Saturday, November 16, 2013

Sabar, sabar, sabar

Ada kisah yang ingin dicoretkan.

Si A sudah ada plan sama ada akademik mahupun kokurikulum
untuk hari minggu, minggu depan dan seterusnya.
Ada satu program dah ditetapkan pada hari jumaat malam sejak minggu sebelumnya.
Lepas tu si B tunda hari sabtu malam sebab ada hal.
Dia tanya pendapat kepada kawan2 pada lewat petang jumaat.
Jadi, jumaat malam B tetapkan yang memang program dibuat jumaat malam.

Si A ni pulak dah plan, pagi jumaat dia nak balik rumah, memandangkan minggu  ini last dia jumpa kakak, abang ipar dan anak buah yang balik ke Malaysia bercuti. Mereka tinggal di luar negara menguruskan perniagaan dan melanjutkan pelajaran di sana. Bukan senang si A nak jumpa mereka, rindu bertamu di kalbu kepada mereka sekeluarga.

Cuba bayangkan, kalau B tu beritahu awal2, si A dah boleh balik rumah berjumpa family kerana bagi dia family first. Then, sabtu malam dia dapat pergi program itu.

Tapi kalau dah plan rosak akibat seorang kawan, si A ini mengambil keputusan untuk berkorban kerana program itu penting. Dengan harapan niat program itu kerana Allah. Maybe akan datang dia boleh berjumpa family terchenta di lain waktu, walaupun tak tahu umur panjang ke tak.

Dia jugak tak berani nak ambil risiko ponteng program itu kerana sedar akan 'balasannya'. Sebab dia tahu, bukan mudah nak fahamkan orang yang dah ada pemikiran yang tersendiri. Sangat susah. Dia tahu perangai orang tu macam mana, malas nak bising2, nanti bergaduh, lagi teruk, sakit hati, benci.

Dia tahu dia seorang yang sangat susah nak buang perasaan benci bila sekali benci itu datang. Sememangnya selama ini, dia hanya bersabar dengan orang yang sebegitu, lagi2 orang yang lebih tua. Tak semua orang faham situasi ini, melainkan Allah sahaja. Oleh itu, mengadulah kepada Allah, semoga Allah permudahkan segalanya, kuatkan dan tabahkan hati, walaupun perit, sedih, sakit hati, marah, semoga Allah buang semua perasaan itu..

Namun, selepas bersiap untuk ke program tersebut, si A dapat tahu bahawa program itu ditunda lagi ke malam seterusnya.

Ya Allah, ujian apakah yang melanda dirinya?

Dia sudah buat keputusan yang sukar sebelum ini untuk tidak pulang berjumpa keluarga terchenta kerana 'berkorban' untuk program itu, seperti mana, plan pertama itu rosak.

Dan berita itu diterima semasa sedang bersiap untuk ke program itu?
Kalau dia tahu dari awal, dia dapat pulang ke rumah,
seperti mana plan awal yang sedia ada, dan program itu pada hari berikutnya?

Tak perlu salahkan sesiapa. Walaupun A sedih, ini semua ketentuan takdir.
Mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Pengajaran dari kisah ini,

Si A perlu berterus terang kepad ketua program jika tidak dapat hadir, walaupun dia tahu bagaimana sikap ketuanya.

Si B perlu memberitahu awal2 jika ada masalah dengan tarikh program supaya tidak mementingkan diri sendiri.

Peringatan untuk diri sendiri dan kalian,

Bukan mudah nak fahami orang, tapi tolong cuba untuk faham
dan jangan buat keputusan terburu-buru tanpa memikirkan orang lain,
jangan pentingkan diri sendiri, orang lain pun ada hal masing2 juga,
kadang2, kita pun perlu berkorban sedikit, jgn langsung tak fikir orang lain.
Ingatlah, jika kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita.."
(NAMS, 2013)


Sabar, sabar, sabar..

Kerana sabar itu sebahagian daripada iman.


4 comments:

  1. bagusnya awak, snggup pergi program. terbaik ah, org lain pun jarang yg seteguh ini :}

    sabar mudah disebut tp sukar dibuat kan fatin? mari istighfar dan berlapang dada. :)

    jom belajaq fiqh awlawiyat :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3, sabar mudah disebut, tp sukar dibuat, huhu.. apapun, hati kita Allah yg pegang, semoga Allah teguhkan hati kita.. :)

      Delete
  2. tarbiyah kite. perlu sentiasa kuat. walaupun kenkadang rasa mcm nak give up.
    cuba pertahankan istilah sabar. cuba!

    insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah.. tp group baru ini x berapa nk happy mcm group lama huhu, rindu group lama..

      Delete