Minggu lepas dan minggu ni ada tayangan filem Cinta Suci Zahrana
untuk event Recipe of Women (ROW).
ROW ini satu program untuk muslimah yang diadakan setiap jumaat
jam 12.30pm - 2.00pm.
Honestly, 1st time tengok cerita ni. Sebelum ni, just tahu filem islamik Indonesia,
Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih.
Minggu lepas, duk khusyuk menonton, tetiba pause.
Rupanya dah habis slot, dah pukul 2 petang.
Minggu ni, sambung dan habiskan.
Slot minggu ni adalah sambungan filem dan slot bedah filem.
Lepas habis tengok filem ini, honestly, sangat kagum dengan ketabahan Zahrana.
Mengutamakan Allah dalam setiap perbuatannya,
sabar dan tabah dalam menghadapi ujian,
ujian yang dihadapi pula bukan calang2 ujian,
ujian yang sangat berat, kematian bapa dan kematian bakal suami.
Alhamdulillah, selepas berkat doa ibu bapanya, usahanya,
Zahrana akhirnya mendapat suami yang soleh dan handsome.
Handsome itu bonus okay, hehe..
Walaupun jodohnya sampai lewat, dia tetap bersabar dan taat kepada perintah Allah.
Saya bagi 5 bintang untuk filem ni! :)
Saya bagi 5 bintang untuk filem ni! :)
Watak Zahrana betul2 terkesan dengan jiwa ini.
Terus ingin menjadikan Zahrana sebagai role model
dalam kehidupan yang hanya sementara ini.
Kalau watak Zahrana itu betul2 wujud,
rasa macam nak sangat jumpa dengan dia! hehe
Surah al-Isra’ ayat 32:
“Janganlah kamu menghampiri zina,
sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan.”
Surah al-Isra’ ayat 32:
“Janganlah kamu menghampiri zina,
sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan.”
Di sini saya share entri bermanfaat dari Ustazah Fatimah Syarha yang bertajuk
TREND ‘TAQRABU AZ-ZINA’ SEBELUM BERNIKAH
klik di SINI.
Kepada yang belum tengok filem Cinta Suci Zahrana,
atau yang dah tengok tapi nak tengok lagi,
jom tonton!
Sama2 ambil pengajaran daripada filem ini, insya Allah..
:)
10q for sharing, nak tengok kgk ni,,:)
ReplyDeleteur welcome, silakan tgk, best! :)
Delete