Friday, April 18, 2014

Penat

Penat.
Tak larat.
Letih.

Semester ini aku telah dilantik memegang satu jawatan dalam persatuan. Kalau ikutkan hati aku nak menolak. Aku taknak pegang apa-apa jawatan sebab nanti pelajaran aku terganggu. Dahlah tak pernah dapat anugerah dekan, lepas tu nak tambah lagi beban lain atas bahu ini. Tapi aku tahu, Allah nak suruh aku berusaha lagi dan lagi, bukan sahaja mengejar dean's list tetapi juga deen's list. Allah...

Tapi, bila aku fikir balik, ini semua amanah. Tanggungjawab. Orang dah lantik kita, kita bertanggungjawab ke atas pelantikan itu. Jangan pentingkan diri, nak berjaya dalam pelajaran sahaja.

Ingat, semua amanah yang kau anggap beban ini sebenarnya yang akan menjadi pengalaman yang sangat berharga pada masa akan datang. Masa itu baru kau tahu yang semua benda yang kau anggap 'beban' ini sebenarnya yang mengajar kau erti kehidupan.

Tatkala aku penat dengan semua cabaran ini, aku gemar scroll membaca kata-kata motivasi di twitter. Maksud aku, selain membaca Al-Quran yang dapat menenangkan jiwa yang kelam-kabut dan berserabut bagai dilanda ribut ini.

Antara yang menarik...

Accept your past without regret, HANDLE YOUR PRESENT WITH CONFIDENCE, and face your future without fear. May Allah ease everything, Insya-Allah..

Challenges are what make life interesting, overcoming them is what makes life meaningful.

Accept the challenges in life with a smile on your face, so that you may feel the exhilaration of victory.

Aku juga turut google membaca blog2 yang menarik. Dan aku jumpa ayat ini :

Kembali mencari nafas, mengumpul senyum dan kekuatan.
“Penat-penat kita pun, penat lagi Rasulullah menyeru manusia, membangunkan negara, mengurus rumah tangga, mengislah manusia dan seisinya malah ibadah Baginda tidak pernah layu pula!”

Akhir kata, berdoalah kepada Allah, sesungguhnya doa itu senjata muslim.


2 comments:

  1. sekarang masih stress ke tuan pengarah? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan event yg tu, event lg satu tu, huhu.. moga Allah permudahkan, amin..

      Delete