Untuk larian Merentas Puncak, seperti biasa, dari padang kawad ke bulatan keris dan balik ke padang kawad semula. Ok, kali ni punya larian memang takde praktis, sebab menghadapi kekangan masa. Jadi, just warm up dan stretching betul2 sebelum larian. Tapi semasa larian tu, tak tahulah kenapa kurang bertenaga dan sakit pinggang. Apapun, alhamdulillah, berjaya jugak sampai di garisan penamat sebagai tempat yang keenam. Tempat kelima classmate Fatin, Hajar. Tempat pertama pulak, my junior, Zawani. Dia memang laju dan memang tak nampak bayang dah kat depan, hehe..
Fatin tak tahu berapa pemenang yang akan dapat medal. Biasanya 10 - 15 orang. Tapi kali ni punya just 7 orang je, kalau tak silap. Fatin yang keenam. Ya Allah, alhamdulillah.. Kalau tak dapat medal, menangis tak berlagu la kan.. Medal FeMo'S kali ni sangat unik design nya. I Like!
Towel kecil yang selesaaaaaa |
Kiranya tahun ni kedudukan aku turun dua anak tangga berbanding FeMo's yang lepas untuk carta femos fatin :p
Cenggini lah rupa orang tak cukup tidur |
Sepatutya lepas habis larian kena coolling down dulu, tapi aku tak buat sampai habis sebab kaki sangat sakit, tak mampu nak teruskan. Akibatnya, otot kaki sakit.
Dipendekkan cerita, pada sebelah malam, majlis perasmian penutup berlangsung dengan meriahnya. Acara perbarisan daripada setiap kontinjen persatuan mendapat perhatian hadirin. Pelbagai gaya, tarian dan persembahan semasa lintas hormat. Maskot persatuan pula ada ironman, red riding hood dan lain2. Untuk perbarisan, pemenangnya adalah kontinjen Occupational Therapy. Kalau ikutkan, diorang punya props cantik, persembahan pun pelbagai, siap ada gwiyomi lagi, kau ada? ;)
Untuk FeMo'S pun ada maskot, maskotnya adalah singa. Omey angatttt! hehe.. Bila orang lain sibuk dalam perbarisan, maskot tu sibuk menari ikut orang, dengan perutnya yang boroi, hehe..
Maskot FeMo'S *gambar tak bagus, huhu* |
Juara keseluruhan FeMo'S 2013 adalah pasukan MELTECH (Medical Laboratory Technology), tahniah diucapkan. OPTIMIST pulak tempat kedua dengan beza 19 mata. Kalah tipis huhu.. Takpe, tahun depan cuba lagi, kami pelajar optometri akan merampas semula kejuaraan kami tahun lepas! *tetiba semangat*
By the way, semasa petang hari terakhir FeMo'S, my classmate, Wani tunjuk awan di langit biru. Allahuakbar, awan berbentuk kalimah Allah jelas kelihatan. Sorry kalau gambar tak jelas, sebab guna kamera handphone sahaja.
Akhir kata, maafkan diri ini andai ada salah silap sepanjang saya bertugas di FeMo'S ini. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang! Jumpa lagi di FeMo'S 2014! :)
*gambar lain akan diupload kemudian*
fatin nampak ke kalimah Allah? subhanallah <3
ReplyDeleteyup, nampak, wani yg mula2 tunjuk. subhanallah.. :)
Delete