Sunday, April 06, 2014

Burger Bakar Kaw Kaw

Alhamdulillah..

Setelah sekian lama kempunan nak makan burger bakar, akhirnya berkesempatan jugak menikmati burger bakar yang sedap sehingga menjilat jari. Keluar beramai-ramai makan dengan classmate kat Lokas Makana, Puchong tiga minggu lepas. Punyalah busy sekarang ni sampaikan baru boleh update entri minggu lepas, huhu..

Sampai je sana, mata ni terus menangkap gerai burger bakar Kaw Kaw.
Jom Jalan2 Makan2, ni kira episod 8 :)
Apa lagi, terus order burger bakar single beef cheese burger. Then, pergi order air pulak kat gerai jual minuman.


Balik semula ke meja, makanan aku lah yang sampai dulu. Orang lain baru nak pergi cari makanan & order, aku punya dah sampai. Aku pun tunggulah mereka sambil main phone. Then, barulah makan. Sedap! Daging dia tebal, rasa daging sebenar dan sos pun sedap. 


Separuh jalan, aku dah start kenyang. Nak tak nak, haruslah menelan sehingga penghujungnya. Kenyang sangat2, alhamdulillah.. Aku tak dapat bayangkan kalau orang yang makan double or triple. Maybe perut akan memuntahkan semula isinya sebab tak cukup muatan, hehe.. :p Tapi bagi siapa yang pemakan burger tegar, takpe, makan jangan tak makan :)



Sekian sahaja untuk entri kali ini, sekadar menaip untuk mengurangkan stress yang melanda..

p/s: Nanti nak try burger bakar Abang Burn pulak lah, sapa nak tolong belanja? :p

6 comments:

  1. Burger bakar abang burn pun sedap, nak belanja kena tunggu birthday :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay, dila nk belanja.. x sabar nk tggu 2sept ni, hehe :)

      Delete
  2. memang terbaik...hanis pernah makn kat wangsa maju..mmg terbaik..berbaloi-baloi

    ReplyDelete