Aku lebih selesa sebut balik rumah daripada balik kampung,
sebab rumah tak jauh dari uni
dan aku definisikan balik kampung = balik ke kampung ayah/mak.
Ok, itu bukan point yang nak dicoretkan.
Program anjuran kolej, Inspirasi Gayaku atau diberi akronim IGK oleh penganjur.
Actually aku tak berapa nak setuju IGK, sebab 'ku' itu dieja rapat, bukan jarak.
Tapi nanti jadi IG, orang ingat instagram pulak. Mana2 je lah..
Button badge |
Program IGK ini adalah program untuk muslimah sahaja,
tentang isu berhias atau berfesyen.Iyelah perempuan mana boleh lari dari berpesyen ni, semua nak melawa, ye idok?
Ada 3 slot iaitu slot MUSLIMAH IS BEAUTIFUL dari artis Farah Asyikin
atau mesra disapa Kak Fa, slot JOM DANDAN WAJAHMU dari Butik Ridda
dan slot MIX AND MATCH dari blogger Farahanim Razak.
Masuk je dewan, terus nampak photo booth. Wow, siap ada photo booth lagi!
Photo booth |
Props |
Aku suka sangat dengar Kak Fa bagi talk. Semangat dan ceria!
Ini kali ketiga yang aku dengar talk dari Kak Fa di palam ni.
Banyak perkara yang Kak Fa sampaikan.
"Hidayah perlu dicari, bukan dinanti."
"It is not easy to sustain istiqamah."
"Bila kita cemburu atau dengki kat orang, berdoa minta Allah bersihkan hati kita."
"Don't care what people think (bad) of you, when you do something because of Allah."
Dalam event ini kali ketiga dapat bergambar dengan Kak Fa.
Sekarang Kak Fa pregnant 5 bulan, take care sis! :)
Slot JOM DANDAN WAJAHMU dari Puan Dayah, pemilik Butik Ridda. Puan Dayah menunjukkan cara-cara untuk make-up dari pakai foundation sampai la lip gloss.
Seronok pulak tengok dia buat demo, rasa macam nak join sekali je, hehe..
Tetiba teringat sepupu umur darjah 1 ada main apps mekap2 guna tab,
tapi tak ingat apps apa, lebih kurang cenggitu la,
seronok main sebab macam main conteng2 muka orang.
Kalau muka sendiri tak reti ler, hehe :p
Tapi dulu aku main jugak mekap2, guna mak punya lipstik merah menyala, kau ada? :p
Slot terakhir disampaikan oleh blogger Farahanim Razak.
Actually mula2, aku tak kenal siapa Farahanim ni.Sebelum event kemain google, sebab orang kata dia blogger.
Lepas dia bagi talk, baru tau dia model untuk butik Radiusite dan Dreemika.
Disebabkan aku bukan peminat/pelanggan Radiusite, aku tak berapa kenal modelnya.
Anim ni student UiTM ugak, tapi kampus Shah Alam.
She is a very beautiful and humble woman.
Chantek, tinggi, kurus! :O
Farahanim atau mesra disapa Anim, membuat tutorial
untuk memakai shawl half moon, shawl saiz standard dan wide shawl.
Kemudian, sesi mix and match.
Kalau baju plain, pilih tudung yang bercorak dan sebaliknya.
Jangan pakai tudung corak, baju corak, kasut corak,
kalau corak bunga, dah nampak macam pokok bunga bergerak!
Sesi mix & match |
Seronoknyaaa dapat bersama dengan mereka! <3
Kesimpulannya, kita sebagai muslimah perlu menjaga penampilan
supaya kelihatan bersih dan cantik.
Tak salah kalau nak berhias, supaya tak nampak pucat lesi
tetapi
jangan sampai berlebihan sehingga tabarruj.
Surah An-nur ayat 31 yang bermaksud,
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman
supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram),
dan memelihara kehormatan mereka
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya
dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka,
atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka,
atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki,
atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam,
atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua
dan tidak berkeinginan kepada perempuan,
atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan
dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi
dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Kepada kaum hawa,
bersama-samalah kita menutup aurat,
semoga kita menjadi wanita solehah
kerana
wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah...
Insya Allah.. :)
No comments:
Post a Comment