Wednesday, October 23, 2013

Lagu single terbaru Adam - PENGGODAM JIWA




Untuk semua peminat Adam, lagu single baru Adam kini sudah berkumandang 
di corong radio dan youtube.

pic credit to fb Kelab Peminat Adam AF
Aico muzik (official account Aico) dah keluarkan lagu beserta lirik kat youtube, 
check it out!



Lagu Penggodam Jiwa ini merupakan ciptaan Edry KRU. 
Dan macam biasa, lagu Edry semua terbaik! :)

Sebelum ini Adam sudah membuat persembahan semasa Anugerah Blockbuster 2, 
medley lagu Tension, Tak Tahu dan Penggodam Jiwa. Boleh klik SINI
Waktu itu dapat dengar part chorus je. Ini dah keluar full song!

Actually Fatin dan fans Adam yang lain dah dengar full song Penggodam Jiwa
 waktu majlis berbuka puasa dengan Adam ramadhan lepas, hehe.. 
Untung tak kitorang? :p

Kepada semua peminat setia Adam, 
jom undi lagu Penggodam Jiwa kat Carta Prebiu Era, 
then nanti dapat dengar lagu itu kat radio selalu, kan?

Boleh undi di SINI.

By the way, ada orang cakap,
Adam ni dah berhijrah, tapi still keluar dengan lagu macam ni..
Adam masih lagi kekal dengan imej yang sama, cuma sebelum ini kata Adam, 
dia jugak seperti orang lain, pernah lalai dengan urusan agama. 

Bagi Adam, apa sahaja yang kita buat, yang penting, 
kita jangan lupa perkara asas dan perkara wajib (urusan agama).

Seperti yang anda semua tahu, penggodam jiwa Adam sebenarnya 
adalah isterinya, Fiza Elite.

Jangan lupa dapatkan majalah cover #AdamFiza di pasaran :)
Fatin ada tengok satu interview Adam & Fiza kat youtube mengenai kisah mereka, 
dengar cerita diorang, sweet sangat! :)
Korang boleh tengok kat SINI.

p/s:
Adam godam jiwa peminatnya dengan lagu beliau? ;)

2 comments: