Tuesday, October 30, 2012

Promo 6 Progresif di UM

Setelah lebih setahun tidak menjejakkan kaki ke bumi UM, 
kini Fatin kembali menziarahi universiti tertua di Malaysia. 
*dah start buat ayat novel dah*

Actually memang Fatin nak keluar ke Mid Valley untuk buat spec baru (rimless),
*haruslah guna kad diskaun siswa u olls*
dah tau ada promo kat UM, singgah UM kejap sebelum gerak ke Mid.

Fatin pergi ke UM untuk melawat tempat yang banyak mencatat pelbagai memori
sebagai pelajar asasi UM selama setahun
di samping berjumpa dengan para pelakon drama 6 Progresif yang buat promo kat situ.


Sejujurnya, Fatin tak tengok drama 6 Progresif musim pertama dulu, 
ye lah, sibuk kat uni je, tak tengok tv pun. 
Tapi ketika entri ini ditulis, Fatin sudah menonton episod 1 drama 6 Progresif musim pertama dan akan cuba untuk mengikuti episod seterusnya sebelum musim kedua khamis ini.
:)
Fatin tau kewujudan drama ni sebab bekas ahli kumpulan V.I.P, 
Fadlan Hazim ada berlakon dalam drama ni.

Setelah bertegur sapa dengan para pelakon 6 Progresif yang hadir iaitu
Zahiril Adzim, Nas-T, Fauzy Alqadry dan Fadlan Hazim,
mereka sememangnya sporting!

Nas-T, Fadlan, Zahiril, Fauzy

Alang2 dah jumpa tu, minta autograf mereka.
Mereka agak teruja dengan poster yang Fatin print sendiri tu.
*Fatin kalau pergi jumpa mana2 retis, ada je bahan nak print, untuk minta autograf*
Ye lah, takkan nak sign atas kertas kosong je kot? ;)




Tak tahu la pulak ada bagi macam ni.. beria Fatin bawak poster..



Btw, tadi dapatlah bertegur sapa dengan pelakon / blogger terkenal, Zahiril Adzim,
Fatin: Lama tak update blog?
Zahiril: Aah, busy, nanti free, updatelah.
Terima kasih baca blog..
Fatin: Sama2.

Fatin memang suka baca blog Zahiril sebab bahasanya sangat mudah dan ringkas.
Tak macam blog Fatin. panjang berjela.. huhu

Btw, mereka peka dengan tweet saya.. ;)



Akhir kata, jangan lupa menonton 6 Progresif musim kedua di TV9
setiap khamis, jam 8.30 malam.

Sebelum itu, saksikan trailer 6 Progresif. :)



Fatin terjumpa classmate waktu asasi, Amirah kat perdanasiswa.
Dapat borak2 kejap.
Fatin nak contact classmates lain untuk jumpa,
tapi handphone satu lagi tertinggal kat rumah! huhu

p/s:
Fatin, relaks, relaks jugak, buku dan nota kuliah jangan dilupa, next week ada midsem test!

4 comments:

  1. Ieyhhhhh.. kenapa semue org nak buat spek baru ni?? *emo lak tetibe. -.-"

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi, jom buat spek baru! tapi GBM tak payah buat spek baru pun xpe, dah cukup baik dah spek yg skrg ni.. ;)

      Delete
  2. aku suke giler 6 progresif, tengok season 1, sbb, dlu kan form 6, so terase berkait la.. hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. kte tgk 6 progresif season 2 je, season 1 kte xtau pun wujud, hehe ;)

      Delete