi ada dua baby, so sesuailah, sorang Anna, sorang lagi Elsa.

Invitation card
Fatin tak dapat nak tolong sangat sebab busy kat uni, huhu.. Balik pun on that day, terus tolong apa yang patut. Set up banner and meja. Then bila majlis dah start, prepare dengan adik untuk refill makanan.

Aktiviti menggunting
Food label
Bab menggantung kena bagi kat orang tinggi
Majlis dimulakan dengan doa selamat oleh jiran tetangga sebelum jamuan makan. Kanak-kanak paling seronok sebab ada aiskrim dan dessert yang comel2. :)



Menu utama adalah nasi beriyani dan kari kambing. Ini sekali dengan majlis akikah Adellia, jadi tumbang kambing seekor.




Dessert pulak terdiri daripada macam2 jenis kek dan kuih-muih, kek karamel, red velvet, kek coklat, Victoria sandwich, puding karamel, frozen cookies, dadih vanilla & laici, apam polkadot, stripe apam, apam mekar dan lain2.














Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir, kehadiran anda sememangnya memeriahkan majlis! :D
Alhamdulillah cuaca baik pada hari tu. Juga kepada jiran yang banyak membantu, Mak Cik Fatimah sekeluarga :D







Tak lupa kepada my beloved big family, parents, siblings and ipar duai, apa yang penting, kerjasama! Seronok buat kerja sama2 walaupun penat. :)

My beloved siblings <3
Ibu & mama potong kek
candid



Dah kenapa pegang aiskrim macam pegang mikrofon :p
Some pictures credit to my bro in law. Thanks a lot! Boleh beza kamera digital and dslr, huhu..


“It’s so cute. Like little baby unicorn” - Olaf

No comments:

Post a Comment