Selamat hari raya aidil adha kepada semua muslimin dan muslimat!
Seperti yang kita tahu, hari raya aidil adha disambut oleh umat Islam pada setiap tahun sempena pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail untuk menjalankan perintah Allah kepada-Nya. Namun, apa yang disembelih oleh Nabi Ibrahim tetapi seekor kibas (kambing biri-biri). Peristiwa ini menunjukkan kepatuhan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam menjalankan perintah Allah.
Peristiwa ini telah diterangkan dalam surah As-Saffat ayat 101 hingga ayat 111.
Ayat 101 Surah As-Saffat yang bermaksud:
Maka Kami beri khabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang sangat sabar (Ismail).
Ayat 102 Surah As-Saffat yang bermaksud:
Maka ketika Maka tatkala anak itu sampai (pada umur) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Dia (Ismail) menjawab: “Wahai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”.
Ayat 103 Surah As-Saffat yang bermaksud:
Maka ketika keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipisnya, (untuk melaksanakan perintah Allah).
Ayat 104 Surah As-Saffat yang bermaksud:
Lalu Kami panggillah dia: “Wahai Ibrahim,
Ayat 105 Surah As-Saffat yang bermaksud:
sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
Ayat 106 Surah As-Saffat yang bermaksud:
Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.
Ayat 107 Surah As-Saffat yang bermaksud:
Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.
Ayat 108 Surah As-Saffat yang bermaksud:
Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian) di kalangan orang-orang yang datang kemudian,
Ayat 109 Surah As-Saffat yang bermaksud:
(yaitu) “Selamat sejahtera bagi Ibrahim”.
Ayat 110 Surah As-Saffat yang bermaksud:
Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
Ayat 111 Surah As-Saffat yang bermaksud:
Sesungguhnya dia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman.
Peringatan bersama, hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah merupakan hari yang haram untuk berpuasa.
Sempena hari raya aidil adha ini, bersama-samalah kita berusaha meningkatkan tahap pengorbanan dalam memperjuangkan Islam. Semua Allah mempermudahkan segala urusan kita.. Amin..
Sempena hari raya aidil adha ini, bersama-samalah kita berusaha meningkatkan tahap pengorbanan dalam memperjuangkan Islam. Semua Allah mempermudahkan segala urusan kita.. Amin..
Bersama-samalah kita memuji kebesaran yang Maha Esa..
Selamat hari raya aidil adha, jaga pemakanan di hari raya ini! :)
gambar dari google |
Ya Allah, berilah kesempatan untukku ke tanah suci.. Amin..
salam aidiladha :)
ReplyDeletesalam aidiladha :)
Delete