Monday, December 31, 2012

PENUTUP 2012

31 Disember 2012. Tirai 2012 dilabuhkan. Selamat datang 2013.
Seperti biasa, manusia sibuk memasang azam tahun baru.
Azam tahun lepas macam mana? Tercapai?

Orang kata jangan pasang azam bila tahun baru je...
Hari2 kena pasang azam..
Jangan berazam je, tapi tak laksanakan..

#nasihatuntukdirisendirijugak

Iye lah, cakap memang senang, tapi buatnya payah..
Kan?
Usaha perlu dilipat gandakan.
Sifat malas perlu dilawan.
Penting juga kesabaran.
Semangat perlu dijanakan.
Fokus perlu digandakan.
Doa jangan dilupakan.
Kejayaan adalah harapan.

Peperiksaan semester bermula 3 Januari dan tamat pada 16 Januari.
Subjek dalam semester memerlukan ingatan yang kuat untuk menghafal.
Pharmacology, ocular anatomy and physiology, binocular vision,
light and colour perception, pathology, clinical optometry.

Sekadar gambar hiasan
*perlu ke novel tu? ok, memang tak perlu..*
Marilah kita sama2 berdoa kerana doa itu senjata umat Islam.

Ayat 62 Surah An-Naml

"Bukankah dia (Allah) yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan
 apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan, 
serta menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah (pemimpin) di bumi? 
Apakah di samping Allah ada tuhan yang lain? 
Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat."

رَبِّÙŠ ÙŠَسِر ÙˆَÙ„َا تُعَسِ

"Ya Tuhanku, permudahkan aku dan jangan Kau susahkan aku"


p/s:
All the best and good luck
to 
all my friends!
Study smart & study hard!
:)

2 comments:

  1. Ayat 62 Surah An-Naml tuh awal selalu amalkan eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak, saya baru baca semalam, so saya share kat blog. :)

      Delete