Monday, February 24, 2014

Publika with sis & niece

Habis je praktikal hari khamis, hari jumaat akak ajak pergi Publika. Dulu waktu akak pergi sana dgn adik2 dan waktu pulak Fatin ada kat uni.. So duk scroll pics diorang kat insta je la, huhu..


Main purpose pergi sana sebab nak bawak Fedora main kat JKids, playground untuk kanak2.

credit to fb Jkids
Sebelum tu, singgah lunch kat Wondermilk. Dekorasinya sangat cantik!


Okay Jom Jalan2 Makan2 episod 6 :)
Kakak order Mr Beefsteak and Kopi Cap Rusa. Fatin order Super Cheese Burger and Rose Iced Soda. Kakak yang recommend kan makanan tu semua sebab Fatin takde idea nak makan apa, selain daripada hanya kenal red velvet & rainbow cake je kat situ hehe :p


Fedora pulak sibuk explore ruang untuk kids kat situ. 

Kecik2 dah masuk dapur, bagusss ;)
Ada frame tulisan Allah.. :)
Lepas tu, barulah masuk ke JKids untuk bagi Fedora main. Kitorang pergi weekdays so memang tak ramai orang langsung, kitorang je customer yang ada kat situ. So seluruh kawasan tu kitorang conquer hehe :p Tambah2 lagi weekdays RM20 je, kalau weekend RM30 and then mesti ramai orang kan.

Kitorang dah target awal nak main bola kecik warna warni sebab Fedora suka main bola kat umah. Duk baling bola sana sini.


Tapi..

Bila sampai tempat bola2 tu, idokler Fedora takut pulak. Maybe terlalu banyak bola sampai Fedora pun jadi takut. Cik Tin dan ibu dah excited terlebih masuk lautan bola tu.

Lautan bola
Nasib ada staf kat situ, Fatin dalam hati ingatkan diri sendiri, "Behave Fatin, behave." Iyelah umur dah nak masuk 22 tahun, tapi bila dah sampai situ jadi macam budak 2 tahun, hahaha.. :p Padahal Fedora yang dah nak 2 tahun.

Fedora main kat kawasan yang boleh lompat2 toink toink tu *akutaktahunamaapa*
Kat belah kiri tu ada ruang yang dipenuhi belon2 berterbangan
Ibu melayan Fedora
Gelongsor pun ada jugak. Rasa nak naik turun 88 kali hahaha :p


Kat situ jugak ada 2 ruang untuk sambut birthday budak2, so kalau buat birthday party memang seronok la budak2 main playground kat situ. :D

Tema hello kitty, comelnyaaaa! credit fb Jkids

Kepada ibu2, kakak2, jomlah bawak anak2, adik2 main di JKids! :D


p/s: Sorry kualiti gambar tak memuaskan, huhu
 

2 comments:

  1. bestnya fatiiinnnn, semua yang masuk kena bayar ke? ke baby je?

    ReplyDelete