Sunday, March 30, 2014

Review Zombi Kilang Biskut 2014

Minggu lepas, aku balik rumah weekend sebab nak ambik power bank kat rumah. Dah alang2 balik weekend tu, pergi la kuar dengan kakak & adik ke KL Festival City. Kakak & adik pergi salun rambut, aku pergi tengok wayang sorang2. Cerita apa? Zombi Kilang Biskut!


Aku selalu dengar orang kata, "Apa kes tengok filem melayu kat cinema, nanti2 kuar youtube punya. Download je la.." Okay, fine. Masing2 punya cara lah. Kenapa aku tengok filem ni? Sebab ada Adam & V.I.P hehe.. Sebab itu je? Eh, suka hati lah.. :p

Gambar V.I.P semasa shooting tahun lepas
Zombi kacak :p
Filem ni kan, start je, terus terpampang V.I.P perform lagu Pasal Awek, tersenyum lebar aku dibuatnya.. Secara tak langsung, filem ni dapat promote V.I.P kan :)

Ok kita terus dengan review. Filem ni kira sambungan daripada Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah & Hantu Kak Limah 2.

Sinopsis Zombi Kilang Biskut

Zombi Kilang Biskut mengisahkan Husin (Awie) yang kembali ke Kampung Pisang dan bekerja di sebuah kilang biskut di Taiping sebagai technician bersama-sama Wahab B.

Di kilang berkenaan, Husin bertemu semula dengan rakan sekampungnya iaitu Usop, Deris dan Mat Karan. 
Dari situ bermula pengkisahan zombie ini setelah Usin bertemu dengan Dr Sofi. Sofea juga bekerja di kilang tersebut dan merupakan bos kepada Abg Din Mamu. Mereka kemudian terbabit dalam menyelongkar misteri kemunculan zombi yang mengganas di kawasan kilang terbabit.
Mereka semua selalu digemparkan dengan ramai pekerja yang pengsan di kilang. Mereka berasa pelik. Husin juga berasa pelik dengan kejadian tersebut dan beliau pernah ternampak kelibat yang berupa zombi di Kilang tersebut.
Secara tidak langsung, kampong mereka juga telah didatangi oleh Kamariah yang ingin mencari Usop yang telah membunuh beliau. Ramai lelaki yang menjadi korban beliau termasuk zombi, dalam pencarian beliau mencari Usop.
Konflik ini telah mencetuskan huru hara di kampong pisang dan keadaan telah menjadi kucar kacir setelah mereka mendapat tahu zombie telah mula menyerang. Usin, Usop, Sofea, Wahab B dan Pian bersama untuk menentang zombi ini. Tetapi semasa mereka hendak menyerang mereka telah diserang oleh Kamariah.
Apa yang akan terjadi seterusnya. Adakah Usin, Usop, Sofea, Wahab B dan Pian berjaya mengalahkan zombi-zombi yang berkeliaran di kilang biskut? Dan siapa pula Kamariah yang menganggu mereka?
Korang  boleh la tengok kat pawagam berdekatan untuk selanjutnya. Memang lawak habis! Tambah2 lagi masa Fatin tengok tu, ada sorang 2 kakak yang gelak tak hengat, bila dengar dia gelak, Fatin pun join sekali hahaha.. Secara keseluruhannya Fatin bagi 4 drpd 5 bintang! :)
Bagi yang tak tengok lagi trailer Zombi Klilang Biskut, boleh la tengok :D


p/s:
Kepada fans Adam, jangan lupa saksikan Adam filem Apokalips X 3 April ini 
dan kepada fans Fadlan, jangan lupa saksikan filem Sniper 24 April ini.
Save the date! :)

Sunday, March 23, 2014

Kehilangan seorang rakan

Rabu lepas, kami pelajar optometri batch 6 telah kehilangan seorang classmate yang bernama Nur Hidayah. Beliau meninggal dunia kerana brain aneurysm. Pada mulanya kami dikejutkan dengan berita dia pengsan di rumah dan sangat kritikal di hospital.













Arwah merupakan ex usrahmate aku. Kami satu usrah boleh dikatakan rapat jugaklah selama 2 tahun yang lepas. Setiap minggu usrah jumpa dan bercerita. Tapi lepas berlaku pertukaran ahli group, kami dah tak rapat sangat. Arwah setahun lebih tua daripada kami, so kami panggil dia Kak Dayah. Yup, dia memang seperti kakak kami di sini, selain kak naqibah, tatkala kami berjauhan daripada keluarga. Aku rindu telatahnya dalam usrah, bila nak sampaikan pendapat, arwah tersenyum-senyum dan malu2 nak cakap. Comel betul telatahnya.. :')

Kenangan bersama arwah (dua dari kanan)

Ketika beliau dihantar ke HKL, aku & rakan2 lain sempat melihat arwah sebelum operation. Dengan wayar berselirat di kepala dan badan, Ya Allah.. Kuatkan dia untuk menghadapi dugaan itu.. Kami iring dia ke OT, kami lihat ayah dan ibunya mengucup pipinya dengan kasih sayang sebelum dia dibedah. Menitis air mata ini melihat kasih sayang ibu bapa kepada anaknya. Alhamdulillah, kami juga berkesempatan untuk melihat jenazah beliau yang dikebumikan di Presint 20 Putrajaya.

Kini, arwah sudah tiada. Kami yang masih hidup perlu teruskan mengumpul bekalan untuk ke sana. Kami juga akan menyusul tak lama lagi.


Al fatihah kepada Nur Hidayah binti Abu Marshah.

p/s: Rindu group usrah & ahli usrah yang dulu.. :')


Saturday, March 15, 2014

UTUSAN MALAYSIA 15 MAC 2013 : V.I.P ERAT SILATURRAHIM

Assalamualaikum..


Entri ini khas buat peminat V.I.P yang tertunggu berita dari V.I.P. Maklumlah, blog ni dah banyak entri pasal V.I.P, macam blog tak rasmi V.I.P pulak, hehe :p Korang boleh klik label V.I.P kat belah kanan blog kalau nak throwback kisah2 V.I.P yang lepas2 :)

Fatin nak share artikel Utusan Malaysia hari ni, V.I.P tunjuk handal kat tajuk depannya, dalam pulak V.I.P erat silaturrahim. Kalau tak silap Fatin, ini kali pertama V.I.P perkenalkan 2 lagi ahli baru kat media.


Perkenalkan KJ Mentor 5, iaitu protege Adam AF dan juga Wawan, ex kumpulan RE-DO, kalau korang tak tahu kumpulan RE-DO pergi cari kat youtube tengok video diorang, diorang ni sangat hebat dalam tarian.

By the way, actually Fatin nak share entri pasal pembubaran V.I.P mei lepas, tapi idokler duk dalam draf berbulan-bulan lamanya sampai V.I.P sekarang buat comeback dengan ahli baru.

Sekarang V.I.P tidak lagi bernaung di bawah KRU Studios, kini V.I.P bergerak bebas. For your information, Adam tidak lagi bersama V.I.P, Adam kini bergerak secara solo. So, ahli V.I.P sekarang adalah Yandy, Marlon, Amen, KJ dan Wawan. Teruskan support V.I.P tau, walaupun ahli2 dah bertukar wajah :)

And, V.I.P ada buat fanpage baru, V.I.P Malaysia, boleh tengok dan like di SINI. :)

Okay bagi sesiapa yang tak dapat beli or baca artikel utusan hari ni, bolehlah baca di bawah.

V.I.P erat silaturrahim

Oleh IFQDAR RAHMAN

Teknik asas penting untuk bermain snuker.

BERGERAK sebagai penyanyi dalam satu kumpulan dianggotai lima ahli bukan satu tugas mudah untuk memastikan kesemuanya sependapat, sekali gus memudahkan perjalanan karier barisan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai VIP.

Terdiri daripada Eryande Sahat atau Yandy, 29, Mailin Antikon (Malon), 26, Amen Fathi Mohd. Noh (Amen), 24, Abdul Kadir Unding Lana (KJ), 25, dan Wan Mohd. Syazwan Wan Sagar (Wawan), 24, kumpulan VIP menyimpan hasrat untuk kekal lama dalam industri muzik tempatan.


Ekoran itu, Yandy selaku ketua kumpulan memberitahu bahawa mereka sering mengadakan aktiviti bersama agar lebih saling mengenali antara satu sama lain, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

Menurut Yandy, antara aktiviti yang sering dilakukan mereka berlima adalah bermain sukan biliard sama ada snuker mahupun pool. Ini kerana, prasarana untuk bermain sukan itu mudah didapati di kota metropolitan ini.

"Permainan ini tidak mengehadkan bilangan pemain, maka ia sesuai dengan kami yang hanya berlima. Kalau nak main sukan lain, perlukan pemain yang ramai dan ia perlukan masa untuk mengaturnya, sedangkan masa kami terhad dek kesibukan dengan aktiviti seni.


"Kami lebih gemar memilih aktiviti yang tidak memeningkan kepala dan mudah untuk dilakukan. Sebab itulah snuker atau pool menjadi pilihan memandangkan kami ada kebolehan untuk bermainnya walaupun tidak sehebat mana," katanya berseloroh.


Hanya perlukan teknik asas

Sementara itu, KJ yang dilihat antara ahli yang berkemahiran bermain biliard menjelaskan, permainan tersebut tidak memerlukan kemahiran tinggi, tetapi cukup sekadar mengetahui teknik asas permainan.
"Kemahiran itu boleh diasah dari semasa ke semasa jika kita selalu melakukannya. Tetapi, untuk memulakannya, kita hanya perlu tahu cara atau teknik asas yang betul.

"Biarlah banyak melakukan kesilapan sekalipun, jika sanggup belajar, semakin hari kita akan semakin menguasainya. Sukan ini mudah sahaja, tidak perlu masa yang lama untuk mempelajarinya.

"Saya mula bermain snuker sejak umur belasan tahun lagi kerana kemudahannya banyak didapati bukan sahaja di bandar besar, bahkan di pekan-pekan kecil," katanya yang berasal dari Semporna, Sabah itu.
Walau bagaimanapun, menurut protege kepada Adam dalam rancangan Mentor terbitan TV3 itu, sukan biliard juga tidak terlepas daripada 'virus judi', sama seperti sukan lain.

Disebabkan itu, nasihat KJ, dalam apa jua aktiviti sekalipun, tujuan dan matlamat haruslah betul dan jangan terpesong daripada niat asal.


"Biarlah kita bermain secara sihat dan bersih. Barulah niat kita untuk mengeratkan silaturahim itu akan dimakbulkan oleh-Nya," ujarnya.

credit to : Utusan Online


Bagi yang berkelapangan esok hari, boleh datang ke Sunway Pyramid untuk menyaksikan persembahan Adam secara solo, kira comeback dari Adam. V.I.P juga akan membuat persembahan esok hari.

Fatin tak dapat nak join sebab ada komitmen lain, perlu menghadiri kursus di uni. Kepada anda yang join esok, ambik gambar or video banyak2 tau, nanti share kat youtube or facebook, tq :)

p/s: 
Thanks roommate, Filzah sebab tergerak hati beli suratkhabar, Fatin pinjam je, hehe ;)