Wednesday, June 12, 2013

Hari ketujuh kelahiran

Sambung kisah My 2nd Niece..

Semalam adalah hari ketujuh kelahiran anak buah Fatin yang kedua.

Semalam jugak abang whatsapp gambar sekali dengan MyKid, 
nampak tak kegembiraan abang di situ, hehe..

Kitorang satu family memang tak sabar nak tahu nama baby dari hari 1st lagi.

Nama anak buah Fatin yang kedua adalah Qaireen Nur Adellia 
yang bermaksud Kebaikan Cahaya Keadilan. :)


Saya dah dapat nama, so saya boleh sambung tidur dengan bahagia :) 


Sedikit perkongsian mengenai perkara yang sunat dibuat pada hari ketujuh kelahiran bayi.

Menurut Imam an-Nawawi, menamakan anak adalah sunat dilakukan
pada hari ketujuh selepas kelahirannya.
Hal ini sabit dengan hadis Rasulullah S.A.W,


ÙƒُÙ„ُّ غُلاَÙ…ٍ رَÙ‡ِينٌ بِعَÙ‚ِيقَØ©ٍ تُØ°ْبَØ­ُ عَÙ†ْÙ‡ُ ÙŠَÙˆْÙ…َ سَابِعِÙ‡ِ، ÙˆَÙŠُØ­ْÙ„َÙ‚ُ ÙˆَÙŠُسَÙ…َّÙ‰


Maksudnya : 

“Setiap anak yang dilahirkan itu tergadai sehingga disembelihkan akikah untuknya 

pada hari ketujuh (sejak dilahirkan) 

dan pada hari itu juga dicukur rambut kepalanya dan diberi nama

( HR Abu Dawud, Tirmizi. Ahmad dan Ibnu Majah) 


Sementara harus menamakan anak sebelum dan selepas hari ketujuh daripada hari kelahirannya.



Manakala Imam al-Bukhari pula berpendapat

memberi nama ke atas anak pada hari kelahiran

sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis-hadis sahih adalah
bagi ibu bapa yang tidak merancang untuk mengakikahkan anak mereka.

Sementara bagi ibu bapa yang merancang untuk mengakikahkan anak mereka,
sunat memberinya nama pada hari ketujuh. 

p/s:
Sampai sekarang belum berkesempatan menjenguk anak buah, 
tunggu habis final exam..


6 comments:

  1. tahniah...comel dia posing.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq, itulah, posing dengan tangan sekali, hehe :)

      Delete
  2. bestnya dapat anak buah lagi :D

    ReplyDelete
  3. fedora buat akikah & cukur masa hari ke 7 gak..beli je sekor kambing & agih2 kat org..nak masakkan sekor kambing mmg xlarat lah sbb maknya tgh pantang & atoknya pon sibuk tolong jaga.heee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo i see, ok, nanti nak buat jugak, eh lambat lagi, hehe :p

      Delete