Monday, February 27, 2012

Makan malam santai bersama kumpulan V.I.P


Sabtu lepas, Fatin dan Alia (adik) menghadiri makan malam santai bersama kumpulan V.I.P (Versatility In Performance) di Cheechah, Kota Damansara. Fatin dah plan lama untuk jumpa V.I.P dalam cuti semester ini, menunggu V.I.P update show mereka di fanpage. Actually, start cuti sem, show V.I.P ada di Laman Santai Istana Budaya. Tapi show tu malam, susah sikit nak pergi. Lagipun, masa tu Fatin belum bertolak ke KL lagi, malam tu Fatin pergi ke I-City bersama kawan-kawan.

20 Januari, V.I.P diundang dalam Nasi Lemak Kopi O di TV9. Fatin memang tengoklah kan.. :)
28 Januari, V.I.P ada show di Kedah. Memang tak dapat nak pergi.
1 Februari, V.I.P ada show di DBKL, Kuala Lumpur. Itu pun dah kira dekat tapi malam..
11 Februari, V.I.P perform dalam Tawau International Cultural Festival.
19 Februari, V.I.P ada show di IKBN Banting.

25 Februari, makan malam bersama V.I.P. Aktiviti ini pun, Fatin fikir banyak kali nak pergi. Sebab di Kota Damansara dan waktu malam. Tapi, Fatin ajak Alia untuk temankan. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Selamat pergi dan selamat balik. Akhirnya, dapat jugak bertemu V.I.P dalam cuti semester ini.

Pelbagai aktiviti diadakan. Antaranya, 'Ayatku terhebat', yang mana menggabungkan tajuk-tajuk lagu dalam satu ayat atau cerita. Dalam aktiviti ini, Fatin perlu bekerjasama dengan ahli kumpulan. Kumpulan Fatin dapat lagu Hai, Bingung, Gila Bayang dan Menggapai Bintang. Alia pergi cabut lagu itu. Kak Dina memberi idea untuk ayat itu. Kami semua berbincang dan hasilnya...

Tulisan macam apa je.. hehe.. ye lah, ada masa beberapa minit je..
Fatin tulis kecik sebab ingat nak tulis esei kat situ.. ;p

Then, pengerusi majlis, Kak Pika, mengumumkan aktiviti seterusnya iaitu melakonkan semula apa yang ditulis di atas kertas tersebut. Oh! Lega sangat sebab kitorang buat satu ayat je. Ada hikmah jugak.. Sebab kalau buat satu perenggan, mahu lama masa yang diambil untuk berada di hadapan orang itu. Penat memikirkan gaya yang sesuai. Fatin pun beri idea yang tangan bentuk bintang macam dalam drama taiwan Silence. Fatin dari dulu lagi, kalau bintang je, mesti nak buat gaya tu.. Masa form 3, Fatin ada masuk poem recitation competition. Fatin ada guna gaya bintang tu masa deklamasikan sajak bertajuk 'Mother'. Then menang nombor 2 ke 3. Tak ingat lah pulak..

Drama Taiwan, Silence..

Hasil persembahan kitorang, pengerusi majlis umumkan kumpulan kitorang menang. Tak sangka kot.. Dahlah perform last sekali.. Cuak kot.. huhu

Apa yang penting kerjasama.. :)
Dari kiri: Abg Din, Fatin, Alia, Kak Dina, Kak Meera


Lepas itu, aktiviti seperti kotak beracun. Rubik's cube akan disampaikan kepada seorang demi seorang sepanjang lagu dimainkan. Setelah lagu berhenti, siapa yang memegang rubik's cube akan didenda bersama salah seorang anggota V.I.P.

Then, ada cabutan bertuah dan teka lagu. Teka lagu berdasarkan lukisan daripada ahli V.I.P. Macam-macam lukisan lah keluar.. ;)

Lepas itu, persembahan dari V.I.P. Banyak lagu yang dinyanyikan oleh mereka seperti Kemarau, Lagu Sedih, Tiga Kata, Bila Kau Tiada, Sayangku Berjanji dan banyak lagi.

Secara keseluruhannya, makan malam santai ini memang seronok.. Dapat bergambar dan bertegur sapa dengan V.I.P.. Sejujurnya, V.I.P yang terdiri daripada Adam, Fadlan, Yandy, Marlon dan Amen memang sporting, tidak sombong dan mesra dengan peminat. Kalau ada aktiviti macam ini lagi, Insya-Allah Fatin akan join lagi.. Tapi kena tengok masa dan tempat jugak.. Tapi kalau dah nak tu, berusaha jugak cari jalan.. ;)


Akhir kata, marilah kita menyokong industri tempatan kita seperti kumpulan V.I.P. Btw, V.I.P akan membuat persembahan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) april nanti.

All the best to V.I.P! Fatin sentiasa doakan yang terbaik untuk V.I.P. Korang memang terbaik!

p/s:
Terima kasih banyak2 kepada Kak Weina, Kak Pika, Kak Ziha, Kak Sue sebab tolong Fatin dan Alia.. :)

Selepas ini, Fatin harus memberi fokus sepenuhnya kepada optometri untuk semester 2..

Harap2, cuti pertengahan semester april nanti ada show yang 'jatuh' pada tarikh tertentu dalam waktu itu..
;)

Berhibur, berhibur jugak, tapi jangan lupa tanggungjawab kepada agama kita..

Sunday, February 26, 2012

Kemarau dari Fadlan V.I.P

Assalamualaikum..

Baru-baru ini, Fatin berkesempatan bertegur sapa dengan Fadlan Hazim a.k.a Fadlan V.I.P.


Fadlan adalah salah seorang daripada anggota kumpulan V.I.P.
V.I.P merujuk kepada VERSATILITY IN PERFORMANCE.

Btw, untuk mengetahui perjalanan karier Fadlan,
boleh baca entri Fadlan Hazim makin popular
yang telah menjadi popular post kat dalam blog Fatin ini.
Klik di SINI.

ATAU

Video Fadlan sebelum menyertai V.I.P. Klik di SINI.

Kemarau merupakan lagu single kedua V.I.P ciptaan sepenuhnya oleh Edry KRU.

Sebelum ini, V.I.P popular dengan lagu single pertama mereka iaitu Lagu Sedih.




Dah Fadlan promote my blog tu,
dengan ini melantik Fadlan menjadi duta tak rasmi blog Fatin, hehe :p

This is my personal blog.
Sebahagian daripada kisah suka duka kehidupan Fatin,
maklumat tentang optometri dan
informasi tentang kumpulan V.I.P
akan dicoretkan di sini.

Thanks for viewing my blog! :)

Friday, February 24, 2012

Alhamdulillah.. Olen dah sihat!



Lebih kurang sebulan yang lepas, Olen (kucing) kurang sihat.
Tak makan langsung. Minum air je. Risau sangat.
Lebih kurang dua minggu keadaan Olen macam tu.
Kurus. Bila pegang boleh rasa tulang temulang.
Bila diangkat, ringan. Berat badan susut.

Bila beritahu kakak di Aussie, kakak call veterinarian.
Doktor tu datang rumah. Beri dua suntikan. Dah lupa suntikan apa.. ;)

Doktor bagi antibiotik 6 biji.
Dan vitamin untuk meningkatkan selera Olen.

Bau vitamin ni macam butterscotch.. sabar je lah.. ;)

Nak bagi ubat sebiji yang KECIK tu pun, ambil masa lebih kurang setengah jam..
Susah! Itupun Alia (adik) tolong pegangkan Olen.
Memang tak de bakat jadi doktor haiwan.. huhu

Itu cerita dulu.

Sekarang, alhamdulillah.. Dah SIHAT.. :D

Tanda2 Olen telah sihat:

1. Makan ikan rebus dan makan hariannya whiskas

2. Kelihatan bermaya.

3. Aktif melompat.
Lompat celah pagar rumah, lompat ke atas kerusi, lompat ke atas meja..

Olen lompat ke atas meja dan baring berbantalkan kalkulator..
Nak mengira ke Olen? huhu


4. Kembali aktif menangkap cicak

Olen tangkap cicak, cuba untuk makan, tapi tidak berjaya..
last sekali makan whiskas jugak..


Mak cik kata, "Dalam banyak2 kucing yang dia pernah jaga,
Olen adalah kucing yang PALING BANYAK MINUM AIR."
Fatin pun perasan jugak.
Sikit2 datang dapur minta air.
Sikit2 masuk bilik air cari air.

Ini bekas air di dapur, bekas air di dalam rumah Olen besar punya!

Petang tadi, veterinarian datang bagi suntikan vaksin.

Semoga Olen terus sihat dan cergas di masa akan datang.. Amin..

Thursday, February 23, 2012

Kaison @ KL Festival City





Khamis lepas, Fatin teman kakak sulung pergi ke Jusco Wangsa Maju, KL Festival City dan Plaza Idaman.
3 tempat sekaligus! Sebab kakak nak tukar duit Ringgit Malaysia ke Australian dollar.
Dia dan husband nak pergi ke Gold Coast.. Bestnya..
Tapi sewaktu entri ini ditulis, kakak dah selamat sampai Msia dah pun.. idok ler lambat update.. ;p

Tapi kat KL Festival City, belum ada lagi money changer. Lagipun, itu tempat baru lagi. Kak Ana nak memperkenalkan Kaison kepada Fatin.
Macam duta Kaison pulak.. hehe..

Banyak barang2 yang ada kat situ. Barang2 hiasan dalaman. Harganya sangat berpatutan.
Jom pergi ke Kaison!
Dah Fatin pulak jadi duta Kaison.. udah2 ler tu berangan.. ;p


Fatin tak belilah barang2 hiasan dalaman sebab belum ada rumah sendiri lagi.. ;)
Anda boleh tengok2 barang lain di page Kaison di fb di SINI.

Yang Fatin tertarik pembalut hadiah yang murah. RM0.50 SATU. Cantik2 coraknya.
Ada yang RM0.90. Lagi cantik..

Fatin beli dua helai pembalut hadiah je memandangkan ada 4 lagi pembalut hadiah yang belum digunakan di rumah.



Kenapa beli pembalut hadiah banyak2? Soalan.. ;)
Nak balut hadiah birthday untuk BFF lah..
Utk BFF je? Ye lah, dah BFF je yang bagi hadiah masa birthday kite.. hehe..

Then, Fatin beli kotak kosong untuk letak semua 89 butir rantai kunci a.k.a keychain.
Sebab kotak lama dah tak muat.
Ini pun muat2 je kot kalau nak masukkan lagi 11 keychain..
Harap2 muatlah..


p/s:
Bila lah angka keychain nak sampai 100 ni..
Korang la ni tak nak bagi keychain..
eh, korang pulak yang kena.. hehe.. ;)

Tuesday, February 21, 2012

Beauty And The Beast 3D


Ahad lepas, Mak Su bawa Fatin dan Alia (adik) pergi tengok wayang di MBO, KL Festival City. Adik bongsu yang berumur 12 tahun tu beria nak tengok Beauty & The Beast 3D. Fatin yang cadangkan tengok di KL Festival City daripada Wangsa Walk Mall sebab Mak Su tidak pernah pergi sana lagi.

Adik bongsu yang beria nak tengok beauty and the beast




Kitorang sampai awal giler.. MBO pun tak bukak lagi.. huhu.. So jalan2 kat situ. Mak Su nak cari luggage baru.

sambil menunggu untuk masuk, bergambar jap.. macam best je 7 petala cinta ni.. :)

Pukul 12.10 tgh hari, kitorang masuk. Nak tahu berapa orang ada dalam panggung tu? 9 ORANG je.. Kuulang, SEMBILAN ORANG! Ye lah, logik jugak sebab cerita sama, cuma dalam 3D je. Fatin ni pulak, boleh tersengguk dalam tu.. mengantuk.. tapi masa awal-awal je lah.. huhu

Masa nak dekat habis tu, Alia menangis. Time beast tu nazak.. Motif? Tak tau dia bayangkan diri dia dengan siapa.. Sampai feeling terlebih.. ;p
Fatin yang agak cengeng ni pun tak pulak nangis..

Lepas habis, makan, beli luggage dan balik.


Beauty and the Beast 3D Movie Synopsis

Now in 3D, this is the story of Belle, who lives with her father, eccentric inventor Maurice, in a small French village. The vain and boorish Gaston tries to win her heart, but she will have nothing to do with him.

On his way to the fair, Maurice stumbles upon a foreboding castle in the woods, and is thrown into a dungeon by the castle's occupant—a huge savage beast. Belle comes to rescue her ailing father, and offers to take his place as the Beast's prisoner.

Belle discovers that the castle's house staff has been transformed into objects by the same magic spell that made their master a beast. In order to break the spell, the Beast must learn to love another and be loved in return.

As she remains in the castle, Belle and Beast find their apprehension replaced by affection; but Belle misses her father, and the Beast reluctantly allows her to leave. Gaston, incensed at Belle's affection for the Beast, leads a mob of townspeople to storm the castle. Belle rushes back to confess her love for the Beast.

source: here




Thanks for viewing my blog!
Don't forget to follow this blog.. :)
Leave your comments below.. :D

Monday, February 20, 2012

Ryan sebelum menyertai V.I.P

Rayndra Putra bin Jubidi yang lebih dikenali sebagai Ryan V.I.P berasal dari Sabah dilahirkan pada 22 November 1988.

2008

Ryan menyertai kumpulan B.A.D Boyz yang merupakan artis naungan Aico Empire Group. B.A.D merujuk kepada Budak Ada Disiplin.

Kumpulan B.A.D Boyz mengetengahkan konsep pop shuffle dan mereka popular dengan lagu Sayangku Berjanji. Mereka juga adalah anak didik Adam AF anggotai oleh 3 orang anak muda yang berbakat besar di dalam bidang tarian dan nyanyian dan kesemuanya berasal daripada Sabah.

sumber: official blog B.A.D Boyz


2011

Ryan menyertai kumpulan V.I.P iaitu artis naungan KRU Studios.



Fatin sempat bertanya kepada Ryan di twitter nya, siapakah idola Ryan di dalam dan di luar negara.

Jawab Ryan, idola di dalam negara P. Ramlee, Sudirman & KRU manakala di luar negara pula, MJ, Usher, Chris Brown,Bruno Mars, Neyo.. :)



Bagi Fatin, Ryan adalah salah seorang ahli V.I.P yang paling mesra dengan peminat. Dia juga rajin membalas komen peminat di facebook dan juga twitter.

Fatin doakan agar Ryan terus maju bersama V.I.P dalam industri di Malaysia dan seterusnya di peringkat antarabangsa. Amin..


Anda boleh menonton video mengenai Ryan di SINI. Selamat menonton! :)

Bagi yang belum LIKE page V.I.P, boleh klik di SINI dan
untuk fanpage RYAN boleh klik di SINI.

Bagi yang ada acc twitter, boleh follow Ryan di SINI.

sumber: official blog B.A.D Boyz, Page Ryan V.I.P Friends Supporter, Page V.I.P

Entri berkaitan,

Yandy sebelum menyertai V.I.P
Marlon sebelum menyertai V.I.P

Thanks a lot for viewing my blog!
Don't forget to follow this blog.. :D

Sunday, February 19, 2012

Marlon sebelum menyertai V.I.P

Marlon V.I.P atau nama sebenarnya Mailin Antikoh berasal dari Sabah dilahirkan pada 16 Februari 1988.

2007

Marlon terlibat dalam bidang nyanyian dan tarian mula terserlah dengan kumpulan EVOKE apabila terpilih untuk menyertai rancangan realiti TV gangstarz TV3.

2008

Marlon menyertai kumpulan B.A.D Boyz yang merupakan artis naungan Aico Empire Group. B.A.D merujuk kepada Budak Ada Disiplin.

Kumpulan B.A.D Boyz mengetengahkan konsep pop shuffle dan mereka popular dengan lagu Sayangku Berjanji. Mereka juga adalah anak didik Adam AF anggotai oleh 3 orang anak muda yang berbakat besar di dalam bidang tarian dan nyanyian dan kesemuanya berasal daripada Sabah.


2011

Marlon menyertai kumpulan V.I.P (Versatility In Performance) di bawah naungan KRU Studios.


Fatin harap agar Marlon terus maju bersama V.I.P dalam industri hiburan di Malaysia dan seterusnya di peringkat antarabangsa.



Bagi yang belum LIKE page V.I.P, boleh klik di SINI dan
untuk fanpage MARLON boleh klik SINI.

Anda boleh menonton video ringkas mengenai Marlon di bawah. Selamat menonton! :)



sumber: official blog B.A.D Boyz, page Marlon V.I.P, fb Marlon

Entri berkaitan,

Saturday, February 18, 2012

Yandy sebelum menyertai V.I.P

Eryande Sahat atau dikenali sebagai Yandy berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dilahirkan pada 26 Oktober 1984.

Yandy merupakan anak terakhir daripada 4 orang adik beradik.


2007

Bakat Yandy dalam bidang nyanyian dan tarian mula terserlah dengan kumpulan EVOKE apabila terpilih untuk menyertai rancangan realiti TV gangstarz TV3.

2008


Yandy menyertai kumpulan B.A.D Boyz yang merupakan artis naungan Aico Empire Group. B.A.D merujuk kepada Budak Ada Disiplin.

Kumpulan B.A.D Boyz mengetengahkan konsep pop shuffle dan mereka popular dengan lagu Sayangku Berjanji. Mereka juga adalah anak didik Adam AF anggotai oleh 3 orang anak muda yang berbakat besar di dalam bidang tarian dan nyanyian dan kesemuanya berasal daripada Sabah.


2011

Yandy menyertai kumpulan V.I.P di bawah naungan KRU Studios.


Fatin doakan agar Yandy terus maju bersama V.I.P dalam industri di Malaysia dan seterusnya di peringkat antarabangsa. Amin..

Bagi yang belum LIKE page V.I.P, boleh klik di SINI dan
untuk fanpage YANDY boleh klik di SINI.

Bagi yang ada acc twitter, boleh follow Yandy di SINI.



Anda boleh menonton video mengenai Yandy di bawah. Selamat menonton! :)





sumber: official blog B.A.D Boyz, page Yandy V.I.P, fb Yandy

Entri berkaitan,


Thanks a lot for viewing my blog!
Don't forget to follow this blog.. :D


Friday, February 17, 2012

Adam sebelum menyertai V.I.P

Mohd Aizam bin Matsaman atau lebih dikenali sebagai Adam berasal dari Sabah dilahirkan pada 19 September 1983. Adam merupakan anak sulung daripada 6 orang adik-beradik.

2004

Adam menyertai program realiti TV, Akademi Fantasia dan memenangi tempat ketiga.

2005-2011

Adam telah tampil dengan album pertamanya, ADAM
diikuti oleh ADAM II, ADAM III dan ADAM 4.



2011

Adam menyertai kumpulan V.I.P iaitu artis naungan KRU Studios. Kewujudan V.I.P disifatkan projek istimewa daripada KRU. Pembabitan Adam dalam V.I.P tidak bererti kerjaya solo Adam berlalu begitu sahaja, kerjaya solo masih ada.



Fatin doakan agar Adam terus maju bersama V.I.P dalam industri di Malaysia dan seterusnya di peringkat antarabangsa. Amin..



2012

Adam bakal menjadi salah seorang mentor untuk rancangan realiti TV, Mentor musim ke-6.
Jadi sesiapa yang mahu menjadi protege Adam, sila hadir ke ujibakat Mentor pada 19 Februari di Sri Pentas, Bandar Utama.
*sempat lagi promote.. ;)

Bagi yang mempunyai acc twitter,
boleh follow Adam di adamafreal.

Aico Empire Group adalah syarikat milik Adam. Untuk mengetahui lebih banyak info tentang kumpulan V.I.P, Adam dan Baby Shima, follow twitter aicoempiregroup.

Anda boleh menonton video ringkas mengenai Adam di bawah. Selamat menonton! :)




sumber: page V.I.P

Entri berkaitan,

Marlon sebelum menyertai V.I.P
Ryan sebelum menyertai V.I.P

Thanks a lot for viewing my blog!
Don't forget to follow this blog.. :D

Thursday, February 16, 2012

Fadlan sebelum menyertai V.I.P

Fadlan V.I.P atau nama sebenarnya Fadlan Hazim bin Anuwar berasal dari Kuala Lumpur dilahirkan pada 2 Januari 1992.

2008

Fadlan bermula dari bidang peragaan sebelum menceburi bidang seni sejak berusia 16 tahun. Fadlan bukan saja menjadi model di Malaysia, malah mendapat peluang di Singapura dan Thailand sebelum ini.

2010

Kemudian Fadlan menyertai Kacak Bergaya 2010 dalam Pancaindera dan mendapat saguhati di peringkat akhir. Fadlan merupakan peserta termuda dalam pertandingan ini.


Fadlan menjadi pelakon tambahan untuk mencari pengalaman dan antara drama lakonannya ialah Hotel Mania, Cinta Balqis dan Duyong Aridinata serta menjadi pengacara program Paparazzi untuk KRU TV.

2011

Fadlan menyertai kumpulan V.I.P (Versatility In Performance) di bawah naungan KRU Studios.


Fatin sempat bertanya tentang idola Fadlan dalam dan di luar negara di acc twitternya, balasnya, "Luar negara adalah Michael Jackson dan dalam negara pulak KRU."

Fatin doakan agar Fadlan terus maju bersama V.I.P dalam industri di Malaysia dan seterusnya di peringkat antarabangsa. Amin..

Imej terbaru Fadlan

Bagi yang belum LIKE page V.I.P, boleh klik di SINI dan
untuk fanpage FADLAN boleh klik SINI.

Bagi yang ada acc twitter, boleh follow Fadlan di SINI.

Anda boleh menonton video ringkas mengenai Fadlan di bawah. Selamat menonton! :)



sumber: page Fadlan Hazim, page V.I.P

p/s: Satu lagi blog post Fatin tentang Fadlan yang menjadi popular post,
boleh baca di SINI.

Entri berkaitan,

Thanks a lot for viewing my blog!
Don't forget to follow this blog.. :D

Wednesday, February 15, 2012

Malam Gala Filem Cinta Kura-Kura terbitan KRU Studios


Tanggal 14 Februari, Fatin menghadiri 'Malam Gala Filem Cinta Kura-Kura' di Cathay Cineplex e@Curve, Damansara. Fatin dapat tiket sebab telah memenangi Peraduan Dialog Kreatif 'Cinta Kura-Kura'. Alhamdulillah.. Seriously, Fatin memang dah plan nak tonton filem ini pada 1 Mac nanti sebab 3 Mac dah nak balik uni.


Fatin ajak adik, Alia untuk menemani. Btw, thanks a lot to Kak Ana & husband sebab tolong hantarkan kitorang and then mereka pergi dinner di Seoul Garden sempena birthday Kak Ana 14 Feb. Happy birthday Kak Ana! :)


Fatin sampai sahaja, dah ramai orang kat situ. Then, Fatin bagi invitation pass untuk dapatkan tiket. Fatin pun menerima tiket dan CD Soundtrack filem Cinta Kura-Kura.

Selesai solat maghrib, otw ke cinema tu, berselisih dengan Ain Maisarah, novelis. Niat nak ambil gambar, sebab adik Fatin yang berumur 12 tahun tu memang peminat setia beliau. Tapi segan lah pulak.

Kemudian, para pelakon mula tiba di red carpet seorang demi seorang. Antara pelakon filem ini adalah Tiz Zaqyah, Aeril Zafrel, Zizan Razak (Raja Lawak), Shy8 (Ucop Wilcha), Fara Fauzana, Fizz Fairuz, Bob AF2, Norhayati Taib, Munir, Harun Salim Bachik, Tauke Raja Lawak dan Daus AF8.


Eksekutif Presiden KRU Studios merangkap Penerbit Eksekutif filem Cinta Kura-Kura, Norman Abdul Halim serta pengarah filem Cinta Kura-Kura

Aeril Zafrel sebagai Adam


Zizan Razak sebagai Nico (kura-kura)

Fizz Fairuz sebagai Fadzly

Tayangan bermula pada jam 9 malam. Bagi Fatin, filem ini sangat menarik, kelakar dan sesuai ditonton seisi keluarga. Setakat ini, kebanyakan filem terbitan KRU Studios memang Fatin akan tonton kerana jalan ceritanya yang menarik dan tidak menghampakan penonton.


Selesai menonton, Fatin berpeluang untuk bergambar dengan Lisa Surihani. Para pelakon, pengarah dan penerbit menghadiri sidang media selepas tamat tayangan. Fatin tunggu untuk sementara waktu, namun memikirkan adik yang esok akan bersekolah dan kakak yang sedang menunggu, Fatin pun pulang. Pengalaman kali pertama menghadiri malam gala seperti ini memang tak pernah disangka.

Sinopsis filem Cinta Kura-Kura:

Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luar biasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya... Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani. Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walau bagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.
(sumber: KRU Studios)

Jom "Like" Cinta Kura-Kura Facebook page di SINI.

Akhir kata, bawalah seisi keluarga untuk menonton filem Cinta Kura-Kura di pawagam terdekat anda bermula 1 Mac ini! :)

Saksikan official trailer Cinta Kura-Kura di bawah.. :)




Thanks for viewing my blog!
Don't forget to follow this blog.. :)
Leave your comments below.. :D

Tuesday, February 14, 2012

Fadlan V.I.P @ Harian Metro 13 Februari 2012


Sumber: Harian Metro 13 Februari 2012

Petikan daripada artikel 'Melaram gaya glamor'.

Fadlan, anggota kumpulan V.I.P yang masih bertatih dalam bidang seni, teruja mengenakan sut hitam dan perak bakal digunakan pada acara kemuncak itu nanti.

"Ini peluang terbaik menonjolkan diri dalam bidang seni kerana ABPBH menyenaraikan ramai pelakon lelaki dan wanita, artis baru daripada kalangan terbaik di Malaysia. Keadaan ini sedikit sebanyak membuat saya berasa rendah diri tetapi ini perjalanan awal yang perlu dilalui oleh seorang artis baru.

'Kebetulan kumpulan saya, V.I.P dengan lima anggota bakal melancarkan single baru bertajuk Lagu Sedih diikuti single kedua, Kemarau ciptaan Edry Abdul Halim yang dijangka mampu melonjak kami ke tahap lebih jauh dan mempromosikannya di ABPBH. Saya harap kehadiran kami dalam persada seni tempatan dapat menyumbang populariti kepada industri,"katanya.



p/s:
Cuti semester ini Fatin menjadi blogger sepenuh masa.
Nanti dah start semester baru, mungkin dah menjadi part time blogger je..

Thursday, February 09, 2012

V.I.P @ Harian Metro 6 Februari 2012

Isnin lepas,
hari dah petang,
tetiba Fatin terbaca di fb Aico Fc
pasal artikel tentang V.I.P dalam harian metro.
Terus ke kedai membelinya.. :)


Monday, February 06, 2012

Makan malam di luar

Dah lama rasanya tak makan malam dengan family kat luar.. Last makan kat luar, tahun lepas kat Restoran Nelayan rasanya.. Lepas isyak, ayah, mak, abang, adik dan Fatin pergi makan di restoran yang dekat dengan rumah. Mak dan ayah kata kat situ ramai orang datang.

Tapi rasa lain sikit sebab ahli keluarga tak cukup, dua kakak dan adik lelaki takde. Kedua-dua kakak dah kahwin dan adik lelaki pulak ada kat asrama. Selalunya, makan ramai2 dengan semua ahli.. Abang pulak maybe kahwin ni or tahun depan..

Sampai je, jakun sekejap sebab restoran biasa pun tapi ada benda ini..

Lepas order makanan, Fatin sempat baca novel 'Sayang 3 dalam 1' sambil menunggu. Sebabnya dah nak dekat habis baca.. Tak sabar nak tahu endingnya..


Sate pun kami order..



Kami pun makan malam sambil menonton drama 'Telekung untuk mama' lakonan Erin Malek, Fahrin Ahmad dan Faradhiya.


Air? haruslah my favourite drink.. carrot susu..



Sayur campur


Siakap masam manis


Tomyam campur

Sotong goreng tepung

Telur bungkus tak sempat nak ambil gambar sebab masa tengah sedap makan, baru sampai. Memang tak ingatlah kan.. ;)

Alhamdulillah, sangat kenyang.. Balik rumah terus habiskan baca novel 'Sayang 3 dalam 1'.. Best! Happy ending.. :)