Tetiba rasa menaip pengalaman sendiri pasal ni..
Aku ulang, pengalaman sahaja.
Biasanya anak sulung, apa yang dimintak, parents akan bagi, since dia anak 1st, semua benda baru dia dapat. Contoh, pakaian or barang2, daripada baby sampai ke besar, semua benda baru. Kalau baju tu, dah rasa tak nak pakai, bagi kat adik2.
Ikut pemerhatian aku, anak sulung ni, biasanya garang dan agak gila kuasa. Cuba bayangkan, kat rumah, dia paling 'berkuasa' kat adik2, so bila kat sekolah or uni, terbawak-bawak sikap tu. Lepas tu, mulalah tunjuk kuasa diktator. Hehe, jangan marah ye, ini pandangan je..
Anak bongsu pulak, sinonim dengan istilah MANJA. Aku rasa memang betul pun. Dah dia paling kecik, mestilah mak ayah manjakan dia. Actually bagi aku, semua orang merasai pengalaman dimanjakan tu, cuma sebab kita dah besar, kita nampak manja tu dekat adik je lah..
Satu lagi anak bongsu ni, suka bergantung harap kat orang. Iyelah kat rumah, mak, ayah, abang dan kakak tolong buat kerja sekolah, tolong itu ini, kat sekolah / uni, harapkan kawan2 pulak. Semua benda susah nak buat sendiri, walaupun benda simple. Inipun, pemerhatian aku jugak.. Satu lagi kes yang sama dengan ni, anak tunggal.
Kakak pernah cakap, tak payah nak jealous sangat dengan adik bongsu, biarlah dia manja dengan parents, dia kecik lagi, dan mungkin spend time dengan parents pun tak lama berbanding adik-beradik yang lain, sebab parents pun semakin berusia.
Last but not least, anak tengah.
Yang buat aku nak taip entri ni sebab terkesan dengan apa yang lecturer cakap, "Anak sulung berdikari, anak bongsu manja, TAPI anak tengah yang lebih berdikari. Nak lebih2 berkuasa tak boleh, nak manja lebih2 pun tak boleh. Aku setuju benor dengan statement tu. Sebab aku anak tengah, hehe..
Bagi aku, sebagai anak tengah, aku dapat rasa macam mana perasaan jadi seorang kakak dan jugak adik. Macam mana nak menghormati kakak atau abang yang mana lebih tua, macam mana nak layan adik yang muda daripada kita.
Alhamdulillah, aku dianugerahkan oleh Allah mempunyai 2 orang kakak, seorang abang, seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Macam2 perangai, macam2 ragam, tapi semuanya aku sayang.
Akhir kata, tak kira siapa pun kita, anak sulung ke, anak tengah ke, anak bongsu ke, yang penting kita perlu menghormati dan pandai menjaga hati orang lain. Sayangilah orang sekitar anda.
Sekadar gambar hiasan. *ehsan dari mr google |
p/s: Segala yang ditulis hanya sekadar permerhatian aku sahaja, jangan marah.. :p
No comments:
Post a Comment