Friday, October 26, 2012

Explorace Treasure Your Iman

Sabtu lepas, Society of Pharmacy Students (SOPHYS) dengan kerjasama Persatuan Rakan Masjid dan Persatuan Dinamik menganjurkan Mahabbah Fil Islam (MaFIs) 2012. Antara yang Fatin join adalah Explorace Treasure Your Iman dan Bedah Buku.




Untuk group explorace, Fatin dan Shazana aka GBM telah mengajak adik junior optom untuk join. Dan alhamdulillah adik2 setuju untuk join. Junior yang disayangi itu adalah Amalina dan Izzati. Explorace bermula daripada Dewan Serbaguna Kolej Angsana sehingga ke tangga kejayaan UiTM Puncak Alam yang biasa disebut 'tangga batu caves' disebabkan ketinggiannya. Fatin tak dapat nak agak berapa kilometer walaupun dah berkali-kali walkathon & marathon di situ. 




Di setiap checkpoint, terdapat 2 'task' yang perlu diselesaikan, ia berkaitan dengan ciri peribadi muslim yang disebut muwasafat tarbiyah. Selepas selesai tugasan, kitorang akan diberikan 2 kertas kecik yang mempunyai muwasafat tarbiyah setiap satu. Muwasafat tarbiyah ini telah digariskan oleh Imam Hassan al-Banna tentang sifat yang perlu dimiliki oleh seorang individu muslim.


10 Muwasafat Tarbiyah ialah 

1. Akidah yang sejahtera
2. Ibadah yang betul.
3. Akhlak yang mantap
4. Luas pengetahuan
5. Sihat tubuh badan
6. Mampu berdikari
7. Melawan nafsu
8. Sangat menjaga masa
9. Tersusun urusannya
10. Bermanfaat kepada orang lain

Al kisahnya.
masa explorace tu, kitorang dapat pergi semua checkpoint.
Tapi...
Masa sampai ke 2nd last checkpoint, 
akak yang jaga check point tu kata, 
group yg tengah buat aktiviti tu lama lagi,
so better kitorang pergi ke next check point dulu, 
nanti datang balik.

Then, akak tu beri kitorang satu muwasafat tarbiyah dulu.
Sebab kalau beri dua terus, 
nanti kitorang tak datang balik untuk selesaikan task kan..
So, kitorang pergilah next last check point, 
dahlah checkpoint tu kat tangga yang tinggi. 
Tak pe la, kitorang naik, then nanti turun balik.


Tangga puncak alam yang hari2 kami turun naik untuk ke fakulti

Lepas selesai, pergi ke 2nd last checkpoint balik, 
tapi
akak tu dah takde!
Mana akak tu pergi?
Kitorang call urusetia program tu,
tanya macam mana.
Urusetia kata, "Tak boleh, kalau dah terlepas satu checkpoint, 
tak boleh patah balik."

Ya Allah, kitorang dah termakan helah akak tu..
Tak pe lah, kitorang pasrah dengan apa yang berlaku.
By the way, tahu tak, sifat apa yang kitorang terlepas tu?

MELAWAN NAFSU

Memang kena la kan. 
Kitorang group pertama yang sampai, 
tapi tak guna pun, sebab tak cukup 10 sifat..

Dari sini, kitorang berempat mendapat pengajaran. 
Kita perlu MELAWAN HAWA NAFSU.

Tapi, bagi Fatin, masa rasa yang time akak tu suruh ke check point seterusnya
sebab nak menjimatkan masa.
Bukankah menjaga masa itu salah satu daripada muwasafat tarbiyah?
Rupanya silap.
Apapun, kitorang telah belajar ilmu baru pada hari tersebut.


Jutaan terima kasih kepada Shazana, Amalina dan Izzati atas kerjasama yang diberikan.
Seronok dapat berkenalan dengan lebih rapat dengan korang.
Semoga persahabatan kita tidak terhenti di sini.. 
:)



Akhir kata,
marilah kita berusaha untuk memiliki 10 muwasafat tarbiyah ini..
Semoga Allah mempermudahkan urusan kita, insya-Allah..


gambar dari google

p/s:
Bedah buku next entry ya.. ;)

5 comments:

  1. alhamdulillah.. objektif xplorace tercapai dan difahami.. :) next time blh join lg ye! ajak kwn2

    ReplyDelete
  2. Hehe.. Mujahadah melawan hawa nafsu.. Akan ku ingat selagi hayat dikandung badan.!!!

    ReplyDelete
  3. Boleh share x task2 yg diberikan? Sbb kami kebetulan tgh merancang explorace berdasarkan muasofat tarbiyah jgk. Tup2 terjumpa blog ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry sy dh lupa task2 sbb dh lama,huhu.. yg sy ingat, utk checkpoint sihat tubuh badan, ktorg kena main badminton.

      Delete