Tanggal 15 Jun yang lepas, Persatuan Dinamik menganjurkan program Ihya' Ramadhan untuk memberi peringatan tentang persiapan dalam menghadapi bulan ramadhan.
Fatin dilantik sebagai ajk multimedia. Pada mulanya hanya ditugaskan untuk mencari video, kemudian diminta untuk buat poster. Sejujurnya memang kurang sikit pasal nak design poster ni. Dengan kemahiran dan idea yang ada, alhamdulillah siap jugak poster yang tak seberapa ini..
Program diisi dengan tazkirah ringkas, iftar jamaie, solat maghrib dan isyak berjemaah, tayangan video sempena ramadhan dan ceramah Ihya' Ramadhan.
Kata penceramah, ramadhan adalah seperti kekasih dan tetamu agung. Cuba bayangkan kita sudah lama tidak berjumpa dengan kekasih selama setahun. Dan kita akan berjumpa dengannya tidak lama lagi. Sudah tentu kita membuat persiapan yang rapi untuk menyambut kehadirannya. Begitu juga jika kita mendapat tahu kedatangan tetamu agung ke rumah kita, misalnya. Justeru, sempena ramadhan yang bakal menjelma, marilah kita membuat persiapan yang rapi.
Antara persiapan yang kita boleh lakukan:
Bepuasa sunat pada bulan Syaaban sebagai latihan dan persediaan sebelum puasa ramadhan. Jadi, perut kita pun tak terkejut pada bulan ramadhan nanti.
Persediaan dengan al-quran. Biasanya, kita menanamkan niat nak khatam al quran pada bulan ramadhan. Tapi, pada hari-hari biasa selain bulan ramadhan, kita hanya baca satu muka surat sahaja. Sedangkan untuk khatam al quran pada bulan ramadhan memerlukan satu juzuk setiap hari. Mampukah kita? Jadi, mari kita mula menambah bilangan helaian daripada kebiasaan yang kita baca. Namun, dalam kita membaca al quran. adalah lebih baik kita membaca maksud dan memahami ayat-ayatNya.
Persediaan dengan doa. Rasulullah S.A.W kerap membaca doa, "Allahumma Ballighna Ramadhan" yang bermaksud " Ya Allah sampaikanlah kami kepada bulan ramadhan." Rasulullah dan para sahabat berdoa selama enam bulan sebelum ramadhan supaya dapat bertemu lagi dengan bulan ramadhan. Enam bulan selepas bulan ramadhan pula mereka menangisi kerana berlalunya ramadhan. Berlainan dengan kita, kadang-kadang kita lebih gembira menyambut kedatangan bulan syawal berbanding bulan ramadhan. Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri ini...
Mengingati kelebihan bulan ramadhan dan kebaikannya. Pahala belipat ganda, adanya malam lailatul qadar yang lebih baik daripada seribu bulan dan banyak lagi. Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah bersabda, "Apabila datang bulan ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga" (hadis sahih - riwayat Bukhari). Puasa di bulan ramadhan dapat melatih sifat sabar dalam diri, sebagai penebus dosa dan insya Allah mendapat syafaat di hari kiamat kelak.
Penceramah ada berkongsi satu hadis.
Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya.
[HR Al-Hakim dan Sanadnya Sahih]
Berdasarkan hadis tersebut, manfaatkanlah sepenuhnya bulan ramadhan yang bakal tiba, selawat ke atas nabi apabila disebut namanya dan berbaktilah kepada ibu bapa.
Selain itu, penceramah menceritakan tentang jenis-jenis puasa.
1. Puasa Awam
- Puasa yang menahan hanya makan dan minum
2. Puasa Khusus
- Puasa yang menahan makan dan minum dan
menahan anggota badan daripada maksiat.
3. Puasa Khusus al-khusus
- Berpuasa dan mengharapkan redha Allah
Yang terakhir penceramah berkata tentang syiar ramadhan.
1. Tak banyak bercakap kecuali berzikir kepada Allah.
2. Menundukkan pandangan
3. Berkata baik atau diam
4. Tak menunjukkan perhiasan
5. "Sesungguhnya aku berpuasa"
Baiklah ini sahaja info yang dapat saya dapat kongsikan bersama.
Semoga kita sama-sama bersedia untuk menyambut bulan ramadhan yang akan datang.
Surah al - baqarah ayat 185 yang bermaksud:
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah)
bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran,
menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,
dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk
dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.
Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan
(atau mengetahuinya),
maka hendaklah ia berpuasa bulan itu;
dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka,
Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu
pada hari-hari yang lain.
(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan,
dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.
Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan),
dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya,
dan supaya kamu bersyukur.
bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran,
menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,
dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk
dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.
Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan
(atau mengetahuinya),
maka hendaklah ia berpuasa bulan itu;
dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka,
Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu
pada hari-hari yang lain.
(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan,
dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.
Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan),
dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya,
dan supaya kamu bersyukur.
Di sini saya kongsikan video yang bermanfaat untuk kita semua :)
BEAUTIFUL RAMADHAN REMINDER for you ALL
Selamat menonton! :)
thanks 4 the info ,,amin moga kita semua berusaha membanykkn amalan di bln ramadhan n berlatih utk menempuhi bln ramadhan :)
ReplyDeleteur welcome, thanks 4 reading, dila :)
Delete(Y)
ReplyDelete