Tuesday, September 10, 2013

Birthday celebration with family

Kelas dah bermula mulai minggu ini. Semakin hari semakin busy, jadi nak update blog pun kena mencuri masa2 terluang yang tak digunakan untuk study. Masa2 yang tension maybe, hehe.. Sebab salah satu cara nak release tension adalah update blog! in my opinion la.. ;)

Sabtu lepas, semua adik beradik berkumpul kecuali kakak yang kat Aussie & adik yang kat Penang. Actually mula2, tak terfikir pun nak celebrate besar-besaran, just makan apa yang ada je. Tolong mak masak fettuccini bolognese, actually nak mak masak spaghetti tapi ambik apa yang ada stok kat dalam almari dapur tu je, hehe..
Petang tu, kakak whatsapp tanya nak kek apa. Dia ada kat Wondermilk Publika. Dia cadangkan kek coklat yang berkrim rainbow kat luar. Aku on je, orang nak beli, setuju je, hehehe :p

Lagipun aku memang nak kek pelangi, sebab aku sekarang ni bercinta dengan corak pelangi. Payung pelangi, al-quran pelangi, tudung pelangi, semua dalam koleksi aku. So, kalau korang ada terjumpa barang2 yang berpelangi tu, sampaikanlah kat aku ye.. hihi

Lepas tu pulak, aku cakap kat adik, tadi kakak whatsapp tanya nak kek apa. Adik aku terkejut. Eh, bukan surprise ke? Apasal kakak tanya? Tadi dia kata nak buat surprise, biar betul...

Aku kata manalah aku tahu. Lepas tu, kakak ada call, nak cakap dengan adik. Adik pulak pergi bisik kat mak, suruh aku duk jauh2 sebab RAHSIA! Hahaha, aku dah tergelak tengok aku excited. Tapi mak aku bagi jawapan kat dia, aku pun boleh dengar, memang tak jadi rahsia la, hehehe..

Ok, dipendekkan cerita, kakak & abang ipar datang bawak kek & KFC. Aku pulak masa tu duk sibuk shopping online. Nanti aku story eh, beli apa, hehehe..

Abang & kakak ipar pun datang. Bawak cheese tart & puding karamel. Btw, kakak ipar aku jual tau cheese tart ni, ada perisa kiwi, strawberi, mangga & blueberry. Sedap weh! Rugi tak beli! :D
Cheese tart yang sedap!
Lepas tu, acara potong kek lepas isyak, sementara tu, aku dengan adik sempat buat birthday props bagi memeriahkan lagi gambar nanti, hehe.. Tapi tak buat banyak pun, adalah dalam 4 keping. Itupun kelam kabut sebab family dah memanggil-manggil birthday girl suruh potong kek.
Wondermilk cake



Siap je, terus lari ke ruang tamu. Tadaaa! Hehe..


Lepas tu, sesi fotografi. Terima kasih banyak2 kepada family tersayang yang sudi celebrate sama2, hari yang paling saya suka sepanjang tahun ni! Hasrat nak celebrate birthday tahun ni dengan family dah tercapai. Dan sekarang ni, rindu semua orang!



By the way, memandangkan ni entri post-birthday, 3 sept, Farah call, dia kata ada kat luar rumah. Time tu hujan lebat, so aku ambik payung & bukak kunci mangga, Farah keluar kereta & hulur plastik kat aku. "Happy birthday!" Then, masuk kereta balik. Tak sempat nak bukak pagar. Masuk rumah bukak plastik, dalam hati berharap red velvet.


Yup, betul red velvet. Aku plan dengan adik nak pergi cari hari esoknya. Tup tup dah dapat. Thanks a lot Farah! Terharu sangat2.. :') Red velvet secret recipe ni baru lagi keluar, dalam bulan julai. Bagi aku, sedaaap! Maybe sebab aku hantu kek, so boleh dikatakan semua kek sodap! ;)

Red velvet secret recipe
 Maybe Farah kesian tengok birthday girl yang kempunan red velvet kat fb.. hehe.. Masa birthday 2 sept tu, aku dengan patah hati makan strawberry marshmallow cheese cake. Alia makan pecan butterscotch.
Pakai blouse yang Dila hadiahkan :)


Lastly, happy birthday to me! Boleh tak kalau nak hari2 hari jadi? hehe :p

Nampak tak aku pakai We love Adam & V.I.P? ;)

4 comments: