Idokler dah raya ke-8 baru nak update blog..
Taktau kenapa mood menaip tak sampai, asyik tangguh je..
Ok, hari ni dah sampai seru menaip, jom!
Alhamdulillah,
tahun ini semua adik-beradik dapat berkumpul bersama-sama
meraikan 1 syawal di rumahku syurgaku.. :))
Kakak sekeluarga pulang berhari raya di Malaysia pada tahun ini
setelah bertahun-tahun beraya di perantauan.
Tahun ini juga dapat beraya bersama kakak ipar dan juga anak buah kedua. :)
Memang meriah rumah bila semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama.
Bertukar-tukar cerita, gelak tawa, melayan kerenah anak buah,
alhamdulillah, atas nikmat kebahagiaan dan kegembiraan ini..
Tahun ini kami sekeluarga memakai tema warna mint green untuk baju raya
kecuali family abang memakai warna ungu.
Tapi iolls dengan adik tak berapa nak mint green sangat, ke arah turquoise sikit, hehe ;)
Keluarga asas :) |
Ahli keluarga semakin bertambah, alhamdulillah.. :) |
Beraya dengan anak buah kedua |
Adel dengan jubah mininya.. |
Fedora setia dengan i-pad, tengah menonton maksud surah al-fatihah |
Ada yang kata tudung kami sama, yup, lebih kurang la kot.. Feeling2 ada kembar gitu, hehe |
Semoga tahun depan dan seterusnya dapat lagi berkumpul macam ni
walaupun bukan pada 1 syawal.
Iyelah, yang dah kahwin, pasti setiap kahwin bergilir beraya di kampung masing2.
Kakak dan abang mungkin beraya di kampung mertua tahun hadapan,
tinggallah kami bertiga yang bujang beraya dengan mak ayah..
Keluarga semakin lama semakin berkembang,
semoga kita berbahagia bersama keluarga tersayang,
dikurniakan zuriat yang sole
h dan solehah..
h dan solehah..
Jangan lupa doakan kedua ibu bapa kita..
"Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku,
dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka
memelihara dan mendidikku semasa kecil"
Bercerita tentang duit raya, bila umur dah meningkat, sampul raya pun berkurang,
tapi nilainya bertambah, hehe *kecingkecingkecing*
Apapun, alhamdulillah, rezeki :D
Bercerita tentang duit raya, bila umur dah meningkat, sampul raya pun berkurang,
tapi nilainya bertambah, hehe *kecingkecingkecing*
Apapun, alhamdulillah, rezeki :D
p/s:
Dalam kita gembira menyambut raya,
jangan kita lupakan dengan saudara-mara seislam kita
terutamanya di Mesir yang semakin bergolak..
Marilah kita sama-sama doakan kemenangan Islam..
fatin dapat kad raya laa. sape bagi? hee
ReplyDeleteeh, mana ada dpt kad raya tahun ni, tahun lepas ada ;)
Delete