Thursday, December 13, 2012

SUKAN ANTARA FAKULTI 2012 : INDOOR ROWING

Entri ini dah lama ditaip, tetapi baru kini dapat disiapkan sepenuhnya
sebab banyak kerja yang perlu diutamakan.
Entri kali ini Fatin buat ala-ala cerpen. 
Selamat membaca walaupun panjang berjela. 
Tahniah dan terima kasih andai anda berjaya ke noktah yang terakhir.. :)

INDOOR ROWING BUKAN UNTUKKU

Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Apa yang aku rancang lebih kurang sebulan yang lepas, 2 Disember, aku akan menyertai Larian SAF manakala 8 Disember aku akan menyertai Indoor rowing. Rakan sekelas aku adalah pengurus untuk indoor rowing, dia tidak dapat mencari atlet untuk mewakili fakulti kami. Jadi, kami bertiga ; Fatin, Shazana dan Syamerra menyahut cabaran tersebut.

Dalam sibuk berlatih, sempat juga curi masa bergambar..
Ini kali pertama aku menyertai Sukan Antara Fakulti (SAF). Semester lepas tidak berkesempatan dan tidak tahu tentang bagaimana cara untuk menyertainya.

Namun, beberapa hari sebelum 2 Disember, aku dimaklumkan bahawa Larian SAF akan ditunda kepada 8 Disember iaitu sama hari dan waktu dengan indoor rowing. Aku dah berbelah bahagi. Antara larian dan indoor rowing. Tanya pendapat mak, mak kata haruslah pilih larian sebab itu adalah satu-satunya bakat yang aku ada. Aku hanya mempunyai koleksi pingat daripada larian sahaja sepanjang hidup ini kecuali satu pingat dari futsal.

Namun, aku juga tidak boleh mementingkan diri sendiri. Memang susah nak buat keputusan. Nak buat istikharah, aku memang dah tekad untuk menyertai larian. Kalau sama rata perasaan, eloklah buat istikharah. Aku tanya pula pendapat pengurus acara larian tentang perkara itu.

Setelah itu, aku membuat keputusan untuk menyertai indoor rowing. Walaupun berat, aku yakin ada hikmahnya. Aku terpaksa melupakan impian untuk meraih 3 pingat untuk semester 3 ini. Sebab aku sudah meraih 1 pingat untuk semester 1 dan 2 pingat pada semester 2. Maka aku berhajat untuk memperoleh 3 pingat setelah dua pingat berjaya digenggam. Alhamdulillah. Maka, aku menukar target pingat ketiga itu dengan berharap pada indoor rowing. Mungkin ada rezeki di situ.

Tanggal 8 Disember 2012, kami bertolak ke Shah Alam. Hati sedikit tersentuh melihat atlet-atlet Larian SAF sedang gigih berlari. Namun, aku tetapkan dalam hati, "Mungkin kalau aku kalah dalam Larian SAF, kekecewaannya lebih besar daripada kekecewaan tidak berpeluang berlari." Semasa aku di dalam bas, aku ternampak rakan-rakan pemimpin mahasiswa Minggu Destini Siswa September 2012 iaitu Suhaila, Athirah dan Nazrin. Semangat kalian berlari.. :)

Bertempat di pusat sukan, aku, Syamerra, Shazana, Dzul dan pengurus kami, Azlim mendaftarkan diri. Dalam acara 1000m, aku berjaya mendapat tempat ketujuh daripada 12 fakulti yang bertanding. Alhamdulillah. Itu adalah pencapaian yang baik buat diriku kerana berjaya memecahkan rekod peribadi. Semasa latihan, aku sekadar mencapai 6-7 minit untuk menghabiskan dayungan 1000m.


 "Go Fatin!"
"Kuat lagi Fatin!"
"Tarik lagi Fatin!"
"Sikit lagi Fatin!"

Syamerra, Shazana, Azlim dan Dzul memberi sokongan dan semangat dengan menjerit semampunya. Terima kasih kalian. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih. :)

Alhamdulillah, ketika di peringkat saringan aku menggunakan hanya 4.54 minit untuk 1000m.

Saringan
Jadi, aku layak ke peringkat separuh akhir kerana 8 terbaik akan bertanding. Namun, aku sedar yang tenaga aku sudah separuh menghilang, kesakitan otot dan tulang-temulang mula dirasai. Tapi aku harus meneruskan perjuangan ini. Walaupun niat di hati terselit untuk meraih pingat, aku mula hilang kepercayaan kepada diri sendiri.
Sepatutnya 1000m bukan 500m, aku pulak tak snap yang terbaru punya..
Usaha digandakan, impian dipasangkan. Namun, aku tetap tidak berdaya. Gagal. Aku tidak berjaya ke peringkat akhir. Walaupun perit untuk diterima dengan impian yang berkecai, aku redha. Namun aku tetap bersyukur kerana berjaya menghabiskan ke garisan penamat 1000m. Kiranya aku mendayung sebanyak 2000m pada hari ini. Banyak yang aku belajar sepanjang pengalaman ini. Aku kenal apa itu indoor rowing, aku dapat mencuba indoor rowing, aku dapat menjadi atlet yang mewakili fakulti, aku dapat merasai pengalaman dalam SAF dan banyak lagi.

Indoor rowing
Aku bertekad untuk bersara dalam indoor rowing. Indoor rowing bukan untukku. Aku memasang niat untuk menyertai Larian SAF tahun depan jika tiada aral melintang. Aku berterima kasih kepada Allah kerana memberi peluang kepadaku untuk menimba pengalaman ini. Jika aku tidak menyertai sukan ini, mungkin aku tidak akan tahu apa itu indoor rowing. Terima kasih kepada keluarga terutamanya mak. Aku menelefon sebelum saringan dan sebelum separuh akhir meminta mak mendoakan aku di samping menenangkan aku. Terima kasih kepada pengurus merangkap jurulatih kami iaitu Azlim kerana membantu kami. Kepada rakan-rakan seperjuangan, Shazana, Syamerra dan Dzul, tahniah kerana kita telah berjaya menghabiskan indoor rowing hingga ke garisan penamat. Terima kasih atas sokongan kalian. :)

Kayak tanpa air. Indoor rowing.
Semasa aku di pusat sukan, aku terserempak dengan rakan sekelas semasa sekolah rendah dulu, Shahir. Aku tengok muka dia, macam kenal, aku tegur dia, "Shahir eh?". Dia pun jawab, "Fatin?" Aku angguk dan beredar kerana waktu itu aku dan rakan lain sedang membantu Dzul yang pitam. Shahir pulak duduk menyokong rakannya bermain badminton.

Jumpa lagi dalam SAF tahun hadapan..

Selesai acara separuh akhir, kami pulang ke Puncak Alam semula. Tetapi sebelum itu, kami singgah ke Shah Alam Seksyen 2 untuk makan ABC. Sepanjang seminggu nak menyertai mana-mana pertandingan sukan, aku berpantang daripada minum ais kerana ais boleh melemahkan badan. Jadi setelah berpantang makan, maka makanlah ABC dengan nikmatnya.



Aktiviti sukan sudah tamat untuk semester ini. Peperiksaan akhir semakin hampir. Debaran semakin terasa. Stress semakin menggila. Semangat perlu dijana. Kesabaran perlu ada. Fokus perlu diganda.


Kesan daripada indoor rowing, kesakitan mula terasa di scapula, triceps dan biceps di tangan kiri dan otot di  perut. Memerlukan dua hingga tiga hari untuk pulih sepenuhnya.

Renungan bersama..

- TAMAT -


some pics credits to Shazana

2 comments:

  1. owh.. nazrin eyh name nye eyh? ehem2..
    Indoor rowing... memang pengalaman yang sangatttt "tettt".... ahahaha

    ReplyDelete
  2. apa yg ehem2 ni, pulak dah..
    indoor rowing sgt 'best'! :p

    ReplyDelete