Saturday, October 27, 2012

BEDAH BUKU: CINTA HIGH CLASS

Sambungan dari entri yang lepas, Fatin menghadiri event Bedah Buku. Tapi hanya sempat hadiri sesi bersama Fatimah Syarha je, Itupun hanya sempat untuk sesi soal jawab. Fatin tak sempat hadiri bedah buku bersama Hilal Asyraf sebab waktu tengah explorace. Habis explorace, terus ke Fakulti Farmasi.




Fatin nak kongsi sedikit rakaman suara yang Fatin rakam. Tapi tak boleh sebab file dia tak dapat diupload.
Antara yang Fatin boleh kongsikan,

Soalan:
Akak, kalau saya baru nak berubah jadi lebih baik, dan jadikan Allah sebagai nombor satu dalam hati saya,
apakah step2 yang patut saya buat?

Jawapan daripada Ustazah Fatimah Syarha,
Step1 :
Kita istighfar. Bertaubat.

Step 2:
Tambahkan ilmu. Join usrah. Usrah seolah-olah charger kepada handphone.
Setiap minggu dia dapat charger, dapat kenal orang2 yang baik, orang yang sama2 sayang Allah,
dapat dengar tazkirah, kadang2 syaitan kacau jugak dalam tazkirah,
kita rasa boring je, tapi kalau kita jelas matlamat kita,
kita masuk usrah ni kita nak caskan iman kita.
Maka di situ kita dapat kekuatan.

Step 3:
Banyak doa. Tambah apa yang kurang. Kikis mana yang lemah.

Itu proses sampai kita meninggal.

Mengenai novel Cinta High Class, Fatin beli lama novel ni julai lepas.


So, tak berkesempatan untuk meminta autograf dari Fatimah Syarha sebab novel pun kat rumah.
 Tapi, bila dah habis event, baru terfikir, boleh je beli novel Fatimah Syarha yang lain kan?
 Idokler lambat datang idea tu.. huhu



Jadi, Fatin try 'bedah buku' ini sedikit,
antara petikan yang boleh dikongsikan dalam novel cinta high class.

#1 (m/s 216)
"Apa prinsip kakak?"saya bertanya.
"Kalau ada orang minat kakak, kakak akan kata, 'Jauhi diriku, dekati waliku.' Hanya lelaki yang berani jumpa wali terus, layak kita tabik kejujurannya. Dia buktikan dia betul-betul serius mencintai kita. Dia tiada peluang langsung untuk mempermainkan kita," kata kakak.

#2 (m/s 220)
Kakak menolak ajakan berpacaran oleh seorang lelaki. Saya begitu terkesan dengan ketegasan kakak menjaga agama. Bagi kakak, utamakan yang utama! Di kampus dia sibuk meraih kecemerlangan, berpersatuan, menggilap kepimpinan, berukhuwwah sesama rakan sejantina dan membina jati diri insan. Tiada masa berpacaran.

#3 (m/s 230)
'Suamiku, kusimpan cinta ini untukmu. Biarpun dirimu entah di mana, aku akan setia,' hati saya berkata.

Saya memilih setia kepada yang pasti bukan yang belum pasti. Lelaki yang datang ketika saya telah bersedia, dan dirinya juga telah bersedia, dan dirinya juga telah bersedia untuk bernikah, kenapa saya perlu tolak cintanya? Mudah-mudahan, apabila saya sudah berkahwin, saya tidak perlu dibebani kenangan cinta dengan sesiapa. Istimewa untuk suami sahaja.


#4 (m/s 230)
Selagi saya setia menjaga cinta, selagi itu si dia sedang setia. Saya percaya keadilan-Nya! Saya hadiahkan doa buat bakal suami yang entah di mana dengan bacaan al-fatihah. Salahkah berdoa? Moga nanti, Allah sampaikan saya kepadanya.

Tugas saya sekarang, siapkan diri menjadi gadis high class di mata Allah. Saya tidak berdaya menjadi high class dek banyaknya kelemahan diri. Sekurang-kurangnya ada usaha keras ke arahnya. Barulah padan Dia berikan suami yang high class. Sekiranya tiada di dunia insya-Allah ada di syurga.


#5 (m/s 233)
Kita perlu berusaha mendapatkan jodoh. Namun usaha yang bagaimana? Mengurat dan tergesa-gesa? Hakikatnya, dalam usia ini, 'mempersiapkan diri' adalah 'usaha' yang paling cepat dan tepat untuk seseorang itu mendapatkan pasangan idaman hati.

Ok lah, itu sahaja yang Fatin boleh kongsikan. Kalau mahukan novel yang penuh, dapatkan novel di kedai berhampiran anda! Novel ini sangat berguna dan sesuai untuk semua golongan. :)



p/s: 
Bersama-samalah kita berusaha untuk menjadi yang lebih baik..

5 comments:

  1. Entri Yang Menarik ^-^

    Follow Blog Saya Kalau Sudi :)

    http://mynameishafizah.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks singgah sini.. done follow ur blog, follow my blog jgk klu sudi :)

      Delete
  2. Saya suka yang part..

    "Apa prinsip kakak?"saya bertanya.
    "Kalau ada orang minat kakak, kakak akan kata, 'Jauhi diriku, dekati waliku.' Hanya lelaki yang berani jumpa wali terus, layak kita tabik kejujurannya. Dia buktikan dia betul-betul serius mencintai kita. Dia tiada peluang langsung untuk mempermainkan kita," kata kakak.

    Jauhi diriku.. dekati waliku.. <3

    ReplyDelete