Tuesday, July 17, 2012

URTV Edisi 814: Saya bukan alim sangat - Adam

Assalamualaikum.

Di sini Fatin ingin berkongsi keratan artikel tentang Adam
dalam URTV Edisi 814 (1 - 15 Mei 2012).
Fatin beli URTV ni semata-mata sebab ada artikel pasal Adam je.. Kalau tak, memang tak beli la..
Boleh klik pada gambar untuk baca.


Andai artikel ini tidak jelas untuk dibaca, Fatin kongsi serba sedikit:

Adam mengaku dirinya sekarang tenang setelah mendekatkan diri kepada Allah. 
Dia bersyukur kerana diberi kesempatan oleh-Nya untuk melalui proses perubahan diri.

"Tapi janganlah saya dikatakan alim. Saya masih lagi menyanyi dan menari di atas pentas.
Cuma, berbanding dulu, sekarang ini tanggungjawab saya terhadap Allah, saya tak abaikan.
Saya pernah lalai, nakal dan ambil mudah kewajipan sebagai hamba Allah, tapi sekarang saya sedar sehauh mana kita pergi, jangan lupa pegangan agama kita."

Setelah ibunya sakit pada tahun 2009, dia mula mencari ketenangan diri.

Selepas ibunya kian pulih hasil perubatan Islam, Adam belajar di rumah bapa mertua Ashraf Muslim, Lokman Abdul Hamid yang juga pemilik Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah di Gombak, Selangor.

"Dunia perubatan Islam terbahagi kepada dua iaitu untuk sakit akibat makhlus halus atau sihir,
dan 
masalah kesihatan biasa untuk penyakit seperti kanser, darah tinggi, jantung dan sebagainya.
Saya diberi kepercayaan untuk merawat sakit biasa sepenuhnya untuk merawat sakit biasa tapi
untuk menyembuhkan sakit akibat sihir, masih belajar lagi.

"Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, saya ada meja sendiri dan bekerja sepenuh masa 
mulai pukul 9.00pagi hingga 6 petang. Malam hari baru saya tumpu pada kerjaya seni."

"Apa yang saya tengok di dunia ini kita banyak sangat minta dengan Allah. 
Tapi kita minta di bibir saja dan tak nak sujud kepada-Nya. 
Doalah dengan cara yang betul. Jangan malas nak ambil sejadah dan sujud  dengan ikhlas hati. 
Insya-Allah, apa kita minta akan dapat. Rezeki pun akan jadi lebih murah.

"Sebagai hamba Allah, selain menunaikan tanggungjawab kepada-Nya, 
saya juga dituntut untuk mengajak manusia di sekeliling saya supaya berubah. 
Memang ada yang pandang sinis. 
Selalu juga saya tanya pada kawan-kawan, bila nak solat? 
Ada yang jawab main-main kata belum seru
Apakah nak solat kena tunggu sampai seru baru nak buat?"

"Kalau hati berat sangat nak buat, doa banyak-banyak atas sejadah. 
Bukan hanya doa di bibir saja atau tadah tangan saja. 
Doalah supaya Allah buka pintu hati. 
Insya-Allah, hidup akan jadi lebih tenang nanti," kata Adam. 

By the way, Fatin tengok ramai orang share gambar Adam di fb..

creditsfb shahrul bah nie

creditsfb al arif al fahmu

credits: twitter aico empire group
Semoga perubahan Adam ini berkekalan.

Begitu juga dengan kita semua, 
kita perlu sentiasa beringat tentang 
tujuan utama kita berada di muka bumi ini,
iaitu beribadah kepada Allah.

May Allah bless us.. Amin..

2 comments:

  1. Sejuk mata memandang. Kalu jumpe cakap kembar sama birthday kim salam k. hehe =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-allah.. tak tau bila lagi nak jumpa dia.. :)

      Delete