Saturday, October 20, 2012

Malam Pra Graduan (Diploma) FSK 2012

Assalamualaikum..
Malam Pra Graduan (Diploma) Fakulti Sains Kesihatan 2012
diadakan pada isnin lepas, 15 Oktober. 


Macam mana Fatin boleh join pulak?
Kak Fadh (senior) call, dia tanya boleh tolong wakilkan opto untuk MPG sebagai
AJK Hadiah, Sijil dan Cenderahati. Kerja belakang tabir je.
Disebabkan kerja belakang tabir, Fatin selaku pelajar optometri ini rasa bertanggungjawab
untuk mewakili opto untuk membantu MPG walaupun optometri tiada pelajar diploma.
Then, tugasan yang perlu dibuat adalah menyediakan goodies.

Ingatkan itu sahaja, then ketua biro (Kak Dayah) kata, kitorang (Fatin, Fadh, Mira, Kak Fadh) nanti kena pegang dulang dan pass hadiah kat pengiring dekan or MPP. What???


Ingatkan belakang tabir, ini bukan belakang tabir dah ni, 
ini depan tabir atau lebih tepat ATAS PENTAS!
Oh my...

Sesi cabutan bertuah *idokler tau gambar kitew masuk sekali*
Dengan melibatkan diri dalam event seperti ini, Fatin dapat kenal dengan ramai kawan baru. Dan jugak berpeluang untuk bermesra dan berinteraksi dengan pelbagai rakan daripada program FSK yang lain. Tapi yang paling rapat antara biro la kan, Kak Dayah dan berkesempatan beramah mesra dengan senior opto sendiri Kak Fadh.

Fatin memang suka menyiapkan goodies bag tu. Tampal sana, tampal sini. Serius. Kalau bab penyediaan hadiah, Fatin memang suka. Sebab tu Fatin suka beri hadiah birthday kepada kawan2 baik.. :)

Hadiah, Sijil dan Cenderahati.
Tiba pada hari yang dinantikan, Fatin perlu pergi awal, pukul 2 petang sebab perlu terlibat dalam rehearsal. Fadh dan Mira ada lab kul 2.30 petang, so Fatin dengan Kak Dayah je yang pergi bagi pihak AJK kami.

Dipendekkan cerita, Fatin bertugas sebagai pemegang dulang dan pengantara hadiah kepada pengiring VIP. By the way, Fatin tak pakai baju yang meletopss pun, sebab bukannya kita yang diraikan pun.. 
Just AJK jer, tak gitu? ;)

Secara keseluruhannya, semuanya berlancar dengan lancar. Alhamdulillah..
Bagi Fatin, gimik pembukaan & gimik perasmian sangat menarik!
Cuma yang tak best, takde gambar untuk semua AJK..
*haruslah nakkan, sebab ini 1st time kot terlibat dalam MPG*

Sebelum majlis

Biro Hadiah, Sijil dan cenderahati
Selepas majlis *mengantuk*
Bajet macam emcee pulak dah


Tag
Akhir kata, terima kasih kepada semua yang bekerjasama dalam menguruskan majlis ini terutamanya kepada Kak Dayah yang banyak memberi tunjuk ajar, Kak Fadh, yang memberi tawaran untuk melibatkan diri ke MPG, Fadh dan Mira, classmates yang selalu bersama ketika susah dan senang
dan tak lupa kepada semua AJK yang baru Fatin kenali.. :)

p/s: 
Tiap kali dinner mesti paling teruja waktu sesi cabutan bertuah dan 'king and queen' night. Kan? :p

No comments:

Post a Comment