Sunday, August 18, 2013

Separuh perjalanan dalam dunia optometri

Alhamdulillah...
Sudah 2 tahun bergelar pelajar optometri.
Lagi 2 tahun untuk terus memegang gelaran ini.
Dalam 2 tahun ini sudah banyak perkara yang telah dipelajari.
Tapi banyak jugak perkara yang belum dipelajari.

Tahun pertama lebih banyak belajar teori fizik, dan perkara yang general,
sampai aku rasa, perlu ke belajar benda ni? Macam takde kaitan je..

Tapi..
Bila dah masuk tahun kedua,
Ooo, patutlah kena belajar yang general dulu, baru kita boleh belajar yang more specific.

Macam kita masa kecik dulu lah, takkan terus nak ajar membaca, huruf pun tak kenal..
Lebih kurang macam tu lah, hehe..

Masuk tahun dua ni, start belajar Clinical Optometry, Contact Lenses,
Ophthalmic Dispensing dan macam2 lagi..
Rasanya pasal clinical optometry & contact lens dah pernah update kat sini,
cuma dispensing je belum.

Ophthalmic dispensing ni kitorang belajar untuk potong lenses atau bahasa mudah
cermin spek yang korang pakai tu.

Asalnya cermin tu bentuk bulat, then kami akan potong ikut frame yang customer pilih.
Perkara ni yang kami akan aplikasikan kat kedai spect nanti..

Spect dengan uncut lenses
Spect yang dah siap sepenuhnya

Lepas dah siap pasang lenses, kena tengok alignment spect if ada bengkok

Sepanjang tahun kedua ni, kami semua telah menyiapkan 10 pasang cermin mata.
Ada yang full frame, half frame dan rimless (takde bingkai).

Full frame

Half frame
Rimless (takde bingkai)
Cermin pulak ada single vision, bifocal dan progressive.
Bifocal & progressive biasanya untuk orang tua yang ada rabun dekat dan rabun jauh.

Spectacles with bifocal lenses
Spectacles with multifocal lenses

Bila dah separuh perjalanan ini, kita dah tak boleh nak main2, nak tarik diri,
sebab dah separuh jalan kan, takkan nak patah balik, ikut jalan lain.. #notetoself

Satu lagi baru aku tersedar hikmah Allah tak izinkan aku sambung farmasi dulu,
sebab masa belajar general pharmacology & ocular pharmacology
terasa macam nak 'rebus lecture notes' dan minum airnya
macam orang selalu kata bila subjek tu susah kan.. hehehe

Semoga Allah permudahkan jalan ini bersama rakan-rakan seperjuanganku, amin...

With labmates, yang moto kat bawah adalah rekaan semata-mata, hehe

Labmates yang ceria

p/s:
Cuti sem berbaki tiga minggu...

8 comments:

  1. selamat menempuh tahun tiga untuk kita! yeayyy! *ikhlas.ikhlas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga dipermudahkan urusan kita, amin.. :)

      Delete
  2. wah tak lama lagi boleh buka kedai cermin mata sendiri la ye..hehe..gud luck for future.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sha Allah.. thanks for reading fatin :)

      Delete
  3. salam..nak tanya..susah tak opto?basicly subjek more pada fizik k?thanx

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, bg sy, x susah x senang. 1st 3 semester more to fizik, tapi ada jgk biologi, sbb kena blaja anatomi mata. :)

      Delete