Wednesday, July 10, 2013

Khatam Al Quran dalam bulan Ramadhan, Kaum Hawa?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni kita semua sampai ke bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Selamat berpuasa kepada semua! :)

Bercerita tentang bulan Ramadhan, banyak ibadah sunat yang kita boleh buat, antaranya Solat Tarawih, baca Al-Quran, bersedekah, berzikir dan banyak lagi..

Dan tentang membaca Al-Quran, semua antara kita mesti berlumba-lumba untuk khatam di bulan puasa ini.

Seperti yang kita biasa tahu, 1 juzuk al-quran ada 10 helai.
Setiap hari kita baca 2 helai al-Quran selepas solat 5 waktu, maka habis satu juzuk.
Insya-Allah kita dapat khatam al-quran dalam 30 hari ramadhan.
Namun, dalam kita membaca al-quran, adalah lebih baik kita membaca maksud dan memahami ayat-ayat-Nya.

Dan ada juga terfikir untuk kaum Hawa. Sudah tentu jadual target terganggu kerana 'cuti puasa'.

Tapi jangan sedih, mudah sahaja, kita perlu tolak hari yang tidak berpuasa dan kita bahagikan dengan bilangan juzuk Al-Quran. *info dari blog Dr Anwar Fazal

Idea yang saya pun tak pernah terfikir.

Kaum Hawa, mungkin kita perlu usaha lebih untuk membaca 'banyak' setiap hari.
Namun, buat sekadar ikut kemampuan kita.. Allah tidak melihat hasil tetapi USAHA..

Akhir kata, selamat menunaikan ibadah puasa dan ibadah sunat yang lain :)


p/s:
Saya post ni bukan sebab saya tak puasa, sekadar perkongsian bersama.. :)

6 comments:

  1. amin,moga kita semua diberi kekuatan utk membnykkn amalan2 fardhu dan sunat di bln ramadhan serta amalkan di bln selain bln ramadhan :)

    ReplyDelete
  2. salam,
    satu info yg kritis. =)

    ReplyDelete
  3. selamat menyambut ramadhan. insyaAllah sama2 kte usahakan utk qatam. :))

    ReplyDelete