Sunday, March 23, 2014

Kehilangan seorang rakan

Rabu lepas, kami pelajar optometri batch 6 telah kehilangan seorang classmate yang bernama Nur Hidayah. Beliau meninggal dunia kerana brain aneurysm. Pada mulanya kami dikejutkan dengan berita dia pengsan di rumah dan sangat kritikal di hospital.













Arwah merupakan ex usrahmate aku. Kami satu usrah boleh dikatakan rapat jugaklah selama 2 tahun yang lepas. Setiap minggu usrah jumpa dan bercerita. Tapi lepas berlaku pertukaran ahli group, kami dah tak rapat sangat. Arwah setahun lebih tua daripada kami, so kami panggil dia Kak Dayah. Yup, dia memang seperti kakak kami di sini, selain kak naqibah, tatkala kami berjauhan daripada keluarga. Aku rindu telatahnya dalam usrah, bila nak sampaikan pendapat, arwah tersenyum-senyum dan malu2 nak cakap. Comel betul telatahnya.. :')

Kenangan bersama arwah (dua dari kanan)

Ketika beliau dihantar ke HKL, aku & rakan2 lain sempat melihat arwah sebelum operation. Dengan wayar berselirat di kepala dan badan, Ya Allah.. Kuatkan dia untuk menghadapi dugaan itu.. Kami iring dia ke OT, kami lihat ayah dan ibunya mengucup pipinya dengan kasih sayang sebelum dia dibedah. Menitis air mata ini melihat kasih sayang ibu bapa kepada anaknya. Alhamdulillah, kami juga berkesempatan untuk melihat jenazah beliau yang dikebumikan di Presint 20 Putrajaya.

Kini, arwah sudah tiada. Kami yang masih hidup perlu teruskan mengumpul bekalan untuk ke sana. Kami juga akan menyusul tak lama lagi.


Al fatihah kepada Nur Hidayah binti Abu Marshah.

p/s: Rindu group usrah & ahli usrah yang dulu.. :')


2 comments:

  1. Oh dia ni rupanya.. inna lillah...

    ReplyDelete
  2. Rindu utk bertemu ditaman2 syurga. Bersama junjungan besar kite pembawa syafaat seluruh alam. :'))

    ReplyDelete