Thursday, May 31, 2012

Keychain 96, 97 & 98

Assalamualaikum semua..
Sambung lagi kisah perjuangan untuk bergelar 'ratu keychain'.. haha

Ini keychain yang ke-96. Keychain beli sendiri di kampus. 
Bila ada je jualan atau karnival di kampus, Fatin dah tak pandang benda lain dah, cari keychain je..

Jadi, Fatin belilah keychain ini sebab tertarik dengan bentuk dan ayat yang tertera di atasnya,
"Semoga ilmu, iman dan amal meningkat selaras dengan usiamu."
Mudah-mudahan.. Amin..


Seterusnya, keychain yang ke-97. Disebabkan ramai classmate yang dah tau Fatin ni duk sibuk kumpul keychain dan beria nak sampai angka 100, then Hanom, classmate bagi Fatin yang keychain ini.. Keychain yang boleh berfungsi sebagai torch light. Thanks Hanom! :)



Keychain yang seterusnya, daripada classmate, Sandra. 
Sandra bagi keychain dari Singapore. Thanks Sandra! Ini adalah yang ke-98.




p/s:
Keychain yang ke-99 dan 100 tak ingat letak mana.. Tak jumpa lagi.. Masih mencari.. :(

Saturday, May 26, 2012

MENANG HOTFM TIKET KE SHOWCASE KRU

Hari isnin lepas, Fatin ulangkaji sambil dengar carta ulat buku di HOT FM. Then, tetiba terdengar isyarat memanggil untuk mendapat pas eksklusif ke Konsert Ulang Tahun KRU yang ke-20. Fatin pun cuba call hot fm walaupun tahu peluang nak dapat memang tipis dan sukar untuk tembus talian. 


Tapi..


Deen: Pemanggil yang keenam sudah ada di talian.. Siapa nama awak?
Fatin: (alamak, tembus talian ke? *cuak) Fatin..
Deen: Tahniah, anda pemanggil keenam yang saya cari!
Fatin: Ok, thank you hot fm.. (kenapa cakap thank you pulak, bukan menang lagi pun.. fatin, fatin..)
Deen: Untuk menang 2 pas eksklusif tu, awak kena nyanyi salah satu lagu KRU. 
Fatin: Oo, ok.... (Ha, nyanyi? Mak aii, ingatkan jawab soalan mudah tadi.. Lagu apa nak nyanyi ni.. Blur kejap..)
Deen: Ha, nyanyilah..
Fatin: (Tak tahu nak nyanyi lagu apa.. Seriously, blur! Awas? Takkan kot.. Lagu apa nak nyanyi ni..) Sebuah cinta dan harapan... menjadi debu berterbangan.. hehe (Tu je la kot..)
Deen: Pun bolehhh!
Fatin: Hehe..
Deen: Tahniah, dua tiket eksklusif untuk meraikan kegemilangan KRU menjadi milik awak! 
Fatin: Okay, thank you, hot fm, thank you Deen..
Deen: Sama-sama..

Ya Allah, seriously betul2 tak sangka dapat tembus talian.. Memang kalau malam susah nak tembus. Terkezzut giler! Tak tahu nak kata apa..

Pasal nak nyanyi lagu, memang blur habis! Dalam kepala, yang terlintas lagu Awas je.. tapi memang taknak nyanyi lagu Awas.. Then, fikir punya fikir, terlintas lagu Perpisahan Terasing..  Tapi nyanyi sikit je lah, dah la suara tak sedap.. Pun bolehh, bak kata deen.. 

Bila dah selesai semua, tetiba terfikir, kenapa tak nyanyi lagu Tiga Kata jer? Lagi senang! Masalahnya tak terfikir langsung lagu tu.. Padahal itulah yang paling senang dan terbaru.. Nak jugak lagu lama.. 

Satu lagi, Fatin tahu serba sedikit pasal konsert tu, tapi tak spesifik. Tanya kawan, Kak Mira, dia kata 10 jun di Neverland jam 8 malam. 

Sumber dari hot fm:
Walaupun KRU kini lebih giat menerajui industri perfileman, muzik tetap menjadi keutamaan mereka. Antara bintang kelahiran KRU adalah seperti Elite, X-Factor, Juliana Banos, Ezlynn, Dr Kronik, Indigo, Pretty Ugly, Feminin dan ramai lagi. Kini, KRU meneruskan usaha mereka dalam mengasah bakat baru dan antara yang terkini adalah Forteen, V.I.P, IQA, Kumpulan MOJO, Ad Azhar, Kamelia (Bintang Idola BH 2011) dan Baby Shima. Antara bintang-bintang yang menyertai KRU adalah seperti Jaclyn Victor dan Sharifah Aini.

Sempena konsert ulang tahun KRU yang ke-20, KRU akan membuat persembahan secara eksklusif bersama barisan artis di bawah naungan KRU Music seperti Jaclyn Victor, Forteen, Iqa, Mojo dan ramai lagi bagi menghargai peminat yang setia menyokong mereka hingga ke hari ini. 


Wednesday, May 23, 2012

FeMo’S 2012

Festival Mega Sports of Health Sciences telah dianjurkankan buat julung kalinya pada tahun 2012. Festival sukan ini disertai oleh kesemua 8 program di bawah Fakulti Sains Kesihatan (FSK). Optometry, Nursing, Medical Imaging, Physiotheraphy, Meltech, Envi, Occupational theraphy dan Nutrition & Dietatic. Festival pada tahun ini dianjurkan oleh pelajar Environmetal Health.

Banyak acara yang dipertandingkan seperti merentas puncak, futsal, bola keranjang, bola jaring, ping pong, ragbi, tarik tali, boling padang, senam robik dan perbarisan. Semestinya Fatin masuk merentas puncak. Sebab itu sahaja yang Fatin mampu. Nak tahu Fatin dapat nombor berapa? Boleh klik di SINI..

Acara perbarisan menampilkan kesemua lapan program di bawah FSK.

Environmental Health

Physiotheraphy

Medical Imaging

Medical Lab

Nutrition & Dietatic

Nursing

OPTOMETRY


Occupational Theraphy

Fatin tak main futsal sebab nak tumpukan sepenuhnya pada merentas puncak. Tapi team futsal yang lepas, diorang teruskan perjuangan mereka. DAN team futsal dapat gelaran JUARA! Tahniah korang! Sandra, Hani, Fadhilah, Syamerra, Dibah, Una dan Iqa.. Cayalah! J

Dekan Fakulti Sains Kesihatan, Dr Hamzah merasmikan FeMo'S

Menurunkan bendera FeMo's sebagai penutupan program

Satu lagi, OPTIMIST (Persatuan Pelajar Optometri) berjaya merangkul PIALA DR HAMZAH kerana muncul sebagai JUARA KESELURUHAN mengalahkan kesemua 7 program di bawah FSK yang lain. Alhamdulillah.. J

PIALA DR HAMZAH
JOHAN KESELURUHAN

Thursday, May 17, 2012

MERENTAS PUNCAK FeMo’S 2012


Merentas puncak merupakan salah satu daripada pertandingan sempena Festival Mega Sports of Health Sciences (FeMo'S).
FeMo'S disertai oleh kelapan-lapan program di bawah Fakulti Sains Kesihatan.
Merentas puncak diadakan pada 12 Mei 2012 bermula di padang kawad dan berakhir di situ juga. 
Laluan merentas puncak pun lebih kurang laluan walkathon dan marathon MOSSE yang lepas. 
Tapi yang ini paling dekat. Mula2 tu memang nervous la kan.. 
*macam nak buat presentation pulak rasanya.. haha..

Dalam kepala duk fikir nombor berapa yang bakal diperoleh. 
Mula je siren, terus berlari. Berlari, dan jogging. 
Try untuk tak jalan sebab takut nanti ketinggalan kat belakang. 
Semua ada 4 checkpoint. 
Lepas checkpoint 3 baru Fatin start berjalan. 
Itupun tengok belakang, takut orang lain potong.
Alhamdulillah, dapat nombor 4. 
Kalau ikutkan hati, mestilah nak top 3 kan.. Tapi top 5 pun dah ok. 

Dulu MARATHON dapat no 3, 
WALKATHON dapat no 5, 
MERENTAS PUNCAK dapat no 4. 
Nombor 3, 4 dan 5 sudah, lepas ini usaha lebih lagi 
boleh dapat 1, 2 atau 3 kot.. Insya-Allah, amin..
Tapi yang bestnya, seminggu lepas WALKATHON, dapat pingat lagi. 
Seminggu satu medal.. hehe.. Alhamdulillah..


Dapat botol air, tapi sayang nak guna.. huhu


Fatin dapat info daripada kawan, 
Fatin kira penyumbang mata pertama sebab 
orang pertama daripada Fakulti Sains Kesihatan. 
Yang 1, 2 dan 3 itu daripada fakulti lain yang turut serta. 
Dulu masa MARATHON, orang pertama dari UiTM sebab first UIA dan second UKM. 
*nak beritahu jugak..


Btw, Syamerra pun join jugak Merentas Puncak ini. Dia dapat nombor 6. 
Kitorang memang suka bab lari2 ni.. hehe


Akhir kata, 
KENAL PASTI BAKAT & KELEBIHAN YANG KITA ADA,
ASAH DAN BUAT YANG TERBAIK,
INSYA-ALLAH BERJAYA.. :)


Friday, May 11, 2012

JUARA FUTSAL


Persatuan Rakan Masjid (PRM) UiTM Puncak Alam menganjurkan Karnival Sukan Mahasiswa 2012 pada 5 Mei 2012 bagi lelaki dan 6 Mei 2012 bagi wanita. Fatin dan 7 orang lagi iaitu Sandra, Hani, Fadhilah, Syamerra, Taqiyah, Una dan Iqa masuk pertandingan futsal. Selain itu, pertandingan bola keranjang dan bola jaring turut dianjurkan.

Makan dulu sebelum main..
Tapi Fatin tak lalu makan, bergambar je mampu.. hehe.. :p

Kitorang mula berlatih seminggu sebelum hari perlawanan. Semangat tak? ;)
Nama team kitorang ialah Emmetropic Girls. Maksud Emmetropic? Kitorang sebagai pelajar optometri menggunakan istilah yang telah dipelajari dalam kuliah.. Kalau lecturer tahu mesti terharu kan? ;p



Menurut nota kuliah Visual Optics, “Emmetropic is an eye that has no refractive error when viewing a distant object”. Senang cerita, maksudnya mata yang tiada masalah rabun. :)

Balik kepada futsal, untuk game pertama, kitorang kalah 0 - 1.

Game kedua, menang 1-0.
Final, menang 3 - 1.

Alhamdulillah, kitorang mendapat gelaran JUARA! Untuk perlawanan akhir tu, ketiga-tiga gol dijaringkan oleh Sandra. Hatrik! Sandra merupakan kapten kitorang. Cayalah Sandra! Boleh bah kalau kau.. hehe..
Tak sia-sia latihan kitorang setiap petang. Apa yang penting kerjasama dan semangat! Kepada semua ahli Emmetropic Girls, TAHNIAH! :)


By the way, team kitorang je yang semangat pakai baju sama. HARIMAU MALAYA gitu.. ;) Team lain relaks je pakai baju biasa. Nasib baik menang, kalau tak segan je pakai baju sama bagai.. hehe.. Syukur..
Fatin ni baru lagi dalam futsal ni, perlu belajar dan praktis banyak lagi. First time main futsal masa MOSSE lepas, boleh klik di SINI. Kiranya ni kali kedua beraksi dalam gelanggang futsal.. Beraksilah sangat.. huhu



Tak lupa juga kepada classmate merangkap coach kitorang, Yusri, THANKS A LOT sebab ajar teknik main futsal dan meminjamkan dua biji bolanya kepada kitorang..
Akhir kata, marilah kita mencuba sesuatu yang baru kerana BELUM CUBA, BELUM TAHU… 


Thanks for viewing my blog!
Don't forget to follow this blog.. :)

Sunday, May 06, 2012

WALKATHON 2012


Assalamualaikum para pembaca yang setia membaca blog saya sekalian.. :)

Semalam (5 Mei) Fatin masuk WALKATHON anjuran Fakulti Pengurusan Perniagaan. 
Seperti yang anda sedia maklum, Fatin ni hanya mampu berlari je.. hehe..
Sebelum ni dah join JOGATHON masa di PASUM pada 2010/2011.
Selepas itu, MARATHON masa MOSSE yang lepas, boleh klik di SINI. :)

Walkathon ini berbeza dengan yang segala THON yang Fatin masuk sebelum ini. 
Walkathon ini tidak dibenarkan berlari, HARUSLAH kan.. dah namanya WALKathon.. 
Kena berjalan atau jogging sahaja. 
Agak tak selesa lah jugak mula2 tu, sebab biasanya mula2 dah berlari sikit.. 
Jadi belajarlah berjalan kaki dengan sepantas yang boleh dalam walkathon ini.
Tapi Fatin memang suka jalan laju pun.. ke kelas, ke kedai, shopping..

Fatin tak pasti berapa kilometer tapi agak jauh jugak. 
Laluannya lebih kurang macam marathon MOSSE jugak.

Sebelum mula, Fatin cuma harap dapat hadiah je.
Tak kisah la nombor berapa pun. 
Hadiah diberikan kepada 20 peserta lelaki dan 20 peserta perempuan pertama.
Alhamdulillah, Fatin dapat nombor 5. 






Masa ni, ajk kat situ cakap, "Eh, pandang kamera mana tu?"
*Haruslah pandang kamera sendiri kan.. (cakap dlm hati je..)

Dapat pingat dan sijil. Lagi seronok, dapat sarapan dan makan tengah hari percuma.
Jimat duit poket, hehe.. ;)


Fatin masuk dengan Merra, kitorang memang suka bab lari2 ni.. :)
Dulu kitorang join Run For Sight.

Merra dapat nombor 3.. Tahniah!


Akhir kata, kita perlu yakin dengan kemampuan diri kita,
tapi jangan terlebih yakin atau ‘over confident’ nanti lain pulak jadinya..

USAHA TANGGA KEJAYAAN.. :)