Friday, January 04, 2013

KOSMO 3 JAN : GERAKAN SOLO FADLAN

Semalam (3 Januari), akhbar Kosmo ada keluar cerita pasal Fadlan Hazim (dulu dikenali sebagai Fadlan V.I.P). Bagi yang tidak berkesempatan untuk membeli dan membaca, boleh baca di sini.




3 Januari 2012 - Kosmo
Oleh: KHAIRUL AMRI HASSAN
ATURAN yang jelas dalam gerak langkah seorang anak muda berkulit cerah setinggi 177 sentimeter itu ketika fotonya dibidik oleh jurufoto Kosmo!, Nooradzrene Mohd. Noor. Memilih lokasi serba sibuk di tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur atau secara tepatnya di Bukit Bintang adalah ironi kepada pergerakan langkahnya dalam arena seni - perlahan tapi pasti.
Kata Fadlan atau nama penuhnya Fadlan Hazim Anwar, 20, seperti mana kehidupan yang memerlukan keseimbangan begitu juga pilihannya bergerak dalam kerjaya selaku anak seni.
"Saya memilih untuk seimbang, tidak terlalu mengejar populariti atau sensasi tapi tidak dinafikan populariti itu perlu untuk naik. Dalam masa yang sama, duit juga prioriti untuk memastikan kita kekal bergerak.
"Semahu-mahunya saya enggan dicop sebagai seorang artis yang hanya harapkan muka," jelasnya.
Tambahnya, bakat lebih penting daripada rupa atau populariti kerana rupa adalah bonus.
Tegas Fadlan: "Apabila rupa sudah tiada, bakat pula sederhana, akhirnya duduk rumah juga."
Fadlan bagaimanapun cuba mengikis persepsi masyarakat sekeliling yang melihatnya bergantung pada rupa semata-mata untuk mencuri tumpuan.
"Susah apabila awal-awal lagi sudah kena label cari makan dengan rupa, tetapi saya akan cuba buktikan bahawa saya hidup berdasarkan bakat dan bukannya rupa," ujarnya ketika yang ditemui usai sesi fotografi.
Anak ikan
Soal rupa masih menjadi pokok perbualan. Pernah suatu ketika sewaktu pengunduran Fadlan daripada kumpulan VIP timbul gosip liar yang mengatakan bahawa anak jati Kuala Lumpur itu ditaja oleh beberapa orang kenamaan sekali gus meletakkan label Fadlan sebagai 'anak ikan' (lelaki muda yang menjadi pendamping).
Situasi sedikit tegang dan Fadlan terhenti seketika menarik nafas. Katanya, label yang lebih teruk pernah diberikan kepada dia serta anggota kumpulan VIP ketika mereka mula melangkah masuk menjadi penyanyi.
"Saya faham bahawa anggota kumpulan VIP kebanyakannya muda-muda, malah ada yang menggelarkan kami 'adik-adik' (lelaki lembut) selain anak ikan.
"Namun, hanya individu yang rapat tahu siapa saya. Saya bukan anak ikan dan makan duit haram. Saya tak mahu malukan keluarga saya," getusnya bertegas.
Mengecilkan skop perbualan pada petang itu, soal hati dan bicara cinta mengisi slot yang berbaki. Kata Fadlan, dia enggan melihat dirinya hanyut bercinta sementelah ruang masa dan peluang yang diberi kini perlu dimanfaatkan untuk berkerja.
"Saya bukan seorang yang suka bersosial, masa yang ada hanya untuk bekerja dan bersama keluarga. Kenapa saya perlu buang masa memikirkan soal bercinta, komitmen dan sakit hati sedangkan saya ada peluang untuk merasa gembira tanpa terbeban dengan masalah cinta.
"Sudah banyak kali saya putus cinta dan sudah masak dengan dunia fantasi sebegitu. Buat masa sekarang fokus saya adalah kerjaya saya," tegas Fadlan berterus-terang.
Jual mahal atau terlalu memilih? Ujar Fadlan dia memberikan ruang sementara waktu masih sihat untuk berkerja dan mencari rezeki.
"Bukan tak mahu mencari atau menerima tapi beri saya masa untuk fikirkan soal kerja dan cari rezeki. Insya-Allah pada umur 25 tahun saya akan mencari," jelasnya.
Ditanya mengenai perancangannya selepas ini sama ada mahu menyambung pelajaran atau tidak, jawab Fadlan dia mungkin meneruskan hasrat keluarganya untuk menggenggam segulung ijazah. Sebelum ini Fadlan pernah belajar di Universiti Multimedia Cyberjaya selama satu semester dalam bidang Filem dan Animasi pada tahun 2010.
VIP
Tahun 2012 yang kini berlalu sudah, telah memaksa Fadlan berfikir ke arah melakar kecemerlangan dalam dua bidang yang diceburinya iaitu lakonan dan nyanyian. Keluar daripada kumpulan VIP tidak mengganggu fokusnya. Alasan Fadlan, dia terpaksa mengundur diri berikutan perjuangan muzik yang tidak sealiran.
"VIP memperjuangkan muzik rancak, lincah dan wajib menari sebaliknya saya lebih sukakan muzik hip hop dan rap.
"Oleh kerana kurang persefahaman sesama ahli dan saya, adalah lebih baik saya keluar membawa haluan sendiri. Selama setahun bersama VIP saya banyak belajar tentang dunia muzik dan kematangan berfikir mencorak masa depan," ulasnya.
VIP tampil dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Fadlan, Ryan, Yandy, Marlon dan Adam AF. Tidak mengandaikan perjuangan bersama VIP selama setahun merupakan satu kesilapan, tambah Fadlan tidak mustahil suatu hari nanti mereka akan kembali bersatu.
"Saya gembira bersama VIP dan selepas setahun saya baru tahu asam garam bersama sesebuah kumpulan. Mungkin satu masa nanti kami akan kembali bergabung sebagai satu kumpulan semula," kata Fadlan.
Untuk artikel penuh, sila klik di SINI.

Fatin harap artikel ini dapat memberi penjelasan kepada semua fans V.I.P. Fatin ada jugak nampak kadang2 orang komen kat gambar or page V.I.P kat fb, mana Fadlan. Kepada semua fans Fadlan, jom teruskan support Fadlan dan V.I.P! Btw, pengganti Fadlan dalam kumpulan V.I.P adalah Afiq V.I.P. Harap maklum. 

Disebabkan oleh Fadlan bergerak solo, maka dengan ini Fatin mengeluarkan label 'Fadlan' kat blog ini. Senang sikit kawan2 semua nak search kan. :)

Sebelum mengakhiri entri ini, Fatin nak share serba sedikit perjalanan karier Fadlan. Selamat menonton.


Yup, memang video itu untuk birthday Fadlan 2 januari lepas. ;)
Actually nak masukkan sekali video Fadlan perform & lain2 tapi tak dapat nak save movie tu. Lappy pulak berkali-kali sangkut. So, dapat buat movie gambar je la. OK, sampai di sini sahaja, jangan lupa tonton Sapuan dalam 6 Progresif setiap khamis, 8.30 malam di TV9. *beria promo macam aku yang berlakon dalam citer tu :p*

p/s: 
Big thanks to Faris & my little sis, Alia for helping me! 
My younger bro, Faris belikan Kosmo, Alia pulak snap gambar & whatsapp. 
Sebab kat mart di kolej ni xde kosmo..

No comments:

Post a Comment