Wednesday, August 07, 2013

Balik kampung berhari raya : Isu aurat dan bersalaman

Menjelang hari raya, ramai warga kota pulang ke kampung halaman. 
Dalam perjalanan, pasang lagu 'Balik Kampung' nyanyian Allahyarham Sudirman 
untuk feeling2 raya kan? ;)

Cakap pasal balik kampung, 
semua sanak saudara berkumpul kat rumah tok, tok wan, 
atuk, opah, nenek, terpulang kepada panggilan yang korang panggil :)

Mesti meriah kampung halaman, dengan suara kanak-kanak main bunga api, 
pak cik & mak cik berborak, 
paling best, part dapat duit raya! hehehe *kecingkecingkecing*

Dalam ramai sanak saudara yang berkunjung ke rumah, 
kadang2 kita tidak sedar akan isu bersalaman dan jaga aurat dengan sanak saudara. 
Dah nama saudara, habis semua orang bersalaman. 
Sebenarnya, saudara terdekat seperti abang ipar, sepupu lelaki, 
bapa saudara (yang bukan adik-beradik dengan mak atau ayah) 
adalah bukan mahram bagi perempuan, 
adalah wajib berhijab walaupun di dalam rumah dan haram bersalam

Untuk maklumat lanjut, saya share gambar dari fb Adam Corrie
Sangat bermanfaat untuk kita semua. 
Tapi ini bukan sahaja untuk hari raya sahaja, untuk kehidupan seharian jugak :)


Mahram bagi perempuan *klik untuk zoom*

Mahram seorang lelaki *klik untuk zoom*

Sedikit perkongsian dari page Wardina,

Bagaimana ucapan terbaik Hari Raya ini?

Terdapat riwayat yang datang dari para sahabat radhiyallahu'anhum
bahawasanya mereka saling mengucapkan selamat hari raya 
dengan ucapan
تقبل الله منا ومنكم
"Taqabballahu minna wa minkum"
yang bermaksud
"Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan darimu sekalian"

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Sebelum itu, dengarkan cover lagu raya dari Adam,
Kepulangan yang dinanti.
*sempat promote*
:)

No comments:

Post a Comment