Thursday, September 27, 2012

KEZZUTAN LAGI

Assalamualaikum..

Dah lama tak update blog.. Kini masa semakin dipenuhi dengan lab report, assignment dan kuliah. Disebabkan esok tiada kuliah, maka dengan ini mencuri sedikit masa yang ada untuk menaip di sini.. ;)

KEZZUTAN LAGI?

Tahun ini, kiranya banyak jugaklah KEZZUTAN yang diterima.. hehe..
Minggu lepas, Fatin dan ahli bulatan gembira buat usrah di rumah sewa kawan. Selesai usrah, Fatin nampak Ani pegang kotak kek dan masuk ke dalam bilik. Fatin dah agak kek itu untuk Ana sebab birthday dia 19 Sept. Yup, birthday Ana sama dengan Adam.. Untunglaaa.. ;)

Ok, sambung cerita. Tapi Ani tak bagi Fatin masuk bilik dan tengok kek itu. Kira nanti Ana perasan kalau ramai orang dalam bilik Ani. Tunggu di luar bilik sementara diorang siapkan apa yang patut. Fatin pun try jugak jangan bagi Ana perasan yang ramai orang duk dalam bilik Ani, sebab masa itu Ana pergi bilik dia kejap.

Tetiba..

Lagu "Allah selamatkan kamu" kedengaran.

Diorang tunjukkan kek kat Fatin, Ana dan Hanom.


Ha? Fatin sekali? ok, ini satu lagi KEZZUTAN selepas hari tu.

Hanom, Ana aka GBM, Fatin
*tak dapat sambut bday dgn Adam, sambut dengan kembar bday Adam pun bolehh.. :P 

Kek Coklat ini dibuat oleh kawan kak naqibah iaitu Kak Dila. Thanks Kak Dila.. Hen haochi! (Sangat sedap!)

Fatin sangat happy dengan kawan-kawan yang Fatin ada, terutamanya ahli2 usrah..
Kak Nabilah, Fadh, Ani, Ana, Fyra, Kak Dayah
Terima kasih banyak2! Tahun depan jangan lupa buat lagi tau.. :p

SAYANG KORANG! :)

By the way, walaupun birthday dah lama lepas, Fatin dapat KEZZUTAN lagi. Selasa lepas, Sandra mesej, dia suruh Fatin pergi bilik pelajar dan beg sekali. URGENT. Fatin terus pergi sana. Then, Teera panggil dan bagi hadiah! Yeay, dapat hadiah lagi! Hehe.. Thanks a lot Teera & Sandra.

Satu lagi, Fatin dapat hadiah dari Khairiah. Dia pos ke rumah sebelum bertolak ke India sambung medik. Thanks Khairiah! Fatin sangat terharu sebab dia ingat jugak kat Fatin.. Khairiah kawan baik Fatin masa kat mrsm dulu. Kitorang sebilik, sekelas, se'homeroom'. Fatin sedih jugak sebab tak dapat nak hantar dia kat KLIA. Dah lama tak jumpa dia.. Rindu sangat.. :(


Walaupun birthday dah nak sebulan berlalu, rasa macam nak sambut birthday sebulan je.. 
Kalau raya boleh sebulan, kenapa birthday tak boleh? :P
So, kepada yang belum bagi hadiah, boleh bagi sebelum 2 Oktober ye.. ;)

p/s:
Fatin rasa birthday yang ke-20 ini PALING BEST setakat ini.. 
Alhamdulillah.. 

8 comments:

  1. wah. best nya dapat surprise. jeles2!

    ReplyDelete
  2. seronoknya dpt kek plus hadiah byk2..hehehehe..hapi belated bday.. :)

    ReplyDelete
  3. Wah.. I pun ada.. hihi..
    Oit2.. anda salah lirik la.. lirik yang sepatutya ALLAH SELAMATKAN KAMU.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, serius kte lupa lirik.. hehe.. ok, dah betulkan.. thanks bagitau.. :)

      Delete